Bab 7

6.5K 222 2
                                    

"Saya nak kenal awak lebih dekat lagi..." ucap Tengku Adib mula bermain-main di mindanya.

Nak ulangkaji pun tak dapat nak fokus. Ilyana akhirnya mengalah lalu menutup bukunya. Dia bangun lalu naik ke atas katilnya.

Dia sebenarnya rasa bersalah bila teringat peristiwa petang tadi. Lepas Tengku Adib kata begitu, dia memang terkejut tapi dia meneruskan langkah meninggalkan lelaki itu di situ. Berkali-kali dia meraup mukanya.

"Adib, saya minta maaf kalau saya dah buat awak kecewa. Awak tak patut pilih saya untuk jadi kawan awak..."

Sejak kebelakangan ini, Tengku Adib sentiasa berusaha untuk rapat dengannya. Dia tahu lelaki itu memiliki aura mengoda yang mampu membuat dirinya tergoda. Namun nasib hatinya begitu kuat melawan godaan itu. Entah apa istimewanya dia sampai lelaki itu bersungguh-sungguh mahu kenal dengannya.

"Adib, saya bukan orang yang senang-senang nak awak goda. Saya takkan jatuh hati dengan awak..."

......

Esok paginya seperti biasa Ilyana memandu kereta Myvi untuk pergi kuliah. Hari ini dia cuma ada kelas pagi sahaja. Syukurlah dia dapat berehat pada waktu petang. Sejak assignment diberikan, rehatnya tidak teratur. Makan minumnya pun tidak menentu. Kalau di universiti, Adrianalah yang akan menyediakan makan minumnya selalu. Manakala dia sibuk mencari maklumat untuk menyiapkan tiga assignmentnya itu. Bila dah fokus dengan study dia akan memberi sepenuh perhatian. Yalah dia tidak mahu mengecewakan ayah dan ibu yang membesarkannya.

"Kau kat mana ni?" Tanya Adriana bila panggilannya berbalas.

"Aku on the way sekarang. Kau jangan risau. Okay nanti aku jumpa kau. Bye!" Ilyana cepat mematikan talian tersebut.

Ilyana mula membelok sterengnya ke kanan untuk parkir keretanya di petak kosong itu. Lega perjalanannya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Setelah enjin dimatikan, dia pun melangkah keluar sambil menjinjing begnya di bahu. Sudah pasti keretanya dilock, dia pun berjalan ke arah bangunan universiti Aman.

"Yana!" Jerit Adriana yang menantinya di depan universiti tersebut.

Dia meluru menghampiri kawannya itu.

"Kenapa?" Soal Ilyana, pelik.

"Tengku Adib..." kata Adriana terhenti di situ.

Waktu itulah Tengku Adib datang menghampiri mereka berdua. Ilyana tunduk bila pandangan lelaki itu tepat ke arah anak matanya. Jantungnya mula berdegup laju. Apasal Adib pandang aku macam tu? Adriana di sebelah hanya memerhati.

"Saya nak jawapan dari mulut awak sekarang, Ilyana..."

Ilyana mendongak. Tak sabar betul mamat ni! Ilyana memandang ke arah Adriana di sebelahnya. Patutlah Adriana miss call dia supaya datang cepat. Jadi inilah sebabnya. Adriana seperti faham akan keadaan mereka berdua terus berlalu memberi ruang buat mereka berbincang. Lepas ni aku akan suruh Yana cerita dekat aku.

"Adib, don't be too rush. Okeylah kalau awak nak jawapan sekarang saya bagi. Saya tak nak! So please lepas ni jangan ikut saya," selesai katanya itu, Ilyana terus melangkah pergi. Tinggal tengku Adib di situ dengan hati terluka.

Putera Adib banyak meraup mukanya. Masalah dah datang! Dia tak patut bertindak begitu pada Ilyana. Dia dah memaksa gadis itu. Kau dah gila,Adib! Tak boleh ke kau sabar sikit?! Buku didepannya ditutup lalu dimasukkan ke dalam begnya. Dia laju bangun. Saat itulah semua mata memandang ke arahnya. Dia jadi perhatian semua orang di dalam kelas itu. Lagi lama dia di situ, lagi berserabut dibuatnya. Dia cepat melangkah keluar dari kelas itu. Dia harus mencari Ilyana untuk meminta maaf. Dia takut Ilyana semakin jauh darinya.

.....

"Ilyana!" Jerit putera Adib sambil mengejar Ilyana yang ketika itu seperti menjauhkan diri daripadanya.

"Ilyana, please give me a chance untuk jelaskan perkara yang sebenar," rayu putera Adib cuba menyaingi langkah gadis itu.

"Nak jelaskan apa lagi? Saya dah bagi jawapan saya. Tu kan yang awak nak," Ilyana tidak mahu mengalah.

Putera Adib akhirnya bertindak. Laju tangannya mencapai lengan gadis itu.

"Hey lepaslah!" Ilyana memberontak sambil menarik lengannya.

"Ilyana, tolong maafkan saya. Tolong bagi saya masa untuk jelaskan sesuatu. Kalau awak ikut cakap saya, saya akan lepaskan tangan awak ni,"

Ilyana mendengus kasar. Sesak dadanya menahan amarah. Putera Adib akhirnya melepaskan lengan Ilyana.

"Cepatlah! Awak nak jelas apa pada saya?"

"Saya nak minta maaf dengan awak pasal pagi tadi. Saya tak patut paksa awak macam tu. Saya betul-betul minta maaf..."

"Tu je ke?" Soal Ilyana dengan senyuman sinis dilemparkan.

"Saya..."

"Saya apa?! Cakap laju sikit boleh tak?!" Jerit Ilyana bila sabarnya di tahap yang nipis.

"Saya cintakan awak..." luah putera Adib tanpa segan silunya.

Terbuntang mata Ilyana mendengar tiga perkataan itu keluar dari mulut lelaki itu. Cinta?! Adib cintakan dia?! Putera Adib masih setia memerhati Ilyana yang terkedu. Itulah suruh aku cakap laju. Sekarang kau rasakan. Waktu itulah, Putera Adib mengambil kesempatan mencuri pandang ke arah wajah pujaan hatinya itu. Cantiknya dia! Pujinya di dalam hati. Kalau kau isteri aku dah lama aku peluk kau, Ilyana.

"Adib, saya rasa saya pergi dululah!" Serentak dengan katanya itu, Ilyana membuka langkah seribu meninggalkan Putera Adib di situ. Tinggallah putera raja itu di situ dengan wajah cemberut. Tiap kali dia lafazkan kata, gadis itu seringkali meninggalkannya. Apalah jadi dengan aku ni! Putera raja apa aku macam ni! Putera Adib terus menanggalkan kacamatanya yang tidak berdegree itu dari wajahnya. Pandai betul dia menyamar sebagai orang nerd. Nerd pun Ilyana tak pandang. Habis apa lagi gadis itu nak sangat pandang?

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now