Waktu mereka sampai, hanya Raja isteri Aleeyah sahaja bersama Raja Hamid di situ. Putera Adib mencari-cari.
"Tak payah cari, Adib. Mereka dah balik tadi!" Kata Raja isteri Aleeyah seperti mengerti apa yang dicari Putera Adib.
"Ayahanda gembira sekali hari ni...Tak sabar rasanya nak tunggu Adib kahwin. Kalau Adib sampai awal tadi tentu Adib dapat bertemu dengan bakal isteri Adib tu," cerita Raja Hamid begitu teruja pada anaknya itu.
"Apa semua ni, ayahanda?" Soal Putera Adib tidak mengerti.
"Semuanya ayahanda lakukan untuk Adib. Adib kena berterima kasih dengan Pian. Dialah sumber ayahanda untuk satukan kamu berdua..."
"Maksud ayah?!" Soal Putera Adib tercenggang sambil melihat pada Pian yang tersengih.
Raja isteri Aleeyah turut senyum senang. Mereka hanya mampu merancang tapi selepas ini mereka berserah kepada ketentuan Tuhan.
"Kalau bukan Pian yang bagitau ayahanda, memang Adib melepaslah nak dapatkan Ilyana. Lagipun ayahanda kenal dengan ayah Ilyana tu. Ayahanda yang tolong naik balik nama syarikat Aryan Company tu. Lagipun ayahanda memang berkenan dengan Ilyana tu jadi menantu ayahanda...Dah anak suka mestilah ayahanda buat sesuatu untuk buat Adib bahagia. Pian bagitau ayahanda yang Adib selalu menangis sebab Ilyana...Nak tackle seorang perempuan pun susah ke?!" Ujar Raja Hamid begitu panjang lebar namun teliti.
Putera Adib senyum sikit. Air mata yang ditahan tadi mengalir di pipi. Laju tangannya mengesat.
"Terima kasih, ayahanda..." ucap Putera Adib lalu mendakap tubuh ayahnya itu penuh kasih.
Satu kejutan di dalam hidupnya. Dia sungguh tidak menyangka Ilyana adalah bakal isteri yang akan dikahwininya nanti. Ya Allah! Putera Adib memandang pada Pian pula. Pian turut menangis gembira lalu memeluk tubuh Putera Adib.
"Kenapa kau buat aku macam ni?" Tanya Putera Adib dengan sedih lagi terharu.
"Pasal patik sangat sayang dengan tuanku...Tuanku tak ubah seperti adik kandung patik. Dan tuanku juga sahabat patik di dunia ini," jawab Pian begitu terus-terang.
Pelukan terlerai. Putera Adib menuju ke arah Raja isteri Aleeyah lalu dipeluk tubuh orang tua tersebut.
"Terima kasih, bonda..." bisik Putera Adib.
"Bonda buat begini nak tengok Adib bahagia...bukan nak sakitkan hati Adib. Bonda begitu sayang Adib walaupun Adib bukan anak kandung bonda," ujar Raja isteri Aleeyah.
"Dah tahu, bonda," kata Putera Adib lalu meleraikan pelukan itu.
Putera Adib mengesat air matanya di pipi. Dia membuang pandang pada ayahnya. Raja Hamid turut rasa terharu sehingga tidak dapat menahan tangisnya. Laju sahaja Putera Adib mengenggam tangan Raja Hamid.
"Maafkan ayahanda, Adib...Dulu, ayahanda terlalu pentingkan diri," ujar Raja Hamid sambil melihat pada Putera Adib.
"Ayahanda, Adib pun salah jugak dengan ayahanda sebelum ni...Maafkan Adib jugak!"
"Dah habis dah drama air mata?!"
Semua mata memandang seseorang yang berdiri di muka pintu wad tersebut. Putera Adib tersenyum bila terpandangkan Putera Aiman bersama isterinya di sisi.
"Aiman..." panggil Raja Hamid sambil mengamit tangannya.
Putera Aiman datang menghampiri lalu berdiri di sisi Raja Hamid.
"Maafkan semua silap Aiman sebelum ini jugak, ayahanda...Aiman tak matang masa tu!" Ucap Putera Aiman sambil mengenggam tangan Raja Hamid.
Semua orang di situ mengucap syukur ke hadrat illahi. Akhirnya keluarga itu bersatu dan sempurna walaupun tanpa Ibu Nafsiah di sisi. Mama, Adib rindu mama...
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...