"Dah lama kita tak jenguk pak cik kamu kat kampung sana" kata Mak Long sambil memasak di dapur. "Ye tak ye Mak. Dah 7 tahun pak cik takde. Apa kata kita balik menetap di kampung buat selama-lamanya?" ujar aku. Mak mengukir senyuman sambil memandang ke arah aku. "Ye la tu Dam. Kamu tu sibuk dengan kerja kamu. Dengan bisnes kamu lagi. Bos la katakan. Mana boleh tinggal kerja kamu macam tu je." Kata Mak.
Jauh dari sudut hati Mak. Aku tahu apa yang mak nak sebenarnya. Kini aku berumur 27 tahun dan masih lagi bujang. Bukan tidak laku, tetapi hati ini berat untuk mengisi seseorang. Selepas aku tamatkan pengajian di Mesir dan sah bergelar seorang doktor. Aku terus pulang ke Malaysia dan bekerja di Malaysia. 2 tahun bekerja, aku mula meniaga produk kesihatan dan Alhamdulillah bisnes aku maju. Aku bergelar jutawan muda bermula pada tahun lepas apabila aku berjaya mengeksport produk aku ke Rusia, United Kingdom dan negara asing yang lain. Mereka suka akan produk yang aku jual.
Aku membina sebuah rumah banglo mewah di kawasan bangsar dan tinggal di kawasan itu. Aku membawa Mak dan Hayati untuk tinggal di rumah itu. Hayati sah bergelar guru dan mengajar di Smk Bangsar (Integ). Alhamdulillah kejayaan aku dan Yati sedikit sebanyak dapat mengubati duka lara yang dihadapi oleh Mak sejak pemergian Pak Cik Hamid.
Pada mulanya Mak berdegil tidak mahu tinggal di Bandar, tetapi setelah rumah Mak dipecah masuk oleh pencuri. Aku mula bertegas untuk membawa Mak tinggal di rumah aku. Aku risau akan keselamatan Mak. Kalau duduk di sini, dapat juga Mak berbual-bual dengan bibik Su yang aku gajikan untuk menjaga Mak sementara aku dan Yati keluar bekerja.
"Psstt bang! Sini jap" Yati memanggil aku. Mak memandang gelagat kami. Nasib baik dia tidak menghiraukan tingkah laku pelik kami. Aku menghampiri Yati. "Ye ada apa dik?" tanya aku. "Rumah yang dalam projek kita tu bila nak siap? Kalau boleh cepatkan la sikit." Kata Yati. "Lagi dua minggu siap sepenuhnya. Sabarlah. Konfem berjaya punya projek kita tu" kata aku sambil tersenyum. Hayati tergelak kecil sementara mengintai Mak takut-takut dia perasan akan perbuatan kami. "Rumah ni macam mana pulak bang? Nak jual ke?" tanya Yati. "Yati nak ke? Amik la. Abang taknak rumah ni." kata aku.
"Yeke bang? Orang dah bagi nak buat macam mana hehehehehe" kata Yati. Aku bukan apa. Risau kalau kalau permohonan pertukaran Yati itu tidak berjaya. Boleh juga dia menetap di sini bersama keluarganya nanti. Lagipun dekat dengan sekolah yang dia mengajar.
*******************************
"Mana kamu nak bawa Mak ni sampai kena tutup tutup mata ni." tanya Mak kebingungan. Aku dan Yati tergelak kecil. Pak Cik Man yang aku gajikan untuk menjadi pemandu peribadi aku turut ketawa. "Sabarlah Mak. Nak sampai dah ni" balas aku. Kereta jenis Alphard sarat dengan penumpang iaitu aku, Yati, Mak, bibik Su dan Pak Cik Man.
"Okay Mak kita dah sampai dah" kata aku. Yati menepuk-nepuk tangan kegembiraan. "Okay Mak turun baik baik." Tambahku sambil memapah Mak. "Dah boleh bukak ke penutup mata Mak ni?" tanya Mak. "Dah Mak. Meh Yati tolong bukakkan" kata Yati. Apabila mata mak dibuka, Mak mula terkebil-kebil akibat seliauan cahaya. "Kat mana kita ni?" tanya Mak. "Tu Mak tengok Klinik tu" kata aku sambil menunjuk ke arah klinik tersebut. 'Klinik Adam'. "Adam, klinik kamu ke tu? Ni bukan kampung kita ke? Tu bukan kedai ayam Pak Cik Adi ke?" tanya Mak.
"Ye Mak. Tu klinik saya. Kita akan menetap selama-lamanya disini. Kecuali si Yati ni. Susah betul nak tukar tempat kerja. Cikgu la katakan." Ujarku. Mak memeluk aku kegembiraan. Memang ini sebenarnya yang diinginkan oleh Mak. Bukan wang berjuta-juta itu. Seperti janji yang aku kotakan kepada Pak Cik Hamid untuk membuka Klinik sendiri di kampung ini memandangkan penduduk kampung susah untuk mendapatkan perubatan.
"Mak jangan risau, Adam dah gajikan kawan Adam untuk bertugas kat sini. Jadi Adam tidak sibuk sangat" ujarku lagi. Aku menutup mata Mak kembali. "Eh kenapa tutup lagi ni" tanya Mak kebingungan. "Hahah satu lagi kejutan untuk Mak" kata Hayati.
Sampai di sebuah rumah sebesar istana di tapak tanah yang dimiliki oleh Wan Hamid Wan Seman pada mulanya. Namun aku besarkan rumah using itu menjadi istana untuk kami menetap di kampung ini. Ini hadiah sebenar aku kepada Mak. Sebuah rumah yang besar di tanah milik suaminya dahulu. Aku membuka penutup mata Mak. Mak mula menangis kegembiraan. Aku dan Hayati membiarkan Mak menangis sepuas-puas hatinya. Hayati memeluk mak. Rumah yang dahulu usang dan hampir roboh kini ditukar menjadi istana.
Jujur aku katakan aku juga gembira untuk balik semula ke kampung ini. Banyak kenangan yang telah aku bina semasa aku berumur belasan tahun dahulu. Jujur aku katakan sejak daripada hari aku berangkat ke Mesir hingga ke hari ini. Rindu aku kepada Alya masih hangat aku genggam. Walau takdir tak pasti. Aku tetap tidak boleh melupakan Alya. Walaupun aku tahu Alya mungkin sekarang sudah bahagia bersama suaminya dan anak-anaknya. Mungkin.
Tetapi aku juga tidak boleh melupakan betapa kejamnya Alya membuang aku. Pernikahan di usia mudanya berjaya menghiris hati aku. Aku keliru dengan perasaan sendiri.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.