Putera Adib begitu khusyuk berfikir sehingga kedatangan Pian tidak disedarinya. Beginilah keadaan putera bongsu raja Hamid sejak kebelakangan ini. Itupun sejak hatinya tertarik dengan seorang gadis yang ditemuinya di sebuah restoran terkenal.
Ilyana...bukan gadis biasa-biasa ditemuinya. Senang didekati tetapi susah untuk mencuri hatinya. Yang menjadi pertanyaannya kenapa atau mengapa Ilyana mahu bersendiri? Ke dia pernah dilukakan atau dia memang malas nak bercinta?!
"Tuanku, dah tiba masanya kita pulang semula ke istana. Tak baik tuanku luangkan masa yang lama di sini. Waktu maghrib macam inilah syaitan dan iblis akan merayau nak takutkan tuanku," kata Pian sambil titipkan teguran di hujung katanya tadi.
Terus mata putera Adib terbeliak. Takut sekiranya benar kata Pian tadi. Melihat reaksi putera Adib tersebut, Pian terus lepaskan gelak. Percaya juga dia dengan kata aku ni. Aku main-main jelah!
Putera Adib berdeham beberapa kali supaya menyedarkan Pian. Jatuhlah imejnya di depan Pian. Tawa Pian akhirnya reda setelah putera Adib menayangkan muka serius. Jaga imejlah tu!
"Jomlah kita balik sekarang," ajak putera Adib dengan serius.
"Tuanku, tuanku kena biasakan diri tuanku menggunakan bahasa yang selalu tuanku gunakan di dalam istana," tegur Pian sekaligus menyuruh putera Adib belajar membahasakan dirinya.
"Saya tahulah...tapi inikan di luar istana so suka hati sayalah nak guna bahasa apa ke. Nanti ramai orang tahu saya ni anak raja,"
"Tapi tuanku..."Putera Adib tayang muka menyampah. Kenapalah hari ini Pian tidak seperti selalunya.
"Baiklah, beta mengalah. Marilah kita pulang segera sebelum ayahanda dan bonda beta bising sebab beta pulang lambat hari ini. Marilah wahai bodyguard yang beta sanjung!"
Hampir tergelak Pian mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut putera Adib. Putera Adib masih buat muka serius. Laju langkahnya meninggalkan Pian di belakang. Pantai Mahligai yang kian gelap itu ditinggalkan.
......
"Ada apa ayahanda nak jumpa Adib?" soal putera Adib tidak sabar.
Sebaik dia habis makan malam, dia terus dipanggil raja Hamid masuk ke dalam ruang besar tempat kerjanya. Dia benci jika bersua muka dengan orang tua itu.
"Duduklah dulu. Ayahanda nak bincang sesuatu dengan Adib. Ini tentang masa depan Adib. Ayahanda tahu Adib tak suka tapi ayahanda nak tengok Adib bahagia," ujar raja Hamid sambil matanya menghala ke arah anak bongsunya.
Putera Adib masih diam. Dia setia menanti ayahnya itu meneruskan katanya. Dia tidak suka menyampuk. Sesekali terdengar batuk raja Hamid. Sakit rupanya dia! Dah makan ubat ke? Putera Adib tertanya-tanya di dalam hati. Kerisauan mula mencengkam di hatinya. Ah! Peduli apa aku pasal dia.
"Adib, ayahanda bukan pilih kasih. Minggu depan, ayahanda dah aturkan pertemuan Adib dengan bakal isteri Adib waktu lunch..."
"Stop,ayahanda. I think it's enough until here. Adib memang betul-betul tak suka ayahanda aturkan jodoh Adib dengan perempuan yang entah Adib tak kenal. Adib ada hidup sendiri. Biarlah Adib sendiri cari bakal isteri Adib. Kalau ayahanda masih teruskan rancangan ayahanda itu, Adib akan betul-betul tinggalkan istana ini,"
Muka putera Adib berubah merah kerana cuba menahan marahnya. Sakit hatinya bila raja Hamid membuat perancangan itu sesuka hatinya di belakangnya. Lepas habis katanya tadi, dia terus melangkah keluar. Pintu sengaja di tutup kuat sebagai tanda amaran.
Raja Hamid terkejut. Laju tangannya mengurut perlahan di kawasan daerah dadanya. Maklumlah usianya sudah mencecah 65 tahun. Dia pun semakin tidak larat membuat kerja berat. Takhtanya dia akan turunkan pada anak sulungnya. Namun tidak ada seorang anaknya memahami dirinya. Mereka semua sibuk mengejar impian mereka sendiri sehingga kadang-kadang dia menangis sendiri. Dia tidak pernah memberitahu masalahnya itu pada isterinya. Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaanMu di dunia ini. Doanya di dalam hati.
.....
Putera Adib serba-salah. Saat dia pergi melangkah meninggalkan ayahnya tadi, hatinya tidak tenang. Kejamkah dia memperlakukan ayah kandungnya seperti itu? Selama ini bukan itukah impiannya supaya dapat bertemu dengan ayah sebenarnya? Tapi sekarang kenapa berbeza sekali. Banyak kali dia mengeluh. Kusut. Malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya. Itupun ketika waktu subuh baru dia terlelap hingga ke pagi. Ayah, Adib sayang ayah...
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...