"Dam, jom ikut Pak Cik jap, anggaplah ini permintaan Pakcik kali yang terakhir daripada kamu." Kata Pak Cik. Aku mengikutinya turun daripada hotel dan berjalan menuju ke satu tempat. Ditahannya satu teksi. Aku lihat Pak Cik Hamid berbisik kepada pemandu tersebut.
Fikiranku masih lagi terkenang akan Alya. Masih. Setelah sejam setengah, kami tiba di destinasi. Kalau tidak silap aku, ini bukit Jabal Rahmah. Tempat mustajab untuk berdoa tentang jodoh. "Adam, ini bukit Jabal Rahmah. Dalam islam, tempat ini mustajab untuk berdoa agar dipermudahkan jodoh. Ingatlah Adam, Tuhan itu nombor satu bagi kita. Janganlah kita mempersiakan hidup kita untuk memperhambakan diri kepada manusia kerana Allah itu mencipta manusia agar beribadat kepadanya. Kalau kamu rasa Alya itu jodoh kamu, maka berdoalah di bukit ini. Kamu minta lah apa yang terbaik untuk diri kamu. Kita hanya mampu merancang Adam, Allah sahaja yang berhak menentukan. Tanpa Allah siapa lah kita. Tuhan tidak akan membuat ujian itu jika hambanya tidak mampu mengharunginya. Kamu perlu kuat Adam. Kuat melawan perasaan kamu. Jangan kamu memperhambakan diri kepada perasaan. Pergilah kamu berdoa di bukit itu" ujar Pak Cik Hamid.
Aku mengalirkan airmata setelah mendengar kata Pakcik Hamid. Hampir saja aku tenggelam dalam lautan kekecewaan kerana cinta. Aku lantas berjalan ke bukit itu lalu berdoa. Aku hanya berdoa agar Tuhan memberikan yang terbaik kepada diriku. Aku tidak meminta agar Alya jua menjadi isteriku tetapi aku meminta agar tuhan memberi yang terbaik kepada diriku. Walaupun jauh dari sudut hati aku tidak boleh melupakan Alya.
Aku memeluk Pak Cik Hamid sekuat hati aku, seperti aku memeluk ayahku sendiri. Tuhan, terima kasih kerana memberi mereka ini kepada aku. Mereka la merupakan alasan kepada diriku untuk terus hidup.
*****
Hari terakhir kami di Makkah. Setelah selesai beribadat dan mengerjakan umrah. Kami tiba di lapangan terbang Jeddah. Penerbangan aku untuk ke Mesir lebih awal daripada penerbangan Mak Long untuk pulang ke Malaysia.
"Mak Long, terima kasih sebab sudi terima ajakan Adam untuk ke sini. Terima kasih kerana sudi menjadi Emak kepada Adam ketika Adam tidak kuat untuk harungi semua ini dan terima kasih kerana sudi menjaga hati Adam selama ini. Adam hargai sangat-sangat. Jaga diri Mak long dan Pakcik kat Malaysia nanti. Lagi 2 tahun Adam akan pulang ke Malaysia dan pulang dengan sijil kedoktoran." Ujarku panjang lebar. Mata Maklong sedikit berkaca.
"Kamu Yati, belajar bersungguh kat Maktab." Tambah aku lagi. "Adam jaga diri ye kat sana. Mak Long akan tunggu kepulangan Adam. Nanti kenduri kita buat besar-besaran untuk Adam" kata Maklong sambil mengelap air matanya dengan kain sembahnyangnya. Aku hanya tersenyum. Penerbangan aku sudah memanggil. Aku bersalaman dengan mereka dan Jemaah umrah yang lain sebelum masuk menuju ke balai pelepasan.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.