Bab 1

18K 337 0
                                    

Matanya digosok perlahan-lahan. Bunyi jam lonceng telah menyedarkannya dari lenanya lalu laju tangannya menutup. Dia baring beberapa minit sebelum bangun menuju ke bilik air. Itulah rutinnya setiap hari sebagai pelajar universiti Aman.
Siap berkemas, dia menuju ke dapur untuk sarapan. Maklumlah hari ini dia banyak hadiri kelas pagi dan petang. Maka dia wajib mengambil sedikit makanan untuk mengisi perutnya yang sedari tadi kelaparan.

"Morning, Yana!"sapa kawannya Adriana apabila dia masuk ke dalam kelas tepat pada masanya.

"Awal kau datang hari ni. Ada apa-apa ke?" Soal Ilyana pelik.

Selalunya Adriana tidak pernah datang awal kalau tidak disebabkan ada sesuatu yang menganggunya. Adriana sengih. Habislah kalau Ilyana tanya kenapa dia datang awal hari ini!

"Sebenarnya aku nak minta tolong dekat kau ni!"

"No way! Not this time, Ana!" tolak Ilyana dengan gelengan kepalanya sekali.

"Alah, kali ni je! Lepas ni aku tak minta tolong lagi dah. Bolehlah? Pleaseee..." rayu Adriana tidak mahu mengalah.

Ilyana jeda seketika. Rasa kesian pula memandang kawannya yang tidak henti merayu itu. Ini mesti hal yang tidak dapat dielakkan.

Dahlah dulu dia pernah kena oleh kawannya disebabkan assignmentnya tidak siap. Dia sanggup membantu juga bersubahat dengan menipu prof. Ayesha bahawa assignment Adriana telah dibuang oleh orang gajinya ketika membersihkan bilik Adriana. Nasiblah prof. Ayesha mempercayainya.Huh!

"Kali ni kau nak minta tolong apa pula? Kalau pasal assignment kau tak siap, aku dah tak nak bantu dah!" Kata Ilyana begitu tegas.

"Macam itulah kawan aku!" Puji Adriana dengan senyuman tersungging di bibirnya.

Mestilah dia seronok sebab ada orang gantikan dia untuk berjumpa dengan bakal suaminya yang tidak dicintainya. Dia cuma nak Ilyana cakap dengan lelaki itu untuk tidak teruskan rancangan orang tua mereka. Ni semua angkara orang tuanya yang aturkan pertemuan ini pukul 12 nanti. Kata mereka bakal suaminya itu dari kalangan orang berada tapi dia tidak mahu ingin tahu. Maklumlah putera impian sudah ada di depan matanya sekarang. Siapa lagi kalau tak bukan Tengku Aziq.

.......

Tepat pada masanya. Ilyana melangkah masuk ke dalam restoran mahal yang tegak berdiri di depan matanya.

Semakin langkahnya mendekat semakin laju jantungnya berdegup. Maklumlah inilah buat pertama kalinya dia melakukan perkara sekarang ini. Bersua muka dengan orang yang dia tidak kenal?! Memang bukan dirinya!

Dia terhenti betul-betul di ruang tengah restoran itu sehingga dia jadi perhatian orang ramai. Dia cuba berlagak selamba sebaik mungkin. Sambil itu matanya meliar mencari jejaka yang sepatutnya bertemu dengan Adriana tetapi dia pula yang menjadi mangsa. Haru sungguh hidupnya kali ini!

Saat itulah matanya menangkap seorang jejaka yang sedang sendirian di meja di sudut restoran tersebut. Lagaknya seperti menantikan seseorang. Banyak kali lelaki itu menilik jam di tangannya. Dengan begitu yakin Ilyana mengambil langkah menghampiri lelaki itu.

"Excuse me! Encik..."

Ilyana terkejut sangat bila lelaki itu mengejut bangkit dari kerusi sehingga terlanggar tubuh kurusnya itu membuatkan tubuhnya bagai melayang.

"Miss?! Are you okay?" Tegur satu suara garau.

Ilyana pantas membuka kedua matanya. Matanya membulat bila wajah lelaki yang ditegurnya tadi begitu dekat dengan wajahnya. Dia kehairanan kenapa tubuhnya tidak menghempap lantai restoran itu. Baru dia sedar dia berada dalam pelukan lelaki itu sekarang.

"Miss, are you okay?" Ulang lelaki itu lagi dengan wajah risau.

Bagai terkena renjatan elektrik, Ilyana pantas menolak tubuh sasa lelaki tersebut. Gila! Dia terasa malu bila pandangan orang di situ tertumpu kepada mereka.

"Yes, I'm okay!"

Serentak dengan itu, dia mengambil langkah seribu keluar dari restoran mahal tersebut. Apalah nasibnya hari ini. Malu dia setahun kalau dia bertemu kembali dengan lelaki itu. Salah dia juga tadi sebab ringan tangan tolong Adriana.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now