Bab 28

7.8K 188 0
                                    

SATU TAHUN KEMUDIAN...

"Sayang!" Panggil Putera Adib lagi bila kelibat Ilyana tidak ada di dalam bilik mereka.

Putera Adib gelisah tidak menentu. Dia melangkah ke luar menuju ke istana taman. Namun di situ hanya Putera Aiyan yang bermain di situ bersama ibunya, Ayna Aulia. Dia mengatur langkah masuk ke dalam istana besar itu.

"Cari siapa tu, Adib?" Tanya Raja isteri Ariah yang ketika itu baru keluar dari biliknya.

"Adib cari Ilyana...Bonda ada nampak dia tak?"

"Tadi bonda dengar suara dia dekat ruang dapur di belakang. Cuba Adib periksa dulu,"

"Okey, bonda! Terima kasih..."

Putera Adib senyum lebar. Laju kakinya melangkah menuju ke ruang dapur di dalam istana itu. Dia sudah banyak kali menyuruh isterinya itu tidak berada di situ sebab diakan isteri Putera raja. Benar tekaan Raja isteri Ariah. Ilyana begitu sibuk membantu dayang-dayang memasak untuk dinner nanti.

"Sayang..."

Ilyana menoleh. Dia tersenyum bila terpandangkan Putera Adib yang berdiri tidak jauh dari situ. Dayang-dayang di situ mula mengambil alih kerja yang Ilyana buat tadi.

"Abang, baru balik ke?" Tanya Ilyana sambil menyalam tangan suaminya itu.

"Jangan buat kerja berat sangat. Anak kita dah nak lahir. Tengok perut sayang tu yang tengah memboyot. Nanti check up doktor marah abang pulak sebab tak pandai jaga sayang," bebel Putera Adib.

Ilyana senyum kelat. Bila Putera Adib membebel mulalah dia nak merajuk. Kalau semua tak boleh buat nanti tambah gemuk pula dia. Ilyana berjalan meninggalkan Putera Adib di situ. Putera Adib senyum lalu berjalan beriringan dengan isterinya itu.

"Abang ni jahatlah! Yana nak buat itu tak boleh nak buat ini pun tak boleh. Yana tau lah Yana ni mengandung tapi Yana tau lah macammana nak beza kerja berat dengan kerja ringan tu!" Lawan Ilyana tidak mahu mengalah bila mereka sudah berada di dalam bilik mereka.

"Sayang ni memang degil! Abang risau kalau Yana penat nanti. Bila penat nanti nak manja dengan abang pulak. Abang ni pun belum hilang penat dengan kerja abang dekat office tadi tambah lagi sayang buat hal ni pening kepala abang ni!" Rungut Putera Adib tanpa menyedari isteri hatinya terluka mendengar katanya tadi.

Ilyana diam. Dia menghampiri katil lalu bersandar pada kepala katil. Entah sejak dia mengandung ini Putera Adib sudah pandai merungut. Dulu tidak ada pula. Dia mengeluh kecil. Putera Adib memandang isterinya yang diam membisu itu.

"Sayang..." panggil Putera Adib lalu duduk menghadap isterinya itu sambil mengenggam tangannya.

"Abang sayang Yana tak?" Soal Ilyana.

"Mestilah abang sayang isteri abang ni!" Jawab Putera Adib begitu ringkas.

"Abang...maafkan Yana kalau abang terbeban dengan Yana. Yana tau abang penat nak layan perangai Yana ni..."

"Apa sayang cakapkan ni? Sayang bukan bebankan abang pun...Sayang adalah tanggungjawab abang sebab itulah abang nak sayang mengerti..." jelas Putera Adib begitu tenang.

Ilyana diam lagi. Wajah suaminya begitu tenang sahaja bila bercakap dengannya. Sejak dia berbadan dua ini dia sering memberontak dengan suaminya itu.

"Yana nak tidur sekejap," beritahu Ilyana.

"Okey, sayang tidur tenangkan hati tu...Abang nak mandi dulu. Nanti abang bangunkan sayang bila dinner dah siap!" Kata Putera Adib lalu mengucup dahi isterinya itu.

Putera Adib pun beredar masuk ke dalam bilik air. Tinggal Ilyana yang berbaring malas di atas katil itu. Namun lama-lama matanya terlelap juga. Dia tidak sedar Putera Adib yang baru selesai mandi lalu menyarungkan pakaian di tubuhnya. Melihat isterinya yang begitu lena, perlahan kakinya menghampiri. Dia menyelak rambut yang menutup sebahagian wajah isterinya itu.

"Hari ni abang bagi sayang tidur...Abang tau sayang penat..." ucap Putera Adib dengan suara yang diperlahankan.

Putera Adib memandang sekilas pada jam di dinding. Sudah masuk waktu Maghrib. Dia pun sembahyang dengan khusyuknya. Ilyana tersedar bila terdengar suaminya berzikir tanpa henti. Air matanya mengalir tanpa henti. Ya Allah, terima kasih kerana Kau hadiahkan aku seorang suami seperti dia...

.....

Selesai makan malam, Ilyana terus masuk ke dalam bilik. Badannya tidak larat untuk meluangkan masa bersama keluarga yang lain. Putera Adib sempat meminta diri pada Raja Hamid namun Raja Hamid seakan memahami.

"Sayang..." panggil Putera Adib dengan senyuman di bibirnya.

Ilyana waktu itu sedang bersandar pada kepala katil. Dia menoleh pada suaminya yang datang mendekati. Dia menguntum senyum.

"Abang, terima kasih sebab sudi terima Yana sebagai isteri abang...Yana bersyukur sangat sebab Yana dah pilih jalan yang betul!" Luah Ilyana sambil tangannya menyentuh wajah suaminya itu.

Putera Adib senyum lebar. Tangan isteri digenggam erat.

"Tu lah yang dinamakan jodoh yang diturunkan oleh Allah untuk kita, sayang..." ucap Putera Adib dengan senang hati.

Yalah sekarang dia sudah memiliki Ilyana sepenuhnya. Dulu dia gagal untuk meraih cinta gadis itu tapi siapa sangka jodoh mereka begitu kuat. Ilyanalah yang dipilihnya sebagai isteri untuk berada di sisinya buat selamanya. Sekarang Ilyana memberinya sebuah kebahagiaan yang tidak ada nilainya. Dia pun tidak sabar untuk menjadi seorang bapa yang baik untuk anaknya yang akan lahir nanti.

"Abang...anak kita tak lama lagi nak keluar. Kita nak bagi apa nama anak kita ni bang?"

Putera Adib begitu teruja. Tangannya lembut mengusap perut isterinya itu.

"Abang nak bagi nama Putera Adil...Sayang suka tak?"

"Apa maksud Adil tu?"

"Sebenarnya Adil tu gabungan nama kita Ad tu dari nama abang dan Il tu dari nama sayang..."

"Are you sure our baby is a boy?" Tanya Ilyana.

"Yes, pretty sure, sayang. Doktor dah confirm our baby is a boy, sayang tak ingat ke?"

Ilyana tergelak. Dia pula yang lupa yang anak mereka itu adalah lelaki.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now