Ilyana berjalan ke arah Adriana yang sedang sibuk menghafal sesuatu. Di meja itu mereka belajar sebelum mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan.
"Aku takutlah, Yana..." luah Adriana dengan wajah tidak bermaya.
"Kau ni macam tak belajar pula sebelum ni...Aku rasa dah cukup kut apa yang kita revise sebelum exam ni. Masa ni kau ketepikan rasa takut tu dan kau mesti ada keyakinan macam aku ni. Nanti waktu nak jawab paper taklah kalut nak cari jawapan," ujar Ilyana cuba memberi semangat pada kawannya itu.
"Aku taulah tapi aku rasa nervous sangat. Macam nak terkeluar dah jantung aku ni asyik nak berdegup saja dari tadi," rungut Adriana tidak puas hati sambil memandang pada paper revisionnya.
"Tu pasal jantung kau...Jangan risaulah! Semuanya akan okey je! Percayalah, babe,"
Adriana senyum juga dengan pujukan kawannya itu. Dia anggukkan kepalanya. Dalam hati dia berkata All is well...bagi menghilangkan rasa gugupnya.
"By the way, aku ada good news...nak cerita dekat kau," kata Ilyana begitu gembira sambil memandang Adriana.
"Good news?! Apa dia?" Soal Adriana tidak sabar.
"Kemarin aku memang tak jumpa dengan bakal husband aku tu. Tapi tak apa asal aku dah tengok bakal ayah dan ibu mertua aku. Tapikan...semalam tu aku tak terduga dapat mesej dari bakal husband aku tu!" Cerita Ilyana begitu gembira sekali.
"Dari mana dia dapat nombor kau? Kan ke korang belum jumpa lagi..."
Betul kata Adriana tadi. Dia pun begitu semalam. Tapi tidak apa dia gembira bermesej dengan bakal suaminya semalam. Sebab itulah dia semangat datang awal hari ini. Itu pun Adriana tidak perasan.
"Daddy dia bagi. Lagipun ayah aku yang bagi nombor aku tu dekat daddy dia semalam. Aku happylah dia mesej aku cakap goodnight...Aku harap lepas ni aku dapat terima mesej dari dia lagi. Aku sungguh bahagia, Ana..."
"Ya lah kau tu! Tapi tak apa asal kau bahagia aku pun turut rasa bahagia. Congrates, Yana sebab dah jumpa husband yang baik," ujar Adriana turut merasa gembira.
"Thanks, Ana..."
Mereka senyap kemudian. Masing-masing khusyuk membuat revision kali terakhir. Kala itu telefon Ilyana berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Ilyana membuka notification watsapp. Satu mesej dari My future husband...Laju dia membuka mesej tersebut.
Assalamualaikum...good morning😊 Good luck for your exam...
Ilyana tersengih lalu cepat jari-jemarinya membalas mesej itu.
Waalaikumussalam...good morning too. Thanks untuk good luck awak tu!
My future husband is typing...
Ilyana begitu teruja. Adriana di depannya tidak dihiraukan.
Oh, it's okey☺
Ilyana senyum. Dia pun menyimpan kembali telefonnya ke dalam begnya.
.....
Putera Adib senyum lebar. Sepatutnya dia balas panjang dari itu. Dia rindu Ilyana...Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket bajunya. Dia melangkah masuk ke dalam lif. Pian di belakang mengekori. Sampai di tingkat 15, mereka keluar dan terserempak dengan beberapa pekerja di aras itu.
"Selamat pagi, bos!" Sapa pekerjanya seperti selalu.
Putera Adib senyum sikit lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi hitam itu, Nina masuk bersama secawan kopi panas untuknya.
"Ms. Nina, aku nak tanya sikit ni. Kau tengok dalam bilik ni ada berapa orang ye?" Tanya Putera Adib begitu serius.
"Dua, bos!" Jawab Nina begitu cepat.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...