Bab 26

6.4K 159 0
                                    

Pian mencari kelibat Putera Adib di dalam bilik lelaki itu. Namun dia tidak ada di situ. Katilnya di susun kemas. Ke mana perginya Putera Adib? Sepatutnya hari itu dia akan membawa Putera Adib menuju ke syarikat Teras Makmur seperti biasa.

Dia mundar-mandir. Di telefon namun tidak diangkat. Ke mana perginya lelaki itu? Sudahnya Pian keluar lalu menuju ke kereta Mercedez Benz lalu memandu dari situ. Mungkin lelaki itu sudah pergi awal.

Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Laju tangannya menelefon pada secretary Nina.

"Nina, bos ada tak dekat office sekarang?" Laju Pian menanyakan.

"Bos belum masuk lagi. Kenapa?"
"Tak apa. Begini je lah...Hari ni awak handle syarikat tu. Saya kena cari bos kita yang hilang tu..."

"Hilang?!"

"Tapi awak jangan bising pulak! Kalau staf lain tanya mana bos, bagitau bos ambil cuti hari ni, okey?"

"Okey!"

Panggilan diputuskan. Pian kembali memandu keretanya ke arah dia tidak tahu. Apa terjadi pada Putera Adib semalam? Tentu Raja Hamid tidak tahu apa-apa. Ya Allah!

.....

"Ana!"

Adriana sungguh terkejut dengan kedatangan Ilyana ke rumahnya pagi itu. Selalunya kawannya itu datang tiap petang sahaja. Di dalam bilik itu Ilyana menangis di dalam pelukan Adriana.

"Kenapa mesti aku, Ana?" Luah Ilyana dalam tangisnya.

Adriana sungguh tidak mengerti dengan luahan Ilyana. Apa sebenarnya masalah Ilyana? Bukankah semalam dia begitu gembira kerana dia akan bertemu dengan bakal suaminya. Hari ini mendung pula yang datang.

"Apa maksud kau, Yana?" Soal Adriana dengan nada lembut.

Ilyana meleraikan pelukan itu. Dia memandang Adriana yang duduk menghadapnya.

"Aku...aku nak tarik balik apa yang ayah buat pada aku tapi...aku tak dapat, Ana. Aku tak akan bahagia dengan dia. Aku tak nak kahwin dengan dia, Ana..."

"Siapa dia tu? Aku kenal ke?" Soal Adriana mahu tahu.

"Kau memang kenal dia, Ana..."

"Siapa dia, Yana?"

"Adib," jawab Ilyana sepatah.

Adriana terkejut. Tengku Adib itu yang akan jadi suami kawannya itu?! Malang sungguh kawannya itu. Ilyana menangis walaupun dia cuba menahannya. Dia sedih jodohnya bersama Putera Adib Shah yang selama ini menyamar sebagai Tengku Adib.

"Yana, aku simpati dengan kau tapi aku tak dapat bantu kau dalam perkara ni. Mungkin dah takdir dan jodoh kau bersama Adib, Yana...kita ni hanya manusia biasa yang mampu merancang tapi Allah juga yang menentukannya...Mungkin ada sebab lain kenapa Allah jadikan Adib sebagai jodoh kau, Yana...Kalau kau tak pasti, malam ni kau cubalah buat sembahyang istikharah. Minta petunjuk dari Allah..." ujar Adriana begitu panjang dan lebar.

"Terima kasih, Ana..." ucap Ilyana dengan senyuman hambar di bibirnya.

"Tak ada yang mampu aku lakukan untuk kau, Yana...Tapi nanti bila kau sembahyang banyak-banyaklah berdoa kepada Allah...Sebagai kawan, tu je yang mampu aku tolong kau!" Kata Adriana lalu membalas senyuman Ilyana.

Ilyana mengesat air matanya di pipi. Namun dia pantas mendakap tubuh Adriana cuba menenangkan hatinya.

.....

Seperti yang disarankan oleh kawannya, malam itu dia melakukan sembahyang istikharah agar Tuhan memberinya sebarang petunjuk. Dia melakukan sembahyang istikharah selama tiga hari tiga malam.

Namun malam hari ketiga itu selepas dia selesai sembahyang isrikharah dia terlelap dia atas sejadah. Dia berharap Allah memberi petunjuk jodohnya yang sebenar.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now