Bab 14

5.9K 200 1
                                    

Ilyana bangun ketika jam loncengnya berbunyi. Laju tangannya menutup bunyi jam tersebut. Dia bangun lalu mencapai tuala mandinya. Hari ini dia tidak ada kuliah tapi dia terpaksa membohongi ayahnya.

"Pukul berapa Yana pulang nanti?" Soal Tuan Aryan di meja makan.

"Tak tahu lagi. Kenapa, ayah?" Soal Ilyana kembali.

"Nanti lepas habis kuliah jangan pergi mana-mana. Tengahari nanti kawan ayah datang," jelas Tuan Aryan.

"Oh, tengoklah kalau kuliah Yana habis awal...kawan ayah yang mana satu yang datang ni?" Tanya Ilyana begitu teruja.

Tuan Aryan diam. Dia meneruskan suapannya yang tertunda tadi. Ilyana setia menanti namun ayahnya itu masih diam. Mungkin dia tidak dengar! Desis hati Ilyana. Puan Araudiah sedar suaminya itu mengelak pertanyaan dari anaknya itu.

.....

Ilyana memarkir kereta Myvi itu di tempat biasa. Laju kakinya melangkah keluar menuju ke arah bangunan universiti Aman. Namun selepas itu dia melangkah menuju ke arah yang berlainan. Dia sudah tetapkan hatinya untuk bertemu dengan prof. Ayesha.

"Yana, buat apa ni?" Tegur Prof. Ayesha terkejut bila ternampak kelibat pelajarnya itu di situ.

"Sorry, prof...saya datang ni nak minta alamat Tengku Adib," kata Ilyana terus-terang.

Prof. Ayesha terdiam. Ilyana gelisah menanti.

"Sorry, Yana...saya tak dapat nak bagi alamat dia sebab perkara ni sungguh peribadi..."

"Tapi prof...saya minta ni sebab saya risau tentang dia...Dah dua hari dia tak datang," terang Ilyana.

"Yana, jangan risau pasal dia. Tengku Adib sentiasa okey. Dia baik-baik sahaja," ujar prof. Ayesha begitu yakin.

Ilyana senyum hambar. Dia akhirnya mengalah. Dia meminta diri selepas itu. Kenapa semua orang tidak kisah dengan tidak kehadiran Tengku Adib? Prof. Ayesha pun tunjuk wajah selamba sahaja.

Ilyana akhirnya menuju ke tempat letak kereta. Dia masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin kereta. Mungkin ada baiknya dia berehat di rumah sahaja hari ini.

.....

"Raja isteri, nilah anak patik," Tuan Aryan begitu gembira memperkenalkan Ilyana pada seorang perempuan yang sebaya dengan ibunya.

Ilyana senyum lebar lalu menyalam tangan perempuan tersebut. Ilyana pun duduk di sebelah Puan Araudiah.

"Cantiknya anak kamu, Aryan..."

Ilyana tersenyum sipu. Dia tertanya-tanya siapa perempuan itu. Sungguh bergaya! Perwatakkannya seperti dari golongan orang berada.

"Yana, nilah kawan ayah cerita tu! Nama dia raja isteri Aleeyah...Anak dia nanti bakal suami Yana," terang Tuan Aryan begitu gembira.

Bakal suami?! Raja isteri?! Ilyana binggung. Apa semua ni? Bakal suami dia adalah anak raja? Ilyana gelisah tidak menentu. Puan Araudiah seakan memahami lalu mengenggam tangan anaknya begitu erat.

"Yana, jangan panggil raja isteri...panggil bonda je! Bonda ni memanglah isteri raja tapi bonda ni orang biasa-biasa je sebelum ni..." ujar raja isteri Aleeyah begitu ramah lagi mesra.

Ilyana tidak berkata apa-apa. Dia hanya mampu mengukir senyuman.

"Bonda datang ni nak jenguk bakal menantu bonda ni. Bila tengok Yana sejuk hati bonda. Memang tak salah pilihan raja Hamid untuk anak kami nanti..."

Ilyana kehilangan kata-kata. Kahwin dengan anak raja?! Dia memang tidak suka. Nanti kebebasannya terhad. Dahlah kena pakai baju lawa-lawa. Ayahnya mesti ada niat nak terima lamaran dari raja Hamid.

.....

"Ayah, apa semua ni?" Tanya Ilyana ketika selesai makan malam itu.

"Yana, ayah buat semua ni untuk kebahagiaan Yana nanti. Orangnya baik-baik, Yana. Tengok tadi raja isteri begitu baik layan Yana," jelas Tuan Aryan sambil melihat pada anaknya itu.

"Bukan itu masalah Yana, ayah. Tapi kenapa Yana kena kahwin dengan anak raja bagai ni?! Kita ni cuma gologan bawahan, ayah...lagipun Yana tak biasa tinggal di istana tu! Ya Allah!"

Ilyana menarik nafas lalu menghembusnya. Sesak dadanya bila ayahnya buat selamba sahaja. Puan Araudiah diam mendengar.

"Ayah terpaksa terima lamaran tu sebab syarikat ayah dah nak lingkup, Yana...Ayah dah habis duit modal syarikat tu. Bila raja Hamid membantu naikkan nama syarikat ayah, ayah tak tahu nak balas budi dia. Raja Hamid memang baik, Yana. Untuk balas budi dia, ayah terima cadangan dia. Maafkan ayah, Yana..."

Ilyana menangis semahunya. Di dalam pelukan ibunya dia menangis membuang segala rasa rawan di hatinya.

"Tapi bukan dengan Yana, ayah...Yana ni anak ayah. Sampai hati ayah jual Yana pada orang yang ayah baru kenal...Yana takkan terima perkahwinan ni!" Kata Ilyana lalu dia berlari masuk ke dalam biliknya di tingkat satu.

Puan Araudiah memandang pada Tuan Aryan yang terduduk menangis di sofa hujung. Bahu suaminya disentuh lembut cuba memberi semangat pada jasad itu.

"Abang tak tahu nak buat apa, Diah...Masa tu abang tak tahu nak fikir apa dah. Abang sayang anak abang tapi abang rasa cadangan raja Hamid tu yang terbaik masa tu. Abang tak ada duit yang cukup nak balas budi dia, Diah..." luah Tuan Aryan dengan sedihnya.

"Tak apa, bang...Biarkanlah dia bertenang dulu. Diah tahu keputusan abang ni tepat," pujuk Puan Araudiah begitu lembut.

Tuan Aryan senyum sikit. Pujukan isterinya itu mampu menenangkan hatinya kala itu.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now