Mei , 2004. Hampir setahun sudah aku disini. Bahasa arab sudah fasih benar dimulutku. Suasana sekitarnya sudah dapat aku kuasai agar tidak janggal untuk meneruskan hidup. Kalau diikutkan perkiraan lusuhku, hari ini merupakan hari sampainya surat Alya dari Malaysia. Dia sudah berjanji untuk membalas surat aku dan dijangka sampai pada hari ini. Hal itu yang membuatkan hati aku begitu teruja dari semalam. Cinta aku terhadap Alya tidak pernah pudar sedikit pun. Malah bertambah gelora rindu di hati.
Benar kata Faiz tempoh hari, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Sayangkan anak tangan-tangankan. Kerana apabila kita berpisah, Tuhan akan mengurniakan rasa rindu di hati. Rasa rindu yang tidak terperi. Membuatkan kita semakin sayang. Semakin rindu. Aku tahu Faiz amat merindui isterinya. Aku juga merindui keluarga aku dan Alya di kampung.
"Weh, ana ada berita gembira." Kata Faiz semasa kami berempat sedang lepak di ruang tamu rumah. "Berita apa Faiz?" balas Raiqal sambil memegang kitab mediknya yang tebal. "Keluarga ana dari Malaysia nak datang melawat ana minggu depan." Kata Faiz sambil tersenyum. "Wah , Alhamdulillah, dapat la juga anta lepaskan rindu dengan isteri anta , Faiz." Usik Walid. Semua orang tergelak kecil. "Family anta stay kat mana Faiz? Kalau nak jimatkan kos, baik tidur di sini saja. Kami bertiga boleh saja menumpang di rumah kawan yang lain untuk sementara waktu." Balas aku. "Eh takpe ke ni? Tak menyusahkan antum semua ke?" tanya Faiz.
"Mana ada Faiz. Lebih baik stay sini. Dekat sikit dengan Bandar. Senang kalau nak pergi mana mana. Kos pun dapat jimatkan." Balas Raiqal. Semua orang mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Lagi pun dapat juga kami eratkan hubungan dengan keluarga Faiz. Aku tahu keluarga Faiz ni orang kaya. Anak Dato'. Tapi Faiz sentiasa merendahkan dirinya. Bergaul seperti biasa dengan kami. Tiada darjat sedikit pun membezakan persahabatan kami. Syukur pada Tuhan.
***
Aku bergegas ke peti surat setelah pihak universiti menghantar surat ke rumah kami. Aku yakin itu surat daripada Alya dan Maklong. Tidak janggal bagi diriku kerana surat mereka selalu sampai serentak. Mungkin pengurusan pihak berkuasa selalu menghantar surat-surat ini mengikut prosedurnya. Oleh sebab itu, surat ini sampai serentak.
Dalam surat Mak Long, Mak Long ada menyatakan bahawa Hayati telah berjaya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan di Kedah. Hayati yang memperoleh 8A pada SPM lalu berjaya jugak melangkahkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Tak lama lagi, jadi cikgu la budak tu. Mak Long pun dah cukup bangga dengan kejayaan Hayati. Mak Long selalu berpesan kepada aku, berhenti lah panggil Mak Long dengan nama Mak Long. Panggil saja Mak Long "Mak". Mak Long dah anggap aku ini sebagai anaknya. Perkara itulah menjadi pembakar semangat buat diriku untuk terus menuntut ilmu di sini.
Surat Alya pula aku amati. Dalam suratnya, Alya memberitahu dia sihat saja. Tidak banyak perkara yang kami celotehkan dalam surat tersebut. Aku pun tidak tanya banyak soalan. Kerana aku tahu mungkin Alya ingin menjaga batas pergaulan. Cukuplah sekadar aku tahu bahawa Alya sihat dan masih menyayangi aku. Itu pun sudah cukup menghilangkan rusuh di hati.
Aku terlalu gembira pada hari itu. Aku membalas surat mereka kembali. Dalam surat tersebut, aku nyatakan kepada Mak Long, aku telah memasukkan wang biasiswa aku sebanyak RM 17 ribu ke dalam akaun bank Mak Long untuk Mak Long , Pak Cik Hamid dan Yati mengerjakan Umrah pada bulan Ramadhan ini. Dapatlah juga aku menunaikan impian aku untuk bersama-sama dengan mereka di depan Ka'bah.
Mak Long pun tidak pernah ke sana. Aku yakin Mak Long akan gembira dengan berita yang aku bawakan ini. Kalau Mak dan Ayah aku masih bernafas, tentu saja aku membawa mereka ke sana. Azan Zohor sudah dialunkan. Seluruh warga kejiranan aku menuju ke masjid. Juga kami berempat. Suasana inilah yang aku amat suka. Tetapi sayang, bukan di Malaysia.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.