"Dam!" jerit Yati di tangga rumah. "Ya Yati, ada apa ni jerit jerit ni?" balasku. "Ni ada surat daripada Kementerian Pelajaran Malaysia" kata Hayati. Semua mata di rumah itu langsung memandangku. Debaran kian terasa. Apa permohonan yang aku isi sebelum ini diterima atau tidak? Rasa bagai nak pecah jantung ni. "Dam, bukak la surat tu. Pakcik dengan Maklong kamu dah tak sabar nak tahu ni." Kata Pak Cik Hamid. Aku tahu mereka benar benar menaruh harapan yang besar terhadap permohonan ini. Surat ini bakal menjawab kebuntuan perjalanan hidupku. "Baiklah Pak Cik" balas aku. Aku mengoyakkan sampul surat dengan tertib kerana risau bahagian dalam akan terkoyak sama.
"Tahniah Muhammad Adam Bin Yusof . Anda ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Tanta, Mesir dengan biasiswa penuh. Sila laporkan diri di pejabat kementerian pelajaran Malaysia Kuala Lumpur pada 3 April 2003."
Alhamdulillah ya Tuhan. Kamu telah menjawab doa hambaMu ini. "Alhamdulillah Pak Cik dan Mak Long. Adam dapat tawaran tu." Kata aku hingga ingin mengeluarkan air mata kegembiraan. Langsung MakLong memelukku dengan erat lalu diucapkan tahniah kepada aku. Dapat jugak aku membanggakan Pak Cik dan Mak Long aku di kampung. Berita tentang aku akan melanjutkan pelajaran ke Mesir tersebar dengan cepat. Aku tidak tahu lagi bagaimana hendak merendahkan diri ini agar tidak menjadi riak di mata orang kampung akan kurniaan ini. Kemana sahaja aku pergi, semua orang kampung mengucapkan tahniah kepada aku. Kata pak cik Adi, bukan senang anak kampung nak dapat tawaran belajar ke luar Negara. Semestinya gegak gempita kampung dibuatnya kerana aku menjadi kebanggaan orang-orang kampung.
4 hari sahaja lagi aku perlu mendaftarkan diri di Kuala Lumpur. Dalam kandungan surat itu, aku perlu mengikuti khusus dan modul yang disediakan sebelum berangkat ke sana. Lebih kurang seminggu jugak aku perlu mengikuti khusus tersebut.
Di dalam kegembiraan itu, hatiku masih berbisik. Tiada khabar langsung daripada Alya selepas dia membalas surat aku itu. Sudahku balas suratnya tetapi kata Hayati surat tersebut dibuang oleh Ibu saudaranya, Mak Cik Leha. Sejak hari itu aku tidak lagi mengirim surat kepada Alya kerana risau dia akan dimarahi oleh Ibu saudaranya kerana masih berhubung dengan aku.
"Malam ini, Ketua Kampung ada mencadangkan untuk melakukan solat hajat dan doa selamat sebelum kamu berangkat ke Kuala Lumpur dan Mesir. Sudah menjadi adat kampung ini apabila ada anak muda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, semua penduduk akan bersama-sama menubuhkan tabung derma untuk bagi membiayai kos pelajaran di sana." Kata Pak Cik Hamid.
"Eh Pak Cik Hamid, saya dapat biasiswa. Jadi tak perlu la kita risau akan duit dan kos pelajaran di sana." Balas aku. "Takpe la Dam, kamu simpan la duit tu, mana tau berguna untuk kamu kelak." Ujar Pak Cik Hamid. Aku turutkan saja. Kata orang, rezeki jangan ditolak. Jika aku simpan duit tersebut, tidak perlu lagi aku menyusahkan Mak Long dan Pakcik Hamid semasa di sana nanti. Lagi pun Mak Long perlu membiayai kos pelajaran SPM si Yati. Banyak nak pakai duit untuk SPM.
**********************************
"Buat pengetahuan para Jemaah sekalian. Malam ini kita akan adakan majlis solat hajat dan doa selamat buat Adam, anak saudara si Hamid untuk dia sambung pelajaran di Mesir." Kata Tok Imam. Para Jemaah mula berbisik sesama mereka sambil memandang aku. Ada Jemaah di sebelah kanan aku mengucapkan tahniah lalu bersalaman dengan aku. Namun, ada satu insiden yang tidak aku duga berlaku di surau itu. "Hah! Anak perogol hendak ke negeri Nabi Musa A.S ? haha baik takpayah la. Entah entah jadi perogol di sana pulak." Kata Atuk Sudin. Dia mula berdiri lalu meninggalkan Jemaah di surau itu. Tinggi sungguh egonya. Aku hanya terdiam. Ramai Jemaah yang tidak setuju akan perlakuan Atuk Sudin. "Haih Sudin ni, ni rumah Allah. Hormat sikit la" kata seorang pak cik di saf hadapan. Aku tidak ambil hati sedikit pun dengan kata-kata tadi. Aku ambil perkara tersebut sebagai satu cabaran buat diriku untuk menempuhi pelbagai dugaan semasa melanjutkan pelajaran di sana. Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala mereka kerana masih tergamam akan perlakuan Atuk Sudin.
Majlis berlangsung seperti biasa. "Kalau kamu jadi Doktor nanti Dam, jangan lupa buat klinik kat kampung ni. Senang sikit orang kampung nak dapatkan perubatan." Seloroh Ketua Kampung. Aku hanya tersenyum akan kata-kata itu. Ya, memang itu niat aku. Aku akan membuka Klinik kesihatan di kampung ini dan menikahi gadis impian aku, Alya. Ya Allah, berilah aku kesempatan buat kali terakhir sebelum berangkat untuk bertemu dengan Alya. Ada perkara yang perlu aku kata kan kepada Alya.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.