Bab 21: Pulang

479 15 4
                                    

Aku berjalan ke kedai Kopi Wak Sukarjo. Ramai mata-mata orang kampung yang memandang aku. Aku tahu mereka tidak berapa mengenali diriku selepas 7 tahun tidak pulang ke kampung ini. Tiba-tiba aku lihat ada seorang budak asyik memandang ais krim di kedai runcit Man Tompok. "Adik nak asi krim ni ke?" tanya aku. Budak itu mengangguk. Mungkin tiada wang. Aku menghulurkan not sepuluh ringgit kepadanya dan menyuruhnya menghabiskan wang tersebut. Terus tersenyum budak tu.

Sampai di kedai Kopi Wak Sukarjo. Aku melihat seorang pak cik memakai kopiah sedang asyik membaca surat khabar di meja nya. "Assalamualaikum Pak Cik Adi" mata tua itu terus memandang aku. "Kamu ni Adam kan? Anak saudara arwah Hamid kan?" tanya Pak Cik Adi. "Ye Pak Cik. Saya balik ke sini. Nak menetap di sini" ujarku. "Jadi klinik yang baru bukak tu klinik kamu la Dam?" tanya Pak Cik Adi dengan nada terkejut. "Iya pak cik. Saya baru bina rumah kat rumah lama Pak Cik saya." Tambahku lagi.

"MasyaAllah! Jadi rumah sebesar istana tu sebenarnya rumah kamu? Aku pikir YB mana yang nak buat rumah kat kampung ni" katanya sambil ketawa besar. "Ye Pak Cik. Hehe" balasku sambil menggaru-garu kepala.

Wak Sukarjo datang menghampiri meja kami. Ditariknya kerusi dan duduk menyertai perbualan di meja kami. Mungkin Wak juga nak tahu perkembangan aku sekeluarga. "Alhamdulillah. Kamu dah jadi Doktor,Dam. Dapat jugak kamu berkhidmat untuk orang kampung ni. sebab kalau nak pergi klinik kesihatan kena naik bas. Jauh. Sekarang dah ada klinik kamu senanglah sikit orang kampung. Semalam anak pak cik pergi ke klinik kamu. Dia bagitau kamu hanya ambil cas 1 ringgit kepadanya. Betul ke Dam?" tanya Wak Sukarjo. "A'ah Wak. Singgit je." Balas ku.

"Alhamdulillah. Pak Cik bangga dengan kamu Dam. Kalau Hamid masih ada ni mesti dia juga turut bangga. Kamu ni dah berkahwin ke belum Dam? Mak Cik kamu sihat?" tanya Pak Cik Adi. "Belum lagi Pak Cik. Takde jodoh. Mak Cik saya sihat." Balasku.

"Takde jodoh ke kamu memilih Dam?" tanya Wak Sukarjo. "Ish kamu ni Sukarjo. Doktor mestilah memilih." Tambah Pak Cik Adi. Aku hanya ketawa kecil melihat gelagat dua orang tua tersebut. "Kat kampung ni banyak Dam. Kamu boleh pilih. Nak anak dara ada. Nak janda ada." Tambah Wak.

"Amboi Wak. Janda wak nak bagi kat saya. Kalau Janda yang sebaya dengan saya, okayla jugak" seloroh aku. "Eh ada Dam. Cucu si Sudin tu. Muda-muda lagi dah jadi janda." Balasnya. "Sudin? Atuk sudin?" tanya aku. "Iya Dam. Sudin yang layan kamu buruk dulu tu. Yang tuduh ayah kamu rogol anaknya tu. Sekarang cucunya dah janda. Suami cucunya yang konon-kononya kaya dulu tu rupanya keldai dadah. Patutlah kaya. Sekarang meringkup dalam penjara selepas dihalau orang kampung. Orang yang rompak rumah Hamid tu dia lah orangnya. Sebelum dia ditangkap. Dia telah menjual semua tanah milik si sudin konon-kononnya untuk dibuat meniaga dan berjanji untuk kembalikan wang tersebut berganda-ganda. Tapi nasi dah jadi bubur. Sekarang Sudin dan cucu perempuannya tinggal di rumah kecil hujung kampung sana. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Cucunya menyara si Sudin dengan membuat kuih. Sudin pun tidak boleh bekerja berat. Terlantar saja di rumah kerana sakit. Kencing manis dan darah tinggi. Kesian cucunya. Dah la tak habis sambung belajar kerana suaminya tak bagi dulu konon kononnya dah cukup wang untuk menyaranya. Sekarang hanya ada sijil pelajaran sampai SPM je." Terang Pak Cik Adi.

Aku terkejut mendengar berita tersebut. Terdiam aku buat seketika. Alya dah jadi janda? Aku ingin sekali menjenguk mereka. Namun keegoan masih menguasai diri. Apa yang Atuk Sudin buat terhadap aku masih lagi terluka di hati. Aku mengeluarkan not 100 ringgit dan meletakkan di dalam poket pak cik Adi. "Eh apa ni Dam. Banyak ni" tolak Pak Cik Adi. "Eh takpe Pak Cik. Pak Cik simpanlah." Balasku. Kami beredar dari situ setelah bersalaman.

Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Nama 'Doktor Zin' aku cari dan terus aku dial. "Hello Zin. Boleh tak kau tolong jenguk sorang pak cik ni. Katanya terlantar di rumah sebab sakit. Kamu tolong la apa yang patut. Jangan suruh dia bayar. Kamu bagi sampul yang berisi 500 ringgit kepadanya untuk beli barang dapur dan keperluan. Dan jangan sesekali sebut nama aku. Cakap je jabatan kesihatan masyarakat yang suruh. Rumah dia kat hujung kampung. Nama Sudin." Kata aku. Aku terus berjalan ke rumah kerana hari makin senja. Aku sudah berjanji untuk ke masjid dengan Pak Cik Adi.

Katanya masjid memerlukan dana untuk memperbaiki atap masjid yang rosak. Aku harus menghadiri mesyuarat tersebut.


Sucikan AkuWhere stories live. Discover now