Para tetamu mula mengelilingi jenazah yang berada di ruang tamu di dalam rumahku. Tangisan dan bacaan yassin mula kedengaran sejak jenazah tiba dari hospital. Segala kelengkapan untuk menyempurnakan proses pengebumian sudah pun aku lakukan. Aku kira ini merupakan tanggujawab aku sebagai seorang hamba Allah untuk menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah di kampung tersebut. Kalau bukan aku, siapa lagi yang mahu menguruskan mayat ini. Mayat inilah yang banyak mengajar aku untuk terus kekal cekal dalam kehidupan. Walaupun hubungan kekeluargaan tidak sempat terjalin tetapi aku kira dia sudah pun separuh daripada keluarga ini. Aku menyesal kerana tindakan aku untuk pulang ke kampung ini agak lambat. Jika aku tahu nasib keluarga mereka seperti ini, aku pasti akan menolong dia dan keluarganya.
Aku merenung tubuh itu, banyak kenangan pahit dan manis yang pernah aku lalui bersamanya. "Ahli keluarga yang ingin mengucup jenazah ini, boleh datang kat sini sebab Pak Cik dah nak tutup kain kafan ni" ujar Tok Imam. Mak memimpin tangan Aisyah untuk mengucup tubuh tersebut buat kali yang terakhir. Sendi-sendi tubuh tersebut dilonggarkan oleh beberapa orang kampung untuk mengelakkan sendi tersebut keras. Kain kafan membalut tubuh tersebut disertakan wangi-wangian dan aroma yang bernari segenap rumah aku. Tubuh tersebut diangkat ke atas keranda besi yang disediakan untuk dibawa ke tanah perkuburan. Aku dan orang kampung mengusung mayat tersebut terus ke tanah perkuburan di kampung itu yang hanya 200 meter dari rumah aku. Sepanjang perjalanan mengusung jenazah tersebut, pelbagai kenangan yang bermain di minda aku. Akan tetapi aku reda akan ketentuan Tuhan. Tidak rasa sedikit lenguh pun bahu aku apabila mengusung jenazah tersebut kerana pemikiran melayang ke entah ke mana.
Apabila tiba di tanah perkuburan, orang kampung sudah pun memenuhi kawasan tersebut. Jenazah yang dibaluti kain putih itu diangkat kemudiannya di masukkan ke dalam kubur menghadap kiblat. Ketulan tanah diselitkan agar jenazah selesa dan tidak merosakkan tubuh badan jenazah. Ahli keluarga aku yang lengkap dengan pemakaian serba hitam berdiri berhampiran kubur tersebut. Setelah jenazah selesai ditanam di dalam kubur, Tok Imam mengeluarkan sehelai kertas yang diselitkan dalam kitab-kitab beliau.
Semua yang hadir langsung diam untuk memberi laluan kepada bacaan talkin yang akan dibaca oleh Tok Imam.
"Bismillah hir rah man nir rahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai Samsuddin bin Siti Hawa , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai Samsuddin bin Siti Hawa, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai Samsuddin bin Siti Hawa , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah". Bacaan talkin oleh Tok Imam sungguh memberi keinsafan kepada Jemaah yang hadir di tanah perkuburan itu untuk terus menghambakan diri kepada Allah SWT.
Kayu sepanjang setengah meter dipacakkan pada bahagian kepada dan kaki. Kayu yang dipacakkan di bahagian kepala ditulis nama si mati iaitu Samsuddin Bin Razali. Setelah selesai orang kampung mula meninggalkan tanah perkuburan tersebut. "Mak, macam mana kita nak bagitau Alya pasal perkara ni?" tanya aku kepada Mak. "Usahlah kau risau tentang perkara tu Adam, mak sendiri akan bagitau Alya nanti pada masa yang sesuai. Kesian juga mak kat Alya. Kehilangan orang yang paling dia sayang semasa dia sedang Koma di Hospital." Ujar Mak. Aku menggulung tikar rotan tersebut untuk pulang ke rumah kerana risau bumi akan dibasahi oleh air mata dari langit setelah awan hitam bergulung-gulung menuju ke kampung ini.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.