Pada hari itu, aku bergegas ke hospital untuk melawat Si Sudin di hospital. Kalau pergi lewat nanti tidak sempat berbual panjang kerana waktu melawat hanya sejam lebih. Aku menyuruh pemandu Adam untuk menghantar aku ke sana.
Setelah sampai di hospital, aku bergegas ke wad Mahsuri tingkat 2. Aku lihat Alya sudah berada di sisi datuknya. Awal betul dia datang melawat. "Assalamualaikum Sudin" kata aku. "Waalaikumusalam. Duduklah" pelawa Sudin. Alya yang memakai tudung labuh terus bersalaman dengan aku. "Aku ada hal sikit nak bagitahu kamu ni Sudin" kata aku. Sudin menyuruh cucunya, Alya beredar dari situ kerana kami memerlukan privasi kami sendiri.
"Adam tolak Sudin." Kata aku. Aku dapat lihat air mata Si Sudin mengalir di pipi. Matanya terus berkaca. "Sudah aku agak perkara ini akan berlaku, takpa lah. Dah salah aku kerana membaling najis kepadanya beberapa tahun yang lalu. Mungkin bau najis itu masih melekat di tubuhnya." Balas Sudin.
"Tetapi, Adam ada menjanjikan satu perkara. Dia akan mengambil Alya bekerja di rumah kami dan tinggal di belakang rumah kami bersama pembantu rumah seorang lagi. Dia juga berjanji akan menanggung kos perbelanjaan pendidikan anak Alya, Aisyah. Dia juga akan membeli semula tanah kamu yang bekas menantu kamu gadai dahulu." Balas aku.
Sudin tergamam mendengar kata-kata aku. Seperti dia mahu sujud syukur atas berita yang aku sampaikan tadi. "Alhamdulillah, baik sungguh hati anak saudara kamu. Tidak ada kata yang harus aku beritahu kepada Adam." Kata Sudin. "Kita doakanlah agar pintu hati Adam terbuka semula untuk menerima Alya sebagai isteri. Kamu beritahu Alya, besok datang ke rumah aku ye." Kata aku. "Baiklah. Nanti aku beritahu Alya."
****************
"Encik Adam, ada seorang perempuan datang bersama dengan anaknya di luar." Kata Bibik Su. "Siapa yang datang tu?" tanya aku. Aku terus membuka pintu rumah. Aku tergamam apabila melihat Alya dan anaknya berada di depan pintu rumah aku. "Kamu ke tu Alya, jemputlah masuk." Sapa Mak dari arah belakang. Mereka bersalaman seterunya menuju ke ruang tamu.
"Hai Pak Cik" lambai si Aisyah. Ada saja telatah budak ni. Aku tidak mahu berbual bersama mereka. Aku harus memikirkan satu akal agar dapat lari daripada berbual dengan Mak dan Alya. "Ecah nak mandi kolam tak?" tanya aku tiba-tiba. "Nak pakcik nak!" jawab Aisyah. Alya seperti ingin menyekat keinginan anaknya untuk berenang di kolam. "Tak boleh, Ecah tak bawak baju" kata Alya.
"Ecah cakap kat mama Ecah yang baju Ecah kat rumah ni banyak." Kata aku. Alya langsung memandang aku. Seperti dia tidak puas hati dengan kata-kata aku. "Haa dengar tu Mama." Tambah Aisyah. "Eh biarkan Ecah mandi kat kolam tu. Baju saiz macam dia banyak kat rumah ni" kata Mak.
Aku memimpin tangan Aisyah ke arah kolam renang di halaman rumah. Teruja betul dia nak berenang. Aku menyuruh bibik Su melayan kerenah Aisyah. Bibik Su juga tidak janggal bersama Aisyah kerana budak itu senang untuk didekati. Halaman rumah aku riuh rendah dengan gelak ketawa mereka. Aku duduk pondok di tepi kolam sambil memerhati mereka.
Tiba-tiba Alya keluar daripada rumah dan menuju ke arah aku sambil membawa dulang yang berisi secawan Teh. "Saya ada bawakan awak teh." Kata Alya. "Letak je kat situ" kata aku sambil memandang terus telatah Aisyah dan bibik Su. "Saya ada benda nak beritahu awak" kata Alya. "Kot ye pun duduk lah dulu. Tak lenguh ke berdiri kat situ." Beritahu aku. Kelihatan dia duduk di bahagian kanan pondok. "Apa yang awak nak bagitahu?" pertanyaan aku memecah kesunyian setelah lama Alya berdiam diri. Mungkin tidak senang akan cara aku melayaninya.
"Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada awak sebab sudi ambil saya bekerja. Sudi menanggung kos pendidikan anak saya. Sudi membeli tanah datuk saya kembali." Kata Alya. "Itu sahaja yang saya dapat lakukan kerana permintaan untuk menikahi awak tidak dapat saya tunaikan. Itu sahaja yang saya dapat lakukan untuk menggembirakan hati Mak saya dan Datuk awak." Kata aku.
Alya terus memandang anaknya yang asyik berenang di kolam. "Maafkan saya Adam. Atas semua perbuatan saya." Kata Alya. "Saya sudah lama memaafkan awak. Cuma hati ini masih menyimpan sisa luka yang wajar untuk disimpan." Jawabku. "Jika awak masih menyimpan sisa luka itu, saya harap awak dapat membuangnya." Kata Alya.
"Buang? Pantang dalam hidup saya untuk membuang sesuatu yang berharga. Pantang dalam hidup saya untuk makan sisa." Sindir aku.
"Sisa? Saya tidak tahu Adam yang saya kenal dahulu sekejam ini sebenarnya." Balas Alya. Mata Alya sedikit berkaca. "Kejam? Siapa yang diantara kira? Apakah kamu lupa kamu yang berjanji kepada saya untuk terus menunggu saya, untuk menjadikan saya suami kamu, jika maut mendatang, jodoh saya dan kamu akan tersambung di akhirat? Apakah kamu lupa kamu yang menghantar surat agar saya melupakan janji janji kamu dahulu kerana kamu sendiri yang bersetuju untuk berkahwin dengan bekas suami kamu dan bukan paksaan atuk Sudin? Adakah kamu lupa siapa yang menyuruh untuk menggantikan perhubungan ini menjadi hubungan sahabat sehingga mati? Saya langsung tidak kejam, saya masih memegang janji kamu untuk terus bersahabat dengan kamu hingga mati seperti saya memegang cinta dan janji kamu dahulu." Kata aku.
Air mata seorang wanita jatuh membasahi bumi. "Cukup Adam cukup. Maafkan saya. Maafkan saya." Alya terus mengulangi ayat itu. Apa kejam sangatkah aku? Belum pernah aku membuatkan seorang wanita menangis merayu meminta maaf. Tuhan, kejamnya diri aku. Aku menghulurkan sehelai tisu. "Maafkan saya Alya. Bukan niat saya untuk mengungkit semua itu dan mengguris hati awak. Mungkin Tuhan belum membuka pintu hati saya untuk menerima awak kembali". Tambah aku. "Malam ini saya akan hantarkan kereta ke rumah awak, dan awak ambil barang-barang keperluan untuk tinggal di sini. Anggaplah ini saja yang saya mampu berikan kepada awak untuk setakat ini. Tinggal lah awak di sini dengan Aisyah. Buat macam rumah awak sendiri." Terang aku panjang lebar.
"Baiklah Encik Adam" kata Alya dengan nada yang rendah. Alya memanggil aku 'encik'. Mungkin hatinya masih terguris dengan kata-kata aku tadi.
***********
Pagi itu, aku menuju ke meja makan. Kelihatan Alya sedang menyediakan sarapan pagi bersama Mak. Kelihatan Mak sungguh gembira kerana ada juga teman berbual di dapurnya. Aku duduk di kerusi dan membaca surat khabar. "Aisyah mana Alya?" tanya aku. Tetapi Alya sepertinya tidak mahu menjawab. Dia terus berbual dengan Mak. Sudah aku agak.
Dia menghidangkan nasi goreng kampung dan secawan teh untuk aku. Seperti mimpi. Perkara ini telah lama aku inginkan. Sejak berada di Mesir lagi. Bangun pagi, Alya yang sediakan sarapan. "Adam! Kamu termenung apa tu. Makan lah. Nanti sejuk pulak nasi goreng tu." Kata-kata mak membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku lihat Alya ketawa kecil. Aku memandangnya sambil tersenyum dan terus mengisi perut yang berkeroncong ini. Aku sedikit lega kerana dia masih boleh tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.