Semua ahli keluarga aku memenuhi segala ruang di dalam bilik wad Alya pada pagi itu. Aku lihat Mak tidak henti-henti menangis dan memeluk Alya dan Aisyah. Tidak putus-putus dia mengucapkan Alhamdulillah kepada Tuhan. Yati cuba menenangkan Mak. Aku hanya mampu tercegat di situ kerana tidak mahu mengganggu Mak. Mungkin inilah saat-saat yang ditunggu oleh Mak.
Alya seperti menanti kehadiran seseorang. Matanya tidak lekang memandang pintu masuk wad tersebut. Seakan aku sudah tahu siapa yang ditunggu-tunggunya. "Alya, Atuk Sudin dah takde." Beritahu Mak. Alya seakan menahan sebak di dada. "Bawak bersabar ye Alya. Kalau Atuk Sudin ada mesti dia gembira tengok Alya. "Alya reda Makcik dengan pemergian Atuk." Jawab Alya sambil cuba mengukir senyuman.
Telefon aku berdering menandakan ada seseorang menghantar mesej. "Dam, saya dah ready kat luar ni" mesej Zin itu aku baca dan aku meluru keluar daripada bilik tersebut. Aku mengambil kek dan bunga dan meluru masuk semula ke dalam wad sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday" kepada Alya. Semua orang tercengang buat seketika. Mungkin terkejut. Aku memberi bunga tersebut kepada Alya yang berada di atas katil. Mak dan Yati hanya tersenyum melihat gelagat aku semasa aku memberikan bunga tersebut kepada Alya.
"Selamat Hari Lahir Alya, Mak doakan Alya cepat sihat dan kembali ke rumah. Mak dah tak sabar nak sembang dan masak dengan Alya kat rumah tu" ujar Mak sambil tersenyum. "Abang Adam, bila Kak Alya boleh discharge?" tanya Yati. "Kawan abang cakap dalam 3 4 hari lagi. Dia perlukan rawatan kat sini untuk recover balik semua sendi" balas aku kepada Yati.
"Mama cepatlah balik. Ecah dah rindu nak tidur dengan Mama" beritahu Aisyah. Aisyah yang kini sudah berada di alam persekolahan kelihatan sudah sedikit matang berbanding dahulu. "Ye nanti Mama marah doktor tu sebab tak bagi Mama balik" Balas Alya. Aku tergelak kecil mendengar jawapan yang Alya bagi kepada anaknya.
Azan telah menandakan waktu zohor telah masuk. Aku berjalan turun untuk ke surau. Kelihatan seorang lelaki dalam keadaan agak terurus sedang berdiri di kaunter pertanyaan. "Kenapa kau tak boleh bagitau aku dia kat wad mana? Aku tanya benda senang je. Mana bilik dia?" lelaki itu memarahi jururawat yang bertugas di kaunter tersebut. Aku berjalan meluru ke arah kaunter tersebut. "Kenapa ni bang?" tanya aku sambil cuba menenangkan lelaki tersebut. "Aarghhhh kau tak payah sibuk la hal aku!" bentak lelaki tersebut. Dia beredar daripada situ apabila kelihatan dua orang pengawal keselamatan datang ke arah kami.
Seperti aku kenal lelaki tersebut tapi aku tidak ingat kat mana dan bila. Mungkin hanya mainan perasaan aku tak. Aku terus ke surau untuk menunaikan solat zohor. Alhamdulillah tuhan telah memberi aku peluang untuk beribadat kepadaNYA. Selesai solat, aku meluru keluar daripada kawasan Hospital dan berjalan ke arah kawasan tempat beli belah. Aku ke sebuah kedai telefon kerana aku telah berhasrat untuk menghadiahkan Alya telefon bimbit. Bukan apa, senang kalau dia nak contact sesiapa. Zaman pun dah maju. Gajet seperti telefon ni amat diperlukan bagi setiap individu.
Pekerja kedai telefon itu memperkenalkan aku tentang telefon yang baru sahaja keluar di pasaran. Tanpa berfikir panjang, aku membeli telefon tersebut sekali dengan nombor telefon. Paper bag berlogo buah epal itu aku bawa menuju ke hospital semula. Sampai di depan bilik wad, aku lihat pintu bilik wad terbuka. Aku dengar suara orang menangis tersesak-esak. Aku cuba melihat apa yang berlaku di dalam wad Alya tersebut.
Kelihatan lelaki yang mengamuk di kaunter tadi duduk di sebelah katil Alya dan berbual dengan Alya. Alya masih lagi menangis tersesak-esak. Aku keliru dengan perasaan sendiri. Nak masuk ke tak nak masuk. Kerana risaukan keadaan Alya, aku masuk ke bilik tersebut. "Kenapa ni Alya?" tanya aku. Lelaki tersebut terkejut apabila aku memasuki bilik wad tersebut. "Siapa dia ni?" tanya lelaki tersebut. "Saya Adam. Doktor Adam. Saya yang jaga Alya" balas aku. "Oh kau la Adam! Masih kolot macam dulu aku tengok" balas lelaki tersebut. Macam mana dia boleh kenal nama aku? "Sudahlah Aziz, tolong balik!" bentak Alya.
Saat itu aku baru teringat. Rupanya itu Aziz. Bekas suami Alya. Setahu aku dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana telibat dalam kes jenayah. Aziz berpaling muka dan meluru keluar daripada bilik tersebut. Aku cuba menenangkan Alya.
"Kenapa ni Alya? Aziz ada buat apa apa ke kat Alya? Alya Okay?" tanya Aku. Alya cuba berhenti daripada menangis. Aku menghulurkan tisu kepada Alya. "Takde apa apa lah Adam. Aziz takde buat apa apa pun kat Alya" balas Alya. "Macam ni la Alya. Nah amik phone ni pakai. Kalau ada apa apa yang tejadi. Just call me okay?" beritahu aku. Alya hanya mengangguk faham.
Kenapa Aziz datang ke sini? Bukan ke dulu dia ke yang tinggal anak bini dia dan tipu arwah Atuk Sudin?

ANDA SEDANG MEMBACA
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.