Semua yang apa dilakukan hari itu begitu hambar. Fokusnya hilang sejak semalam. Dia tertanya-tanya mengapa dengan Ilyana. Petang ini dia terpaksa mengambil Raja Hamid di hospital itupun dia yang berkeras. Raja Hamid sudah disahkan sihat namun simptom-simptom selepas pembedahan itu akan muncul. Doktor Sufian sudah terangkan padanya terlebih dahulu. Sebab itulah Doktor Sufian memastikan jahitan di dada Raja Hamid tidak terbuka. Dia khuatir sesuatu akan terjadi.
"Bos, kenapa ni?" Tegur Pian.
Putera Adib mengeluh. Dia bangun namun kembali duduk. Itu yang buat Pian pelik dengan tingkah laku Putera Adib hari itu.
"Aku nak ke suraulah!"
"Bos, waktu zuhur belum lagi masuk..."
Putera Adib terdiam. Dia duduk kembali. Dia cuba menyambung kembali kerjanya tadi tapi dia hilang fokus. Ilyana, kenapa dengan kau?
"Bos okey ke ni?" Tanya Pian lalu mendekati lelaki itu.
"Tak apa, Pian! Aku okey!" Laju Putera Adib menjawab.
Pian kembali duduk di tempatnya tadi. Putera Adib memandang pada kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya. Kusut sungguh fikirannya kala itu.
Dia terkejut bila telefonnya berbunyi. Dia membelek telefonnya. Mesej dari Ilyana. Laju sahaja dia membuka mesej tersebut.
Sorry, awak...sebab tak reply text awak. Kemarin saya fight dengan kawan saya. Sebab tulah saya tak ada mood nak reply text awak. Sorry😯
Oh, it's okey! Saya tak marah pun...
Thank you, awak...sebab memahami saya☺
Your welcome☺
Putera Adib senyum lebar. Tenang hatinya bila Ilyana menghantar mesej padanya. Dia kembali membuat kerjanya yang tertunda tadi. Banyak paper lagi yang memerlukan tandatangannya. Pian duduk di sofa mengelengkan kepalanya. Pelik dia dengan Putera Adib hari itu.
.....
Ilyana bosan tidak tahu nak buat apa. Mesej yang dihantar pada Adriana belum lagi dibalas. Huh!
Begitu lama rajuk Adriana. Sudah masuk dua hari mereka tidak bertanya khabar."Mama, boleh tak Yana keluar sekejap nak jumpa Ana?"
"Pergilah...Nanti mama bagitau ayah," kata Puan Araudiah dengan senyuman di bibirnya.
Ilyana senyum lebar. Dia menyalam tangan ibunya terlebih dahulu lalu melangkah keluar dari rumah. Dia memandu keretanya pergi ke rumah Adriana yang tidak jauh dari rumahnya.
Kedatangannya disambut dengan layanan mesra dari Puan Aniya. Waktu itu Puan Aniya sibuk memberi makan ikan di kolam kecil di kawasan rumahnya.
"Assalamualaikum, aunty..." sapa Ilyana lalu menyalam tangan Puan Aniya.
"Waalaikumussalam...Yana datang ni nak jumpa Ana ke?"
"Ya, aunty! Ana ada tak di rumah?"
"Memang dia ada pun...Anak dara aunty tu tak reti nak jalan mana-mana kalau tak sama dengan Yana...Pergilah masuk!"
"Terima kasih, aunty!" Balas Ilyana lalu melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat tersebut.
Ilyana mencari kelibat Adriana di ruang tamu namun kawannya itu tidak ada di situ. Dia perlahan-lahan mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Mungkin Adriana berada di dalam biliknya. Dia mengetuk sekali namun tidak ada balas dari orang dalam. Dia mengetuk lagi dan ketuk lagi. Akhirnya pintu terbuka dari dalam. Kepala Adriana terjenggul namun dia berlalu membiarkan pintu biliknya terbuka.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...