Bab 29

9K 191 2
                                    

Ilyana senyum bila melihat suaminya itu sudah bersedia untuk  pergi kerja. Dia bangun lalu membantu suaminya itu mengemaskan ikatan pada tie lehernya.

"Terima kasih, sayang..."

Ilyana senyum lebar namun itu hanya seketika bila dia terasa sesuatu mencucuk perutnya. Putera Adib bertambah risau lalu menyuruh isterinya itu duduk.

"Abang, mungkin dah tiba masanya!" Kata Ilyana cuba menahan sakit.

"Sabar sayang! Abang nak call ambulan sekejap!"

"Tak! Yana tak tahan! Abang hantar Yana ke hospital sekarang!"

.....

"Alhamdulillah, isteri tuanku selamat melahirkan seorang putera," maklum doktor perempuan itu dengan gembiranya sebaik dia keluar dari bilik persalinan itu.

Putera Adib mengucap syukur. Air matanya bergenang lalu mengalir di pipi. Dia memandang pada Raja Hamid dan Raja isteri Aleeyah. Laju sahaja kakinya mendekati Raja Hamid lalu mendakap tubuh ayahnya.

"Tahniah, Adib! Adib sudah menjadi seorang ayah yang sejati sekarang," ucap Raja Hamid sambil menepuk lembut belakang anaknya itu.

Pelukan itu terlerai. Putera Adib mengesat air matanya. Dia senyum bahagia.

"Kenapa Adib tak masuk tadi temani Yana? Suamikan dibenarkan masuk di dalam?" Tanya Raja isteri Aleeyah begitu hairan.

Putera Adib mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Bibirnya tersengih sahaja. Raja Hamid nak tergelak namun ditahannya. Perangai anak sering tidak tumpah dengan perangai ayahnya.

"Adib takut nak tengok darah, bonda. Tu lah sebab Adib tunggu di luar je,"

"Anak bertuah! Kasihan...bonda dengan Yana di dalam. Penakut juga Adib ni dengan darah!"

Putera Adib tersenyum lebar. Raja Hamid sudah tergelak memandang anaknya itu.

.....

TIGA TAHUN KEMUDIAN...

"Hensemnya anak ayah ni!" Puji Putera Adib lalu berebut mengendong anaknya yang sudah berusia empat tahun itu dari tangan isterinya.

Sejak ada anak, hidup mereka terlebih bahagia. Ada juga kadang-kala mereka bertengkar namun itu hanya sekejap sahaja. Tidak sampai sehari pun. Mereka selalu gaduh sebab Putera Adil yang gebu itu.

"Apa abang ni asyik dia je nak pegang Adil? Bagilah Yana pegang lagi," bebel Ilyana lalu berebut mengambil Putera Adil dari pegangan suaminya.

Bermulalah tarik menarik. Dua-dua tidak mahu mengalah. Sehinggalah Putera Adil menangis.

"Kamu dua ni dah jadi ayah dan ibu pun masih nak gaduh macam anak kecil je!" Tegur Raja Hamid lalu mengambil Putera Adil.

Ilyana tunduk. Putera Adib pula tarik sengih. Sebab itulah Raja Hamid tidak benarkan mereka tinggal di istana Adeeb yang dihadiahkan pada Putera Adib. Sudah besar pun nak bergaduh lagi. Raja Hamid mengelengkan kepalanya berkali-kali.

"Maafkan Yana, ayahanda..."

"Ayahanda dah banyak kali dengar kata maaf dari mulut kamu berdua tapi masih jugak nak gaduh hal yang remeh-temeh. Adil, kalau cucu atuk dah besar nanti jangan ikut perangai macam ayah Adil tu!" Kata Raja Hamid lagi.

Ilyana merajuk lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Raja Hamid memberi isyarat supaya Putera Adib memujuk isterinya itu. Putera Adib akur lalu turut masuk ke dalam bilik mereka.

"Sayang!" Panggil Putera Adib begitu manja.

Ilyana membuat muka meluat. Putera Adib nak gelak namun ditahannya. Tengok muka meluat isterinya, lucu pulak! Comel!

"Sayang marahkan abang ke?"

"Sayang, janganlah macam ni...abang tak pandailah nak memujuk kalau sayang merajuk macam ni!"

"Nak buat Yana marah pandai pulak!" Kata Ilyana dengan tegas.

"Mestilah abang pandai, sayang...kalau tak mana ada Yana tengok abang!" Balas Putera Adib sambil memandang isterinya itu.

"Abang ni kan Yana cakap betul-betul nak main-main pulak! Sebab abanglah Yana jugak kena marah dengan ayahanda," bebel Ilyana tidak puas hati.

Putera Adib senyum lebar. Nak gelak takut muncung isterinya panjang ke depan. Tangan isterinya digenggam lembut.

"Isteri abang ni kalau merajuk tak cantiklah..."

"Tak sweetlah abang ni! Yana merajuk sikit tak pandai nak pujuk. Susahnya ada laki macam ni!" Keluh Ilyana sengaja menaikkan amarah suaminya itu.

"Yana tak bersyukurlah dapat suami macam abang ni?! Macam tu?!"

Ilyana tergelak juga. Merah muka suaminya itu. Itulah pandai sangat nak buat dia marah.

"Lekas pula abang nak marah dengan Yana?!" Ujar Ilyana dengan senyum kemenangan.

Putera Adib senyum kelat. Laju sahaja dia mencuit hidung isterinya itu. Nakal! Ilyana ketawa suka.

"Maafkan abang pasal hal tadi..."

"Yana pun minta maaf juga dengan abang...Syurga seorang isteri itu terletak di tapak kaki suaminya..."

Putera Adib angguk. Tangannya merangkul bahu isterinya itu dengan penuh kasih. Seumur hidupnya dia tidak pernah membuat isterinya itu kecil hati dengan kasih sayang yang diberikan. Dia sungguh sayangkan Ilyana...Gaduh itu pun hanya perkara kecil sahaja.

"Abang...boleh tak Yana kerja lepas ni? Bosanlah duduk dekat istana ni!" Kata Ilyana cuba bermanja dengan suaminya itu.

"Kerja apa?" Soal Putera Adib begitu mengambil tahu.

"Pelakon..." jawab Ilyana pendek.

"No!" Pangkah Putera Adib.

"Pasal apa pulak?!" Tanya Ilyana dengan reaksi tidak puas hati.

"Isteri abang ni cantik sangat! Nanti kalau ada orang tertarik...habislah abang!" Ujar Putera Adib dengan tangannya sekali ikut hidup untuk menjelaskan pada isterinya.

"Tak adalah...Yana cuma nak mainkan abang je! Cukuplah Yana bekerja sebagai isteri abang di dunia dan di akhirat,"

Putera Adib terharu mendengarnya. Dia mengucup dahi isterinya itu penuh kasih. Ilyana menguntum senyum manis. Masing-masing berharap kebahagiaan itu kekal untuk selamanya biarpun ribut taufan melanda. Mereka akan tetap bersama mahupun susah dan senang kecuali Allah memisahkan mereka berdua.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now