Bab 17: Umrah

502 11 2
                                    

Ramai yang berkumpul di perkarangan rumah aku. Ingin mendoakan perjalanan kami sekeluarga ke tanah suci Makkah berjalan dengan lancar. Ada yang mengirimkan doa untuk didoakan di tempat yang mustajab di sana seperti 'Ar-Raudhah'. Anak kesayangan aku, Adam akan menunggu rombongan kami di lapangan terbang Jeddah. Tak sabar aku nak berjumpa dengannya. Dia telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Duit biasiswanya tidak digunakan untuk biaya kami pergi ke Makkah. Katanya itu impiannya untuk bawak kami ke sana. Tuhan saja dapat membalas budi budak bertuah tu.

"Mak, apa lagi yang tertinggal ni, Yati rasa dah takde." Kata Yati. "Mak rasa dah takde kot Yati. Semua dah diisi ke dalam teksi." Balas aku. Si Hamid sibuk melayan tetamu yang hadir. "Bang, saya rasa kita dah lewat ni. Nanti terlepas sesi penerangan dari pihak agensi kat airport." Kata aku. "Haa ye la. Doakan perjalanan pergi dan balik kami semua ya." Kata Hamid. Para tetamu mengangguk-angguk. Bersalaman dengan kami yang akan berangkat.

Semasa dalam perjalanan. Aku bertanya kepada Hamid satu soalan. "Bang, apa kita nak jawab kat Adam kalau dia tanya pasal Alya? Takkan kita nak tipu dia kat tanah suci bang. Tapi kalau kita bagitahu hal sebenar. Saya rasa Adam akan patah hati. Saya risau mentalnya tidak kuat untuk harungi semua ini. Budak tu sayang benar dengan Alya tu. Tak ke terkejut bila dia dapat tahu yang Alya dah kahwin dengan Anak si Seman tu". "Macam ini lah. Biar saya yang bagitahu Adam. Saya kenal sangat dengan Adam tu. Budak tu kuat semangat." Kata Hamid. Aku hanya berdoa saja agar Tuhan mempermudahkan semua ini.

*****************

Aku bersandar di dinding dan duduk bersila kerana kerusi yang disediakan di Airport Jeddah sudah penuh. Sudah aku jangkakan. Memang ramai Jemaah yang ingin mengerjakan umrah semasa bulan Ramadhan. Penerbangan rombongan MakLong dijangka sampai pada pukul 2 petang. Sekarang pukul 4 pagi. Aku bersandar sebentar untuk merehatkan diri sementara menunggu waktu bersahur.

Tiba-tiba aku terdengar suara aku dipanggil. "Adam. Bangun Adam." Bisik perempuan itu kerana ingin mengejut aku. Aku lantas membuka mata takut-takut menghalang laluan ataupun rombongan MakLong sudah sampai. Aku terkejut kerana orang yang mengejut aku itu ialah Alya. "Eh Alya. Tak sangka jumpa kat sini. Alya datang dengan siapa? Bila sampai?" tanya aku dengan nada yang gembira. Mahunya tak gembira bila kekasih hati yang tiba.

Tetapi Alya hanya tersenyum. Tidak membalas pertanyaan aku. "Kenapa Alya? Adam ada buat salah ke?" Tanya aku. Alya berlalu pergi tanpa sepatah kata pun. Aku menjerit memanggil nama Alya. Namun Alya langsung tidak memandang aku.

Tiba-tiba ada suara memanggil aku untuk bangun dari tidur dalam bahasa arab. Aku tersedar. Rupa-rupanya mimpi. Aku beristighfar untuk menenangkan diri. Mimpi rupanya. Lelaki arab tadi memberitahu aku bahawa waktu imsak akan tiba 15 minit lagi. Aku memandang jam tangan aku. Ya 15 minit lagi. Aku berterima kasih kepada lelaki tersebut.

Aku buka roti keras yang dibeli di kedai berhampiran. Roti arab. Keras sikit. Namun aku sudah biasa dengan makanan orang arab. Aku teguk air teh panas yang dibeli menerobos masuk ke dalam tekak aku. Nyamannya rasa.

Setelah selesai solat subuh. Aku duduk di tempat bagasiku menunggu ketibaan rombongan Mak Long dari Malaysia. Aku buka kitab suci Al Quran dan membacanya kerana target aku untuk khatam sekali pada bulan Ramadhan ini. Aku membaca kitab suci tersebut. Tidak aku sangka waktu zohor tiba. Sekejap sungguh masa. Sudah 10 juzu' aku habiskan. Semasa aku berjalan menuju ke tandas, Aku ternampak satu rombongan berjalan menuju ke ruang menunggu. Aku lihat ada satu wajah yang sangat aku kenal. "Mak Long! Adam ni!" jerit aku. Aku bergegas berjalan kea rah kumpulan Jemaah itu. Aku bersalaman dengan Maklong dan Pak Cik Hamid. Mak Long memeluk aku sambil air matanya mengalir di pipi. "Kamu sihat ke Adam?" tanya Pak Cik Hamid. "Alhamdulillah Adam sihat saja" balas aku. Wah Cikgu Yati pun ada." Usik aku.

"Ish abang ni. belum lagi la" balas Yati sambil buat muka menyampah. Aku menyertai rombongan agensi itu kerana nama aku juga didaftarkan bersama. Kami menuju ke hotel yang disediakan. Jarak hotel dengan Masjidil Haram rasanya lebih kurang 1.5 kilometer. Kira dekatlah tu berbanding dengan hotel-hotel lain. Aku sebilik dengan Pak Cik Hamid manakala Hayati sebilik dengan Mak Long. Aku banyak meluangkan masa di bilik Mak Long. Banyak benda aku kongsikan pada Mak Long tentang pelajaran aku kat Mesir. Mak Long sudi mendengar. Terima kasih Mak Long.

"pstt, Alya sihat ?" bisik aku kepada Yati. Semua orang di dalam bilik itu terdiam. Eh, Mak Long dengar ke aku bisik tadi? Aduh. Yati hanya memandang Maklong dan Pakcik Hamid. Semua diam seribu. "Macam ni la Dam, apa kata kamu baca dulu surat ini." kata Mak Long sambil menghulurkan sepucuk surat yang telah dibuka sampulnya. "Surat apa ni Mak Long?" tanya aku kebingungan. Aku membuka surat tersebut. Sedikit berkedut mungkin sudah lama ditulis oleh tuannya.

Assalamualaikum Adam. Mungkin ini surat terakhir saya kepada awak. Surat yang awak hantar tempoh hari dari Mesir, Atuk Sudin telah koyak dan menghantar semula ke rumah awak. Saya sudah menerima lamaran pinangan daripada keluarga Pak Cik Seman untuk dinikahkan dengan anak lelakinya Aziz. Saya menerima lamaran tersebut bukan kerana paksaan daripada Atuk, tetapi atas kerelaan saya sendiri.

Anggaplah janji-janji kita dahulu hanya omong kosong sahaja. Buanglah cinta kita jauh-jauh dari hati. Saya mempunyai sebab saya tersendiri untuk berbuat begini. Anggaplah hubungan kita ini hanya sebagai seorang kawan. Tidak lebih daripada seorang kawan. Berjanjilah kepada saya bahawa awak akan berkawan dengan saya hingga ke syurga. Saya minta agar awak menerima dan menghormati keputusan saya. Jodoh maut ajal pertemuan itu semua datang daripada Tuhan. Saya hanya mengikut takdir Tuhan. Tidak kira siapa yang akan menjadi suami saya, walaupun saya tidak kenal bakal suami saya, tapi saya yakin saya akan bahagia dengannya. Insha-Allah.

Carilah puteri lain untuk bertakhta di hatimu, Adam. Buanglah saya jauh-jauh.

Alya.

Air mataku tiba-tiba mengalir sesudah membaca surat tersebut. Aku masih bingung akan keadaan yang berlaku ini. "Apa semua ni Mak Long? Adam tidak faham." Tanya aku sambil air mata terus membasahi pipi. Aku lihat Hayati juga menangis. Mata Mak Long turut berkaca.

"Sebenarnya, Alya telah berkahwin dengan Aziz anaknya si Seman setelah kamu berangkat ke Mesir. Yati telah memberitahu Mak Long semua tentang hubungan kamu. Mak Long juga turut terkejut apabila Atuk Sudin datang menyerang rumah kita dan membawa surat pertama kamu yang kamu hantar ke rumahnya. Katanya dia tidak mahu kamu ada hubungan dengan cucunya, Alya. Surat yang kamu terima sepanjang kamu di Mesir itu sebenarnya semua tulisan MakLong. Mak Long yang tulis surat tersebut dan menyamar sebagai Alya. Maafkan Mak Long Dam. Mak Long buat semua ni sebab Mak Long sayang kamu. Mak Long taknak pelajaran kamu kat Mesir terganggu. Bencilah Mak Long kalau itu untuk sedapkan hati kamu Adam. Memang salah Mak Long. Tapi kebenaran akan menjelma jua. Mak Long terpaksa sampaikan perkara yang benar." Balas Mak Long sambil menangis teresak-esak.

Seperti hilang semangat aku pada hari itu. Aku terus tertunduk. Berbagai-bagai perkara menyelubungi perasaan aku. Aku terus menuju ke bilik aku. Aku termenung panjang di tepi tingkap. Kadang-kadang menangis. Kadang-kadang perasaan bercelaru. Sampai hati Alya meregas segala pucuk pengharapan aku kepadanya. Disuruhnya aku buang jauh-jauh perasaan yang telah aku tanam dalam hati ini.

Dikatakannya bahawa kita hanya perlu berkawan, tidak lebih daripada itu. Hatiku pagai dihiris kecil kecil lalu ketuk dengan lesung dan dipijak-pijak. Sudah hampir 3 tahun aku dipermainkan oleh perasaan cinta terhadap Alya. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Selama 3 tahun aku menepuk tangan tetapi tidak berbunyi.

Aku berbaring di atas katil sambil menyelimuti diri. Bagai aku sudah tidak waras lagi.

 

Sucikan AkuWhere stories live. Discover now