Bab 9: Usik

648 12 0
                                    

"Soalan ni macam mana ye kak?"Tanya Yati kepada Alya. Alya mengambil buku tersebut lalu ditenungnya dengan begitu fokus. "Adam. Sini jap." Panggil Alya. Alamak. Harap-harap aku dapat menahan 'Sindrom Alya' semasa berada di hadapannya. Aku pergi menghampiri mereka. Buku Yati aku ambil. Alya menunjukkan soalan yang tidak difahaminya. Aku seakan akan terpesona melihat wajah Alya. Soalan tersebut dapatku jawab. Alhamdulillah. "Boleh tak Adam nak tanya satu benda kat Alya?" entah dari mana datangnya semangat untuk bercakap dengan Alya. "Boleh Dam"balas Alya sambil tersenyum. Seakan akan menunggu soalan aku.

"Mak Cik Alya namanya Leha tu baru balik kampung ke? Dia tinggal kat mana sebelum ni?"Tanya aku. "Oh Mak Cik Leha, dia tinggal di bandar. Semalam dia baru pulang. Dalam seminggu dua lagi dia akan berangkat ke kota semula. Dia bagitau Alya dia jual alat kosmetik kat Bandar. Dia balik ni nak jenguk jenguk datuk Alya." Jawab Alya panjang lebar.

"Dam.. tentang soalan Adam sebelum ni, Alya tak jawab lg. Sori." Tambahnya lagi sambil tersenyum. "Oh takpe. Heheeh" senyumku seperti kerang busuk. "Alya nak sambung belajar kat USM je. Alya minat dalam bidang farmasis. Adam?" balas Alya. "Adam nak sambung U dekat dekat sini je kalau boleh. Takleh jauh jauh. Nanti si Yati ni rindu Abang pulak" usik aku. "Eh, please lah. Tak kuasa I nak merindui buah hati Kak Alya I." balas Yati sambil tersenyum sinis. Wah Yati main kasar nampak. Aku dan Alya tersipu malu. "hahah tkdelah. Adam nak sambung pelajaran kat Mesir. Medik. Sudah lama Adam nak pergi ke bumi kelahiran Nabi Musa A.S" balasku.

"Hah, Sepadan la korang berdua. Sorang doktor. Sorang farmasis" Usik Yati. "Eh Yati ni. Asyik kenakan kita je Dam kan?" balas Alya. Aku hanya mampu menahan ketawa. Aku kenal sangat dengan perangai si Yati ni.


Sucikan AkuWhere stories live. Discover now