Bab 2

9.6K 290 0
                                    

"So macammana dengan date tadi? Hensem tak orangnya?" tanya Adriana tanpa henti.

Ilyana yang memegang samsung J1 ace hanya mengeluh. Terasa serba salah pula nak cerita sebab hari ni dia tidak banyak membantu Adriana pun disebabkan dia malu jadi perhatian orang ramai.  Lelaki itu memang kacak. Sayangnya dia tidak sempat nak cakap dengan lelaki itu. Apa pula yang seronoknya kalau pertemuan mereka tadi tidak seindah yang disangkakan.

"Ana, I'm so sorry. Aku memang jumpa lelaki tu tapi masalahnya..."

Ilyana mengeluh lagi. Dia tidak dapat meneruskan katanya sebab bila teringat balik kejadian tadi dadanya rasa berdebar-debar tahap gila. Dia tahu hormonnya sejak kebelakangan ini tidak menentu.

"Babe, kau jangan cakap kau menyamar jadi aku dekat dia. Habislah aku kena marah dengan mama aku!"

"Tak adalah macam tu. Kita memang bersua muka cuma aku tak sempat nak cakap apa-apa pun dengan dia," keluh Ilyana.

"Maksud kau apa, Yana? Aku tak pahamlah," rungut Adriana.

Mungkin pening kut dengar cerita yang disampaikan oleh Ilyana tadi. Payah sangat ke nak cerita terus je? Yana Yana...Adriana geleng kepala.

"Tak apalah. Esok jelah aku cerita dekat kau. Aku dah nak mengantuk ni,"

Habis cerita. Bila malas dan tak tahu nak cerita lagi dia akan menamatkan talian tersebut seperti itu. Adriana akhirnya akur. Jelas jam dinding menunjukkan pukul 11 malam. Dahlah esok kelas pagi bermula awal.

.......

"Yana!" Begitu ceria Adriana memanggil namanya.

Ilyana baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Dia hanya melemparkan senyuman tidak bermaya. Duduk sahaja dia terus mengeluarkan buku nota yang selalu digunakannya untuk mencatat nota-nota penting. Dia tahu Adriana tidak sabar mendengar ceritanya tentang semalam.

"Ana, aku jumpa dia cuma kitorang tak cakap banyak pun. Tapi lelaki yang jadi bakal suami kau tu memang hensem orangnya. Rugi betul kau tak nak dia!"

"Tak naklah aku! Cukuplah Aziq je di dalam hati aku..." kata Adriana dengan megahnya.

Ilyana mencebik. Mengada sungguh! Sempat juga dia mengutuk di dalam hati.

"Hah! Kau buat muka macam tu mesti kau kutuk aku kan," tegur Adriana bila perasan muka masam Ilyana.

Ilyana tidak memberi sebarang reaksi. Malas nak berlawan cakap dah. Sakit hati!

"Tapikan kalau kau berguna sangat dengan lelaki tu kau ambil jelah. Dah lama kau tak cakap pasal lelaki. Mungkin dah tiba masanya kau bercinta lagi," ujar Adriana begitu mendalam maksudnya.

Jeda. Jantung Ilyana berdegup laju. Aku bercinta lagi?! Tak mungkinlah. Aku cuma puji lelaki tu je bukannya ada hati pun cik Adriana!

.......

"We'll dismiss our class at 2 o'clock," kata prof. Ayesha sambil menilik jam tangan jenama DW nya.

Semua simpan sengih. Mestilah sebab tak sabar rasanya keluar dari kelas prof. Ayesha yang senyap itu. Ilyana mula mengemas barangnya lalu dimasukkan ke dalam begnya.

"Okey, see you tomorrow!" Ucap prof. Ayesha lalu melangkah keluar.

Suasana yang senyap tadi pun mula gamat. Mana taknya dah habis kelas untuk hari itu. Ilyana mengekori langkah Adriana menuju ke taman Garden world di dalam universiti tersebut seperti biasa.

"Sayang!" Sapa Adriana dengan gembiranya apabila semakin hampir dengan Tengku Aziq.

Tengku Aziq berubah ceria. Iphone 6 ditangannya terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Ilyana yang memerhati pasangan sejoli itu hanya mampu tersenyum. Rasa bahagia juga tengok mereka bahagia. Bertuahnya Adriana dapat seorang lelaki setia seperti Tengku Aziq. Dari situ dia sedar bahawa suatu hari nanti dia pun kena mencari bahagianya.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now