Bab 4

8.5K 257 0
                                    

Ilyana memandang lama ke arah siling biliknya. Ligat fikirannya mencari sesuatu. Adib?! Muka lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi di mana? Paling tepat mata lelaki itu. Familiar sangat! Tapi dia tidak pernah pulak memandang lelaki begitu dekat.

"Ish! Buat apa aku fikir pasal mamat tu. Dah aku tak tau usahlah aku seksa otak aku untuk ingat segalanya," rungut Ilyana pada dirinya sendiri.

"Tapikan..."

Dup!Dup! Jantung Ilyana mula berdegup laju. Tiba- tiba dia teringat peristiwa tiga hari yang lalu. Lelaki tu?! Ilyana cepat bangun lalu mengelengkan kepalanya. Kenyataan di depan mata tapi dia tidak dapat menerimanya. Gila aku dah berdepan dengan Adib.

"Aduh malunya aku,"
Berkali-kali dia meraup mukanya.

Rasa malu pulak nak layan Adib esok. Tapi mungkin Adib tak perasan kot! Dia cuba menyenangkan hatinya.

.......

"Selamat pagi, ummi!" Sapa Ilyana sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi kanan Puan Araudiah.

"Makin manja anak ummi sekarang ni. Ada apa-apa ke ni?" Usik puan Araudiah sambil tangannya sibuk menyedukkan mee goreng ke dalam pinggan.

"Manja pun tak dapat ke ummi?! Yana dah lama tak buat macam tu. Tentu ummi rindu..."

Ilyana mencapai sudu. Sesudu mee goreng disuapkan ke dalam mulutnya. Berselera sungguh dia makan pagi itu. Puan Araudiah hanya tersenyum bahagia. Suaminya sudah lama pergi ke tempat kerjanya. Kalau tuan Aryan memandang anaknya sekarang tentu dia pun merasa bahagia. Yalah dulu susah sangat mereka nak tengok senyum Ilyana sejak hari hati anak mereka dilukakan buat ke 3 kali. Kasihan Ilyana. Tapi melihat senyuman di bibir Ilyana pagi itu menyedarkannya bahawa anaknya itu sudah dapat mencari nikmat kebahagiaan.

Mungkin Ilyana dah dapat cinta sejatinya. Tapi bagaimana dengan rancangan suaminya sebelum ini?

"Kenapa ummi senyap je? Lepas tu senyum sorang-sorang pulak tu. Ada apa-apa ke kat muka Yana ni?!" Tegur Ilyana sambil matanya memandang ke arah ibunya.

Puan Araudiah senyum lagi.

"Ada. Ummi nampak muka Yana tak kurang macam muka badut dalam tv tu lah. Tu yang ummi senyum sendiri. Tak nak kongsi takut anak ummi marah. Ni dah cerita mesti anak ummi merajuk. Tu muncung dah sedepa boleh ummi gantung hanger kat situ,"

"Apa ummi ni samakan muka Yana dengan muka badut. Tak patutlah," rajuk Ilyana sambil membawa pinggannya tadi ke singki.

Tangan dicuci. Sakit hatinya dengan umminya. Boleh pulak samakan dia dengan badut?! Hal kecil sajalah Yana yang kau peduli sangat kenapa?!

"Dahlah, ummi. Yana pergi dulu. Nanti prof. marah pulak sebab lambat masuk kelas,"

Puan Araudiah angguk. Faham dah rutin harian anaknya. Syukurlah universiti Aman itu tidak jauh dari rumah mereka. Kalau tidak tentu anaknya itu menyewa apartment. Risau hatinya kalau Ilyana jauh dimatanya. Ilyanalah satu-satunya anak yang dia ada bersama tuan Aryan. Selepas tangan ibunya disalam, Ilyana terus beredar ke arah keretanya.

......

Langkah Ilyana semakin perlahan bila ternampak kelibat Tengku Adib yang berdiri tidak jauh dari tempat parkir kereta. Jantungnya berdegup bila mata lelaki itu memandang ke arahnya. Apa patut aku buat ni?! Ilyana tertanya-tanya sendiri. Langkahnya semakin dekat dengan Tengku Adib. Dilihatnya lelaki itu senyum lebar menanti kedatangannya. Dia ingat aku ke?

"Hai, Ilyana. Good morning!" Sapa Putera Adib dengan mesra.

"Hai...awak buat apa kat sini? Tunggu seseorang ke?"

Ilyana pantas menekup mulutnya. Celuparnya mulut kau tanya dia itu ini. Suka hati dialah nak berdiri di sana! Kau ingat ni universiti bapa kau punya ke?!

"Memang saya tengah tunggu seseorang dan orang tu adalah awak. So, awak dah ada kat sini jom kita masuk kelas," ajak putera Adib.

"Sure!"

Ilyana cuba menyaingi langkah Tengku Adib. Dia sebenarnya segan nak berjalan di sebelah lelaki itu tapi dia terpaksa. Nak tipu kesian juga.

"Yana, boleh saya tanya awak?"

Ilyana terkejut. Dub dap jantungnya menanti. Tanya pasal apa? Mungkinkah dia ingat?!

"Tanya pasal apa?" dia menyoal pula. Tidak sanggup dia memandang ke arah Tengku Adib.

"Betul ke awak single?"

Terus langkah Ilyana mati. Mati-matian dia fikir Tengku Adib dah ingat tentang dia tapi sebaliknya. Ayat single itu menjadi perhatiannya. Single?! Dah lama dia bersendiri dan dia tak akan cari pengganti buat sementara waktu. Sakitnya dilukakan bukan luka biasa.

"Kenapa awak tanya saya single?"

"Sebab saya ingin tahu pasal awak. Saya terdengar Adriana cakap awak sampai sekarang masih single so saya nak minta kepastian dari mulut awak..."

Ilyana senyum. Sinis. Baru kemarin mereka saling kenal dah mula dah lelaki ini nak tahu pasal dia yang tak berapa ini. Apa motif Tengku Adib sebenarnya?! Dia nak ketawakan aku ke sebab aku single?

"Ya, seperti yang awak dengar dari mulut Adriana memang saya single. Apa kata orang single mingle," ujar Ilyana dengan wajah selamba.

"Yess!" Jerit Tengku Adib tiba-tiba dengan gembiranya.

Ilyana kehairanan. Biar betul mamat ni?! Dah kena sampuk ke apa? Ada ke patut orang single dia happy?

"Opps sorry. Saya pulak yang teruja sangat dengar awak single,"

"Tak apalah, Adib. Dah biasa dah orang buat macam tu dekat saya. Saya dah tabah sebab mungkin tuhan lambat nak bagi cinta sejati dekat saya. Tapi untuk masa sekarang memang saya nak single sebab saya nak concentrate dengan study dulu. Kalau dah habis study mungkin saya boleh bercinta kut. Atau mungkin saya terima lamaran orang je sebab tak payah saya susah-susah cari calon menantu. Kan?" Ujar Ilyana dengan panjang lebar.

Serentak katanya itu Ilyana terus membuka langkah meninggalkan Tengku Adib termangu sendiri. Dia tak kisah pun kalau lelaki itu tertelan cili padi ke apa. Ilyana akhirnya senyum kerana dapat mengenakan Tengku Adib. Kalau Tengku Adib ada hati dengan dia sudah tentulah dia lelaki pertama dia nak tolak-tolak jauh.
Sebab Tengku Adib bukan taste dia!

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now