"Ayah!" Panggil Ilyana lalu duduk di meja tersebut.
Tuan Aryan senyum memandang anak perempuannya. Di laman itu anak beranak itu meluangkan masa pada petang itu. Puan Araudiah pula sibuk di dapur.
"Ayah, maafkan Yana kalau hari sebelum ni Yana buat ayah terluka...Yana bersalah, ayah..." ucap Ilyana begitu bersungguh-sungguh.
Tuan Aryan senyum lagi. Dia begitu senang rajuk anaknya itu tidak begitu lama.
"Ayah pun salah jugak dengan Yana...Ayah pun nak minta maaf," kata Tuan Aryan sambil memandang pada Ilyana.
Keadaan kembali senyap. Hanya kedengaran angin petang yang sudi meniup-niup. Ilyana memandang pada Tuan Aryan yang begitu khusyuk menikmati keindahan alam petang itu.
"Ayah..."
"Ada apa, Yana?" Soal Tuan Aryan.
"Yana dah fikir panjang...Yana akan terima pilihan ayah. Bagi Yana pilihan ayah adalah yang terbaik!" Ujar Ilyana begitu yakin.
"Baguslah macam tu!" Balas Tuan Aryan begitu senang.
"Esok, Yana free..." bagitau Ilyana.
"Esok tak dapatlah nak jumpa anak kawan ayah tu. Lagipun kawan ayah masih sakit. Masa ni kawan ayah tu tengah kena rawat di hospital," cerita Tuan Aryan begitu sayu. Dia pun turut bersimpati akan keadaan Raja Hamid.
"Dia sakit apa, ayah? Kasihan jugak Yana dengar. Apa kata esok kita jenguk kawan ayah tu!" Cadang Ilyana begitu teruja.
"Bagus jugak cadangan Yana tu! Esok kita jenguk kawan ayah tu. Ayah nak jugak bagi surprise dekat kawan ayah tu!"
Ilyana senyum senang. Kali ini dia sudah bersedia menerima pilihan ayahnya. Dia sendiri pun tidak dapat mencari kebahagiaannya sendiri. Dia letih. Lelaki di sekelilingnya tidak pernah serik untuk mempermainkan hatinya.
"Macam seronok mama tengok Yana cerita dengan ayah tadi! Cerita pasal apa tu?" Tegur Puan Araudiah yang muncul sambil di tangannya menatang sebiji talam yang berisi tiga cawan dan cekodok pisang.
"Abang nak pasang satu lagi. Boleh tak, Diah?" Usik Tuan Aryan bila isterinya itu baru melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
"Nak pasang satu ye...Boleh tapi satu syarat! Abang kena keluar dari rumah ni!"
Ilyana tidak dapat menahan tawanya. Dia tergelak suka bila Tuan Aryan tidak serik mengenakan Puan Araudiah. Puan Araudiah pula mula merajuk sayang. Ya! Dia harap bakal suaminya nanti seperti ayahnya begitu tegas namun romantik. Terima kasih, ayah...
.....
Putera Adib berjalan menuju ke bilik kerjanya. Kali ini dia berpuas hati. Biliknya itu kelihatan begitu kemas dan teratur. Dan juga bersih! Ini mesti Nina yang selalu membersihkan bilik kerjanya itu.
Dia duduk lalu membelek fail-fail yang memenuhi atas mejanya. Namun kala itu telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Lekas sahaja dia menjawab bila tertera nama raja isteri Aleeyah.
"Ada apa, bonda?" Tanya Putera Adib dengan nada sopan.
"Tak dapatlah, bonda. Adib baru je sampai dekat syarikat. Tak apa, nanti Adib jenguk ayahanda tapi akhir sikit!" Kata Putera Adib begitu tekun sambil itu dia meliarkan pandangannya memerhati pekerjanya di luar dinding cermin tersebut.
"Esok pun Adib sibuk. Mungkin jugak akhir Adib jenguk ayahanda. Adib banyak mesyuarat esok dengan client. Okey, bonda! Assalamualaikum..."
Putera Adib meletakkan telefonnya balik di dalam poket bajunya. Dia memeriksa kembali fail yang diperiksanya tadi. Beberapa minit kemudian, Pian muncul lalu duduk di sofa.
"Kau pergi mana saja tadi?" Tanya Putera Adib tidak memandang pada lelaki itu.
"Saya tak pergi mana-mana, bos. Saya pergi parkir kereta lepas tu cerita dengan security di bawah. Tu lah sebab saya lama sikit tadi," balas Pian dengan kejujuran.
"Oh ya bila temujanji aku dengan bakal isteri aku tu?"
"Dua minggu depan lagi, bos!" Jawab Pian.
Putera Adib berfikir sejenak. Masih ada begitu panjang masa lagi. Lambatnya dia untuk bersua muka dengan bakal isterinya yang penuh misteri itu.
Kala itu Nina masuk menghantar kopi panas buat bosnya itu. Nina melemparkan senyuman namun dibalas dengan senyuman sinis bosnya itu. Nina menelan air liur lalu melangkah keluar. Pian yang memerhati tadi tersengih. Garang juga Putera Adib dengan perempuan.
"Apasal kau tersengih?" Tegur Putera Adib.
"Cuba senyum sikit dengan perempuan...ni tak bagi senyum tak ikhlas," komen Pian lalu duduk di hadapan di kerusi berdepanan dengan Putera Adib.
"Kau ni terlalu baik dengan perempuan. Kau tengok perempuan kat luar sana tu. Makin lelaki melayan makin menjadi gedik mereka. Tu lah yang buat aku rimas!" Cerita Putera Adib tidak puas hati dengan perangai kaum hawa.
"Perempuan ni memanglah rambut semua hitam namun hati mereka berbezalah, bos. Contohnya Ilyana...yang bos sanjung tinggi tu!"
"Tu..."
"Ops! Sorry, bos..." ucap Pian yang sedar akan kesalahannya.
"Tak apa, Pian. Aku rasa aku boleh move on...kisah lama tak payahlah nak diingat lagi," ujar Putera Adib lalu senyum pada Pian.
.....
Raja Hamid senyum bahagia. Raja isteri Aleeyah setia di sisinya menemaninya di situ. Selepas pembedahan itu, doktor Sufian menyuruhnya supaya tidak banyak bergerak khuatir jahitan di dadanya itu terbuka. Seharian Raja Hamid berbaring sahaja di katil itu. Naik kebas punggungnya.
"Abang nak makan buah ke?" Tanya Raja Isteri Aleeyah.
"Boleh jugak! Cepat abang keluar hospital ni. Nak kebas punggung abang asyik berbaring atas katil ni!" Kata Raja Hamid yang begitu tidak selesa berbaring lama di atas katil pesakit tersebut.
"Sabarlah, bang...Nah buah untuk abang. Makanlah," ujar Raja isteri Aleeyah setelah selesai mengupas kulit buah epal merah tersebut.
Raja Hamid menjamah satu persatu potongan buah tersebut. Kala itu Raja isteri Ariah muncul bersama dua orang anak perempuannya. Tangan Raja Hamid disalam.
"Apa khabar, ayahanda?" Sapa Puteri Airen iaitu anak yang sulung Raja isteri Ariah.
"Syukur alhamdulillah...ayahanda okey. Tapi ayahanda rimaslah kena suruh berbaring je," komplin Raja Hamid begitu mesra.
"Sabarlah, ayahanda...Ayahanda kenalah banyak makanan yang sihat. Aira rindu pulak nak luangkan masa dengan ayahanda..." ujar Puteri Aira sambil mengenggam tangan Raja Hamid begitu erat.
Raja Hamid senyum senang. Tangannya lembut mengusap kepala Puteri Aira. Puteri Aira ini sedikit manja bila dibandingkan dengan Puteri Airen. Perangai Aira lebih mengikut perangai ibunya. Manakala Puteri Airen lebih mengikut perangainya dahulu.
"Betul kata anak kita tu, bang...Itulah dulu saya suruh abang jaga kesihatan tak mahu. Sekarang abang buat Ariah risau pulak!" Kata Raja isteri Ariah begitu mesra sambil memandang suaminya.
Raja isteri Aleeyah turut senyum senang. Memang betul kata Raja isteri Ariah itu. Suaminya itu begitu degil bila mengenai kesihatan. Dulu asyik nak mengelak sahaja. Sekarang dia pulak yang naik risau.
"Putera Khairan mana, bonda?" Tanya Puteri Aira pada Raja isteri Aleeyah.
"Anak bonda tu sekarang tengah overseas. Dia pergi nak promote negara kita di luar sana. Isteri dia angkut sekali!" Ujar Raja isteri Aleeyah begitu gembira.
"Biarlah dia, Aleeyah...Syukurlah dia dah kahwin. Ada juga teman dia pergi overseas," kata Raja isteri Ariah memberi pendapat.
"Bila dah bertemu ni langsung tak ingat abang dekat sini..." usik Raja Hamid bila isteri-isterinya itu seronok bercerita tentang anak-anak.
Isteri-isterinya itu tergelak sama. Puteri Airen dan Puteri Aira juga turut tergelak. Raja Hamid tumpang gembira. Itulah keluarga yang dijaganya selama ini. Namun kala itu dia teringatkan isteri ketiganya yang tidak sempat dijenguknya dulu. Kalaulah dia ada di sisi isterinya itu tentu isterinya itu masih hidup bahagia bersama sekarang ini.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...