5.30 pagi. Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Aku kenal sangat suara itu. "Dam, bangun Dam. Nak subuh ni. Jom solat berjemaah di surau." Kata Maklong dengan suara yang lembut. Aku kuatkan diriku untuk bangun walaupun badanku masih terasa seperti digam oleh tilam yang empuk. Pelbagai kata motivasi yang bermain di kepalaku untuk bangkit dari tidur. Akhirnya, aku berjaya bangun berdiri dan mengambil tuala yang disangkut di tepi almari lalu meluru ke tandas. Tandas kampung, biasalah, air yang datang dari telaga. Sejuk tidak terkira. Aaaaah. Aku redah sahaja. Semakin dilayan perasaan ini. Semakin lama aku berada di tandas ini. Nanti terlepas pulak solat subuh berjemaah di surau.
Setelah selesai solat subuh di surau, Maklong memintaku untuk pulang dahulu bersama Hayati ke rumah. "Maklong dan Pak Cik kamu nak ke rumah kawan Maklong sebentar, lepas tu Maklong akan ke pasar pagi. Sarapan nanti Maklong beli ye Dam. Yati, nanti kemas sikit rumah tu. Jangan tidur lepas subuh." leter Maklong. "ye laaaa mak" jawab Yati. Ketawa kecil aku dibuatnya gelagat dua beranak ni.
Aku dan Yati berjalan menuju ke rumah. Tiba-tiba Yati menegur seorang perempuan yang berada di depan kami. "Hai kak Alya" sapa Yati. Gadis bertubuh kecil. Masih memakai telekung solat. "Mungkin baru pulang dari surau juga rasanya. Tapi Yati panggil 'kak'? "bisik hatiku. "oh Hayati, mana maklong ?"Tanya gadis itu. "Maklong suruh kami pulang dahulu. Hendak ke rumah kawannya katanya. Btw ni Yati nak kenalkan, Abang Adam. Sepupu yati dari Kuala Lumpur"kata Yati. Tersipu malu pulak aku dibuatnya. Jantungku berdegup kencang mungkin ada yang tidak kena. Gadis itu hanya mengangguk halus sambil tersenyum. Aku hanya mampu membalas senyuman itu. Tidak terkeluar kata-kata dari mulutku. Sepatutnya aku yang memberi salam atau pun 'hai' kepada gadis itu. Aahh. Apa yang tidak kena padaku pagi ini.
Tiba-tiba satu cuitan hangat hinggap di lenganku membuatkan aku tersedar dari lamunan. "Amboi abang Adam, mengelamun jauh nampak tengok Kak Alya. Dah termimpi mimpi hendak membina pelamin ke?" usik Hayati. Aku hanya terdiam sambil mata terkebil-kebil. Jelas terpampang di wajahku raut wajah yang kalut pada saat Yati mengusikku. "Eh Yati. Tak baik la kamu usik Abang Adam kamu macam tu." Kata gadis itu sambil tersenyum. Aku hanya terdiam. Seperti mulut ini dikunci rapat dan di pateri oleh tembaga. "hahaha. Okay la. Kami pergi dulu ya, Kak Alya" kata Yati sambil ketawa. Kami berlalu pergi meninggalkan gadis itu.
Setelah 500 meter terpisah. Terus aku menanyakan kepada Yati siapakah gadis itu. Bagaikan mulutku dapat dibuka semula. "Yati. Siapa perempuan tadi? Kawan Yati ke?" Tanyaku dengan nada yang teruja. "Amboi Abang Adam, tu kawan Yati di sekolah. Umurnya sama dengan Abang Adam. Cucu kepada Atuk Sudin. Yatim piatu. Dari kecil Atuk Sudin yang menjaganya." kata Yati. "Atuk Sudin? Yang mengamuk di surau semalam ke?" bisik hatiku kebingungan.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.