Bab 9

6K 201 0
                                    

"Ilyana," panggil Putera Adib dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.

Ilyana masih di dalam dunianya. Putera Adib tarik senyum lagi cuba mencari keselesaan. Mana tidaknya gadis pujaannya sekarang tengah tenung wajah dia! Mungkin Ilyana dah jatuh suka kut dengan dia.

"Ilyana!" Panggil putera Adib dengan suara yang ditekankan.

Terus gadis itu tersedar lalu menyambut huluran tangan putera Adib.

"Saya minta maaf sebab dah langgar awak tadi," ucap Ilyana sambil tangannya mengibas membersihkan baju kurung yang dipakainya ketika itu.

"Tak mengapa lagipun awak tak sengajakan..." balas putera Adib cuba berlagak macho.

Suasana menjadi sunyi di antara mereka. Putera Adib jadi gugup. Apa patut dia nak kata? Takkan dia nak diam bila dapat tengok Ilyana selepas tiga hari? Ini bukan normal! Dia tak macam ni. Dia melemparkan pandangan ke arah Ilyana disebelahnya. Kenapa Ilyana diam?!

"Okeylah kalau macam tu saya pergi dulu sebab saya ada kelas lepas ni," kata putera Adib memulakan perbualan cuba memecahkan kebisuan di antara mereka.

Dia dapat tangkap reaksi Ilyana yang terperanjat kecil bila dengar katanya tadi. Mungkin gadis itu nak kata sesuatu dengannya. Dia cuba memberi masa pada gadis itu untuk katakan sesuatu tetapi Ilyana masih diam seperti tadi.

"Awak ada nak katakan sesuatu ke dengan saya?" Soal putera Adib menanti.

Ilyana geleng. Putera Adib mengeluh di dalam hati. Takkan dia tak rindu dengan aku?!

"Oh okey. Kalau macam tu saya pergi dulu. See you around!"
Tamat katanya itu dia terus membuka langkah meninggalkan Ilyana. Sesungguhnya dia tidak mahu meninggalkan gadis itu. Putera Adib seperti berat hati untuk melangkah lebih jauh lagi.

"Adib!" Laung Ilyana di belakang.

Mendengar namanya dipanggil pantas dia pusingkan badannya. Ilyana masih ditempatnya berdiri tadi.

"Saya cuma nak tanya ke mana awak menghilang tiga hari tu?" Jerit Ilyana.

Putera Adib tersenyum bahagia.
Ternyata tekaannya meleset sama sekali. Ilyana mungkin rindu dengan dia. Mungkin dia masih ada peluang untuk buat gadis itu jatuh hati dengannya.

"Saya tak ke mana. Saya masih ada di hati awak!" Jerit putera Adib berharap Ilyana dengar akan katanya tadi.

Dia tarik senyum bila memandang Ilyana terkaku di hujung sana. Dia akhirnya melangkah pergi. Ilyana, aku akan buat kau jadi isteri aku paling sah! Aku yakin sekali kaulah pemilik hatiku.

.....

Ilyana duduk di meja kosong di sudut hujung kantin itu. Dia mula menyuapkan sandwic tuna ke dalam mulutnya. Waktu itu dia menangkap kelibat tengku Adib yang sedang melangkah ke arahnya. Terus kunyahannya terhenti. Jantungnya pula mula berdegup laju. Dup! Dup!

"Hi, boleh saya duduk kat sini?"

Ilyana tidak angguk mahupun geleng. Tengku Adib akhirnya melabuhkan punggungnya di hadapan Ilyana. Ilyana mengunyah perlahan sisa sandwic tuna di dalam mulutnya.

"Kenapa awak tanya ke mana saya menghilang? Awak rindu saya ke?" Tanya Tengku Adib sambil memandang ke arah Ilyana.

Ilyana tersedak. Laju tangannya mencapai botol minunannya lalu diteguk rakus. Tengku Adib didepannya tidak dihiraukannya lagi. Botol kosong itu diletakkan kembali di atas meja. Dia mengukir senyum pada Tengku Adib yang memandang pelik ke arahnya.

"Kuatnya awak minum air," puji tengku Adib dengan senyuman.

"Saya tersedak mestilah minum air. Awak tanya apa tadi?!" Soal Ilyana cuba menukar topik perbualan mereka.

"Awak rindu saya ke?!"

"Rindu?! Saya rindu awak?! Tak mungkinlah!" Nafi Ilyana begitu mengah.

Terletus tawa tengku Adib bila melihat wajah Ilyana ketika itu. Ilyana tercenggang. Apa yang lucu?

"Betul ke awak tak rindu saya? Habis kenapa awak tanya ke mana saya menghilang? Lepas tu tadi waktu awak jatuh langgar saya apasal awak tengok saya semacam je? Awak dah jatuh suka dengan saya ke?" Desak tengku Adib tidak mahu mengalah.

Ilyana geleng kepala. Dia tidak akan berterus-terang tentang perasaannya. Tentu tengku Adib akan gelakkannya.

"Salah ke saya tanya sebagai seorang kawan? Awak juga yang kata saya ni kawan awak. So, awak menghilang ke mana sebenarnya? Prof. pun tak bising awak absent tiga hari. Lepas tu classmate kita kata yang awak absent tanpa beri surat cuti langsung pada prof. Tu lah yang menjadi tanda-tanya pada saya. You know as a friend, saya pun ada rasa risau yang awak sakit ke apa atau awak mengalami accident ke," hujah Ilyana panjang lebar.

Tengku Adib tersengih. Prihatin sungguh Ilyana terhadapnya. Rasa terharu sangat. Tak rindu tapi sekurang-kurangnya Ilyana risau akan dirinya. Ilyana mengunyah lagi sandwic tuna yang terakhir. Kala itu dia perasan akan wajah tengku Adib yang bertukar mendung.

"Saya minta maaflah kalau saya dah buat awak risau sangat. Tapi awak jangan risau saya memang okey!" Kata tengku Adib cuba tersenyum walaupun terasa hambar.

"Adib, awak okey ke? Ke awak ada masalah family? Kalau awak ada masalah, kongsilah dengan saya. Saya sudi dengar masalah awak,"

"Tak adalah. Saya okey," balas tengku Adib.

"Tapi..."

Ilyana terkejut bila tengku Adib bangkit. Dia mendongak memandang ke arah lelaki itu.

"Saya pergi dulu. Saya ada kelas lepas ni," serentak itu juga tengku Adib membuka langkah.

Ilyana termangu. Dia dapat rasakan tengku Adib begitu lain hari ini. Baru hari ini dia perasan muka muram lelaki itu tadi. Dia ada masalah ke? Dia tertanya-tanya sendiri.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now