Raja Hamid memandang pusara yang berada di hadapannya sekarang. Putera Adib dan Putera Aiman sudi menemaninya sampai di perkuburan di situ. Dia mencabut rumput yang memenuhi pusara arwah isterinya itu. Manakala Putera Adib dan Putera Aiman membersihkan kubur ibu mereka tersebut.
Selesai sahaja mereka menghadiahkan ayat-ayat suci supaya dia tenang di alam sana. Begitu khusyuk mereka membaca seakan tidak terganggu dengan kebisingan mesin rumput.
Mama, Adib dah jumpa perempuan yang layak jadi isteri Adib...Adib akan bawa dia jumpa mama bila Adib sudah sah jadi suami dia...
Putera Adib melangkah pergi mengekori langkah Putera Aiman dan Raja Hamid. Namun dia sempat menoleh ke belakang ke arah kubur ibunya. Dia seakan ternampak bayangan ibunya tersenyum padanya.
"Adib, jom kita pergi!" Tegur Putera Aiman.
Putera Adib tersedar. Dia menoleh buat terakhir kali pada kubur ibunya. Namun kali ini bayangan ibunya sudah tidak ada di situ. Dia pun meneruskan langkahnya.
.....
Raja Hamid memandang pada anaknya itu. Putera Adib masih berdiri di hadapan cermin itu. Dia khuatir penampilannya tidak berapa menarik di mata Ilyana nanti. Maklumlah malam ini dia akan bertemu dengan Ilyana. Blind date!
"Dah cukup lawa pun..."
"Tak. Adib tak suka gaya rambut Adib ni," rungut Putera Adib sambil menyikat rambutnya begitu kemas.
Raja Hamid mengelengkan kepalanya. Pening kepalanya melayan kerenah Putera Adib. Itu ini dia membebel tidak puas hati. Akhirnya dia keluar dari bilik anaknya itu. Putera Adib tersenyum puas melihat rambutnya yang disikat kemas. Rambutnya dibiarkan berdiri.
Dia melangkah keluar dengan senang hati. Raja Hamid dan Raja isteri Aleeyah sedang menunggunya di ruang tamu besar.
"Bagaimana penampilan Adib, ayahanda?" Tanya Putera Adib sambil memandang ke arah Raja Hamid.
"Kacak anak ayahanda ni...Nanti kalau Ilyana tengok tentu dia cair hati!" Puji Raja Hamid cuba nak mengusik anaknya itu.
"Kacak tu memang kacak tapi ni bau perfume yang Adib pakai ni menyakitkan hidung bondalah! Kalau Ilyana cium bau ni tentu dia nak muntah," tegur Raja isteri Aleeyah turut menyampuk.
Putera Adib mencium bau perfume yang dipakainya itu. Wangi apa! Tapi sungguh menyengatkan sebab dia sembur satu botol kecil itu. Dia tersengih tapi tidak apa asalkan dia tidak bau hangit nanti bila bersama Ilyana.
"Kalau macam tu Adib minta diri dulu. Takut Ilyana sampai awal dulu nanti kejutan tak menjadi pulak!" Kata Putera Adib sambil menyalam tangan Raja Hamid dan kemudian tangan Raja isteri Aleeyah.
"Hati-hati bawa kereta tu!" Pesan Raja Hamid.
"Okey!" Balas Putera Adib lalu berlari ke arah kereta kesayangannya.
Malam itu dalam sejarah hidupnya dia memandu sendiri kereta Audi yang sudah lama tidak digunakannya. Pian dia beri cuti untuk hari itu sahaja. Sampai di hotel Sweet Home, keretanya dibiarkan orang disitu memarkirkannya. Dia keluar lalu masuk ke dalam. Dia mendekati kaunter receptionist.
"Hello, Prince Adib! You can follow me to the hall..."
Perempuan itu menunjukkan jalan menuju ke dewan hotel itu. Sampai di dewan itu dia ditinggalkan. Dia memandang meja kecil yang berada di tengah dewan tersebut. Semuanya tersusun kemas. Dewan itu dia sewa untuk malam itu sahaja.
Bunyi telefon mengejutkan dia. Laju dia membuka mesej dari Ilyana.
Awak, saya sah sampai...
Putera Adib senyum. Dia dah beritahu perempuan tadi supaya menunjukkan jalan pada gadis bernama Ilyana. Putera Adib pantas memakai topeng yang hanya menutup bahagian matanya lalu menyuruh seorang pelayan menutup lampu dewan tersebut.
Keadaan menjadi gelap-gelita. Namun Putera Adib nampak sedikit cahaya masuk dari luar. Kala itu pintu dewan tersebut terbuka. Dia nampak seorang gadis masuk dengan teragak-agak. Takut pun ada juga!
"Kenapa gelap sangat?!" Tanya Ilyana pada perempuan yang membawanya ke situ namun perempuan itu beredar lalu menutup pintu dewan tersebut.
Putera Adib nampak Ilyana sedang berjalan lalu dia mengekori dari belakang. Ilyana pula merasa takut. Terasa bulu romanya berdiri tegak. Lagipun dia terasa ada seseorang di belakangnya. Dia terhenti. Baru sahaja dia ingin menoleh terdengar pula bunyi muzik dipasang seseorang.
"Awak..." panggil Ilyana.
Saat lampu terpasang, Ilyana cepat menoleh ke belakangnya. Tepat sangkaannya bila dia terpandangkan seorang lelaki tengah berdiri tidak jauh darinya.
Putera Adib melangkah menghampiri Ilyana. Matanya tidak henti memandang pada gadis yang memakai selendang merah hati yang mampu menawan hatinya. Dengan baju jubah merah terang itu menyerlahkan lagi kecantikannya.
"Awak...tentu Putera Adib?"
"You look great! Beautiful as always," puji Putera Adib begitu ikhlas.
Ilyana senyum malu bila dipuji begitu. Dia ingin sekali melihat wajah sebenar lelaki itu tapi topeng itu tidak ditanggalkan oleh lelaki itu. Dia ada parut nak ditutupi ke?
"Jom kita duduk di meja tersebut," ajak Putera Adib dengan layanan mesra.
Mereka berdua pun duduk di meja yang sudah di sediakan. Mereka duduk saling menghadap masing-masing. Waktu itu beberapa pelayan datang membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh Putera Adib.
"Kenapa awak pakai topeng?" Tanya Ilyana bila pelayan sudah mahu beredar.
"Saya tahu awak pasti benci tengok muka saya...Awak kenal saya sebelum ni..."
"Kenapa dengan muka awak? Saya kenal awak?! Kat mana?"
"Dengan topeng ini awak tak akan benci saya..."
"Tuanku..."
"Jangan panggil tuanku. Panggil Adib je!" Kata Putera Adib cuba membetulkan panggilan gadis tersebut pada dirinya.
Adib?! Mereka orang yang sama ke? Ilyana menatap wajah yang duduk di hadapannya itu begitu lama.
"Awak...Tengku Adib yang saya kenal tu ke?" Tanya Ilyana cuba meminta kepastian.
Putera Adib angguk perlahan. Ilyana sungguh terkejut. Anggukan itu buat dia tidak percaya dengan apa yang ada di hadapannya itu. Putera Adib pun menanggalkan topeng yang dipakainya itu.
"What?!" Jerit Ilyana sungguh tidak percaya.
Jadi selama ini dia bermesej dengan orang yang sama. Orang yang dibenci itu adalah tunangnya sendiri. Ilyana mengelengkan kepalanya berkali-kali.
"Maafkan saya...Saya tak ada niat pun nak mainkan awak tapi saya ikut je dengan jodoh pilihan ayahanda saya. Ilyana, terpulanglah pada awak samaada awak nak teruskan perkahwinan kita atau tak. Awak tak akan suka kahwin dengan orang seperti saya yang pernah menyakiti hati awak..." ujar Putera Adib dengan suara bergetar menahan hiba.
"Saya nak balik!" Kata Ilyana lalu bangun.
Putera Adib turut bangun lalu mencapai lengan gadis itu. Ilyana meronta.
"Lepaslah!"
"Saya nak jawapannya malam ni...Ilyana, please..." rayu Putera Adib.
"Awak nak jawapan sekarang, okey! Saya tak nak teruskan perkahwinan ni. Puas hati awak?!" Jerit Ilyana dengan marahnya.
Namun marahnya bertukar mendung. Dia menangis sambil memandang Putera Adib di hadapannya.
"Adib, tolong lepas ni jangan kacau saya lagi...Awak sengaja kan lakukan semua ni sebab awak benci saya sebab dulu saya tak balas cinta awak..."
"Tak, awak silap Ilyana," pangkah Putera Adib.
"Tapi apa semua ni? Saya benci awak! Lepaskan tangan saya!"
Putera Adib kecewa. Dia akhirnya melepaskan tangan Ilyana membiarkan gadis itu pergi meninggalkannya. Ilyana, kau pergi tinggalkan aku tanpa mendengar penjelasan dari aku...Mungkin tiada jodoh di antara kita...Selamat tinggal, Ilyana...
.....
Putera Adib menangis semahunya. Fokusnya sudah hilang untuk memandu lalu dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menangis lagi. Bagaimana dia nak jelas pada Raja Hamid bahawa perkahwinannya tidak akan pernah terjadi. Mama...
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...