"Para junior perubatan Universiti Tanta, anda akan tinggal di rumah ini. Sebuah rumah kami akan muatkan 4 orang untuk didiami. Sila jimatkan elektrik dan air. Dan banyak lagi peraturan-peraturan yang pihak penganjur akan sampaikan. Selamat datang dan selamat belajar di sini." Kata seorang fasilitator tersebut. Aku diletakkan di dalam rumah B. Kelihatan 3 orang pemuda lagi masuk ke dalam rumah tersebut. Kami bersalaman. Masing masing kekok untuk membiasakan diri. Aku memperkenalkan diri aku seperti biasa. "Nama ana Adam. Dari kampung". "Nama ana Raiqal dan ini sepupu ana Walid" kata Raiqal. "Nama ana Faiz. Dari Pahang. Sudah berkahwin." Kata lelaki tersebut. Semua orang di dalam rumah tersebut terperanjat. Apa? Sudah berkahwin?
"Kenapa semua buat muka terkejut ni. Hahahah. Ya ana dah kahwin. Isteri ana ada di Malaysia. Umur ana sama macam antum semua la." Jawab Faiz sambil ketawa. Pada hari itu kami berbual tentang kehidupan Faiz yang berkahwin muda.
Faiz berkahwin muda atas permintaan keluarga kerana mereka mahu Faiz terus istiqomah menyayangi isterinya. Faiz menunjukkan gambar perkahwinannya. Kecil-kecilan saja majlisnya. Faiz kata lepas habis belajar ni dia nak bersanding sekali lagi dengan isterinya. Kami amat menyokong cadangan Faiz tersebut. Semenjak daripada itu hubungan persahabatan kami erat terjalin. Aku amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik macam mereka.
Aku masuk ke dalam bilik untuk mengemas pakaian. Termenung sebentar. Mengingatkan mereka di kampung. Dan kekasih hati. Aku dapat tahu daripada Hayati bahawa Alya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang farmasi. Tercapai jugak hasratnya. Aku sentiasa mendoakan agar Alya berjaya menjadi seorang farmasis.
"Adam. Termenung jauh nampak. Teringat kat sape tu? Nak kata isteri, tapi tak berbini lagi hihi" usik Faiz. " Hahaha takde la Izz, ana teringatkan keluarga di kampung." Balas aku sambil ketawa kecil. "Jom la ikut ana melawat Uni kita. Raiqal dan Walid ikut sekali tu." Kata Faiz. Aku mengangguk tanda setuju dan kami berjalan di sekitar universiti. Besar sungguh universiti ni. Pelajarnya datang dari pelbagai negara. Tapi bahasa yang digunakan ialah bahasa arab. Terkejut juga bila lelaki berwajah mat Salleh berbual dalam bahasa arab.
"Kalau antum semua nak tahu, kat Uni Tanta ni makanan disediakan di kantin. Tak payah keluarkan wang untuk beli makanan. Tu apa yang abang ana bagitau la. Abang ana pun belajar kat sini dulu" kata Walid. Wah jimat la duit biasiswa aku kalau macam ni. Aku ada juga terlintas difikiran untuk menggunakan duit biasiswa ini untuk bawa MakLong, Pakcik Hamid dan Hayati mengerjakan umrah pada Ramadhan ini. Kerana aku pun tidak guna sangat duit ini. Boleh la aku jumpa mereka di sana. Kira beraya kat Makkah la. Tetapi aku rasa tahun ini tidak sesuai. Sebab Yati SPM. Nanti aku akan bagitau perkara ini kepada Maklong.
*******
5 bulan sudah aku berada di sini. Sudah dapat aku biasakan diri di tempat ini. Aku sentiasa menghantar surat kepada Maklong dan Alya. Tetapi aku sedikit kehairanan. Kenapa bahasa dan diksi yang digunakan oleh Alya sedikit lain dari yang dulu dan kenapa surat mereka sampai pada hari yang sama kepada aku? Tetapi aku tidak kisah sangat. Mungkin kebetulan saja penghantaran surat ke Mesir mereka sekali pada satu tarikh. Alya membalas surat aku pun dah jadi pembakar semangat untuk aku tempuhi ujian di sini. Medik bukannya senang. Perlu hafal itu dan ini. Hari hari masuk makmal tengok darah. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Perpustakaan juga tidak putus-putus aku kunjungi untuk mencari sumber pelajaran. Alya memberitahu aku dia okay saja di universitinya. Pelajarannya juga okay. Atuk Sudin pun sihat saja.
******
"Abang, macam mana ni? Pinangan kita ditolak. Kenapa si Sudin tu terburu sangat nak satukan dengan anak si Seman tu?" tanya aku kepada suamiku, Hamid. "Entahlah, abang sudah berbincang dengan Sudin. Tapi Sudin tu hatinya keras. Sudah abang melutut, merayu, memujuk namun dia tolak juga." Jawab Hamid.
"Kita sudah tak ada masa, saya dengar dari mulut orang kampung. Majlis itu akan berlangsung hujung tahun ini." Kata aku. Suami aku agak terkejut apabila mendengar perkara tersebut. "Insha-Allah besok abang akan berbincang balik dengan Sudin. Kamu doakan je la." Balas suami aku.
Bagai terngiang-ngiang peristiwa si Sudin dengan marah marah datang ke rumah aku dengan membawa surat si Adam. Pada mula-mulanya aku agak terkejut. Tapi bila Yati perjelaskan perkara sebenar kepada aku baru aku faham. Kesian si Adam kerana menjadi mangsa keadaan dalam hal ini. Si Sudin tu memang berdendam dengan Yusof, ayahnya si Adam. Sampaikan anak si Yusuf, Sudin turut membenci. Tidak! Aku tidak akan duduk diam! Aku risau semangat belajar Adam akan pudar sekiranya tahu perkara ini. Adam tu anak saudara aku! Akan aku pertahankan cinta Adam!
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.