"3A? Tula Mak dah cakap. Banyakkan ulangkaji pelajaran sikit. Ni tak, tak habis habis tengok tv. Tahun ni kamu nak SPM dah." Leter Maklong kepada Hayati sambil memegang buku rekod pelajaran Hayati. "Ye lah Mak. Kak Alya dah janji dengan Yati nak tolong ajarkan Addmath dan Kimia kat rumah ni nanti." Balas Yati. "Apa? Alya nak datang ke sini nanti?" bisik hati kecilku. 'Sindrom Alya' datang semula kepadaku. Jantungku berdegup laju. "Bagus juga tu. Nanti boleh la Abang Adam ajarkan sekali si Yati tu. Maklong tahu kamu budak pandai. Arwah Mak kamu pernah ceritakan kepada Mak Long." Tambah Maklong. Aku pun tidak mengerti perasaan aku ni. Nak gembira ke nak sedih? Keliru dengan suara hati sendiri.
Senja hampir menjelma. Aku tutup semua tingkap dan pintu kerana percaya kata orang tua tua bahawa setan dan jembalang seperti hantu ngiroro kidul dan suster keramas banyak berkeliaran pada waktu Maghrib. Aku mempersiapkan diriku untuk ke surau. Aku padankan baju melayu berwarna biru dengan kain pelikat berwarna hitam. Tiba-tiba mataku beralih ke arah sudut bingkai gambar di tepi katil. Gambar ibu dan ayahku sewaktu kami bercuti di Pulau Tioman. Rasa rindu pula akan mereka.
Adam kat rumah Maklong baik saja Mak. Diorang layan Adam macam anak diorang sendiri. Mak dah Ayah apa khabar kat sana? Lagi dua minggu Insha-Allah keputusan SPM akan diumumkan. Nanti boleh la Adam melawat Mak dan Ayah di KL masa ambil keputusan nanti. Adam akan buat Mak dan Ayah bangga. Cita-cita mak yang nak Adam jadi doctor tetap Adam akan laksanakan. Adam janji dengan Mak. Adam janji Adam akan jaga Maklong sekeluarga nanti Adam dah berjaya.
Tiba-tiba air mataku membasahi pipi kerana tidak menahan rindunya aku kepada mereka. Bukan senang nak hidup tanpa kasih sayang ibu bapa. "Sabarlah Dam. Maklong akan jaga kamu." Terdengar suara di pintu bilikku. Rupanya Maklong yang berdiri di situ. Aku terus mengesatkan air mataku menggunakan lengan baju melayu. Aku cuba mengukir senyuman palsu kepada Maklong untuk menyembunyikan kesedihan itu. "Jom. Pakcik Hamid kamu dah tunggu tu." Kata Maklong.
Sesudah doa diamenkan. Aku berpaling ke kanan untuk bersalaman dengan Jemaah sebelah. Alangkah terkejutnya aku apabila orang yang akan aku bersalaman ialah Atuk Sudin. Datuknya Alya. Dia amat membenciku kerana aku anak kepada Yusuf. Dia memandangku dengan wajah yang bengis. Bagaikan aku ini amat hina disisinya. Peminta Sedekah di tepi jalan. Aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman. Namun Atuk Sudin tidak membalasnya. Dia hanya berlalu pergi. Aku tahu. Dia amat membenciku. Perangai Atuk Sudin sangat berbeza dengan cucu kesayangannya. Aku reda dengan apa yang berlaku. Bukan salahnya dia berbuat begitu. Itu kerana dia termakan dek fitnah yang dilontarkan oleh anaknya sendiri, Si Leha.
Kadang terlintas juga di fikiranku. Dimanakah Leha sekarang? Apa dia sudah berkahwin? Atau pun masih menjadi andartu tua kerana kehilangan cinta. Aku buang perkara tersebut jauh-jauh kerana ia akan menyerabutkan kepalaku ini. Pakcik Hamid memanggilku di luar surau. Kemungkinan dia sudah menungguku. Rumah kami dan surau tidak jauh. Tidak perlu berkereta. Cukuplah berjalan kaki sahaja. Dapat juga membakar kalori yang terlebih.
"Mak, besok pagi Alya nak datang rumah. Dia nak ajar Yati Addmath." Sahut Yati semasa kami berjalan pulang menuju ke rumah. "Apa? Esok? Cepatnya." Hatiku kalut berbisik. Yati melemparkan senyuman sinis kepadaku. Aku tahu dia nak mengusikku dengan Alya. Apa dia tahu aku ada menyimpan perasaan terhadap Alya?
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Aku merebahkan badanku dihadapan tv kerana penat bekerja di kebun sesudah subuh tadi bersama Pak Cik Hamid. "Assalamualaikum. Hayati, Kak Alya datang ni." terdengar suara di tangga rumah. Badanku seolah terus terbangun secara automatik dan pergi meninggalkan ruang tamu itu. Aku melihat Yati bergegas ke hadapan pintu rumah untuk menjemput guru mudanya. Aku membersihkan diriku dan meluru ke dapur untuk bersarapan. Sebungkus nasi lemak aku ambil dan dua biji karipap aku letakkan ke dalam pingganku. Setelah selesai bersarapan, aku membersihkan meja makan. Tiba-tiba terdengar suara Yati memanggilku. "Abang Adam! Abang Adam! Ke sini kejap" jerit Yati. "Aduh, apa pulak si yati ni nak?" bisik hatiku sambil mengeluh. Aku meluru ke ruang tamu. "Haa abang Adam, Tolong jawab soalan ni kejap. Kami tak tahu cara nak menyelesaikannya. Mungkin Kak Alya dah lupa kot."bagitahu Yati. Aku mengangguk kebingungan sambil melihat soalan Matematik Tambahan tersebut.
Walaupun 'Sindrom Alya' menyerang diriku. Aku dapat mengawalnya kali ini. Akalku bersambung-sambung semasa memikirkan soalan itu. Akhirnya aku tahu cara untuk menjawab soalan itu. "Ooo, soalan ini senang sahaja. Korang kena selesaikan yang ini dulu baru korang seimbangkan" kata aku. Namun mereka hanya menahan ketawa. Apa yang tidak kena dengan diriku ini sampai mereka mentertawakan aku? "Hahaha. Abang, ada cili kat gigi abang la." Kata Yati sambil ketawa kecil. "Hah?"balasku. Aku terus bergegas ke cermin. Ya. Memang sah gigiku terlekat cili. Ya Allah. Malunya aku depan mereka. Lebih lagi kepada Alya. Apalah yang diumpatkan mereka di ruang tamu itu.
Aku berkumur menghilangkan cili tersebut dan kembali ke ruang tamu. Yati masih menahan ketawanya. Alya hanya tersenyum. "Abang, betul lah apa yang Abang Adam cakap tadi. Jawapannya sama dalam skema jawapan. Tiba-tiba aku ternampak Alya mengeluarkan satu kertas kecil dan menulis sesuatu di atas kertas tersebut. Dia memberi kertas itu kepada Yati. Yati hanya mengangguk sambil tersenyum. Setelah selesai sesi pembelajaran mereka. Alya meminta diri untuk pulang kerana hari sudah dekat dengan waktu solat Zohor. "Ambil mangkuk tingkat ni Alya. Bagi kepada datuk kamu di rumah untuk santapan tengah hari"kata Maklong sambil menghulur mangkuk-tingkat kepada Alya. Alya hanya tinggal bersama Atuk Sudin. Isteri Pak Sudin telah lama meninggal dunia. Maklong selalu menghantarkan bekal kepada mereka walaupun Atuk Sudin banyak kali menolak. Tetapi demi cucu kesayangannya, dia menerima dengan hati yang terbuka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.