Bab 19

6.3K 188 1
                                    

Ilyana memarkir keretanya di tempat biasa. Dia keluar lalu mengunci keretanya. Langkah kakinya menuju ke arah bangunan universiti Aman bagi pelajar-pelajar. Di situ kelibat Adriana sedang menunggunya. Gembira sungguh Adriana menyambut kedatangannya tadi.

"Aku rindu kaulah, Yana. Demam kau okey dah ke?"

"Jangan risaulah. Aku dah okey pun. Aku pun rindu kau, Ana..." balas Ilyana begitu gembira.

"Aku tengok kau lain macam je...Kau dah couple dengan..."

"Dengan Adib?! Minta dijauhkan! Aku tak akan couple dengan mamat tak guna tu! Dia pun sama macam lelaki kat luar sana tu. Geram aku sebab aku hampir dipermainkan oleh dia. Syukurlah aku sedar awal lagi," luah Ilyana dengan nada geram yang ditahan.

Adriana senyum senget. Melihat Ilyana yang emosi itu terus buat dia rasa bersalah. Selama ini dia begitu percaya Tengku Adib itu dari orang yang baik-baik. Tapi sungguh dia tidak sangka Tengku Adib pun ada niat nak permainkan hati kawan baiknya itu.

"Yana, aku minta maaf dengan kau. Yalah sebelum ni aku yang rekomen kau dengan Adib tu. Aku fikir dia baik masa tu. Tak sangka pulak dia jahat. Aku minta maaf..." kata Adriana begitu serba-salah.

"Dahlah! Benda pun dah lepas. Ana, aku tak salahkan kau. Oh ya aku ada good news nak bagitau pada kau,"

"Apa dia, Yana? Patutlah aku tengok kau happy semacan hari ni!" Tanya Adriana tidak sabar lagi.

"Aku terima pilihan ayah aku. Mungkin bakal suami aku tu jodoh terbaik untuk aku. Lagipun aku dah letih nak cari kekasih..." ujar Ilyana dengan senang hati sambil memandang pada kawannya itu.

"Baguslah macam tu! Tapi siapa bakal suami kau nanti?" Soal Adriana semakin teruja.

"Bakal suami aku tu orang berada...Aku belum jumpa dia lagi. Tapi tak apa karang petang aku jenguk ayah dia dekat hospital..."

"Wow! Bertuahnya kau, Yana! Tentu bakal suami kau tu hensem macam Harris baba. Aku pulak yang tak sabar nak tengok muka bakal suami kau tu!" Kata Adriana lalu tergelak sendiri.

Ilyana turut gelak. Syukurlah kawannya itu tidak jatuh di tangan Tengku Adib. Dia pun bahagia tengok Adriana lebih memilih Tengku Aziq.

"Dan aku ada bad news nak sampaikan pada kau, Ana...Ni kisah lama tapi dulu aku tak berani nak cerita,"

"Bad news?! OMG!"

Ilyana tergelak lagi bila Adriana buat muka meluat tu! Macam-macamlah kawannya itu.

"Dulu, kau ada suruh aku jumpa lelaki pilihan orangtua kau kan..."

"Yes...but why?" Soal Adriana tidak mengerti.

"Lelaki tu adalah Tengku Adib, babe!"

"What?! Oh, really? Kalau mamat tu ada depan aku memang aku teranjang dia! Sampai hati dia permainkan kawan aku!" Ucap Adriana begitu emosi.

Ilyana senyum. Overreacted pulak Adriana ni...Dengan tangan dan kakinya juga hidup bila bercakap. Geram pulak tu!

"Dahlah! Aku tak kisah pun...Yang penting kau tak jadi kahwin dengan dia sudahlah, Ana..." balas Ilyana yang sedikit boleh menerima takdirnya itu.

"Kenapalah aku ada kawan macam kau, Yana...Terharu aku!"    
Hampir nak menangis Adriana namun ditahan bila Ilyana menyuruhnya supaya tidak ada drama air mata dekat situ. Sebaliknya Adriana tergelak suka. Biarlah asalkan Ilyana tidak melihat air matanya yang mengalir.

"Aku taulah kau dah nangis sebab air mata tu! Cepatlah lap. Nanti orang fikir aku jahat pulak dengan kau,"

"Baik, princess Yana!"

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now