Tokk! Tokk!
Putera Adib mendengus. Sakit hatinya tidurnya malam itu terganggu dengan ketukan pintu biliknya. Apa lagi?! Dia tidur mengiring sambil menutup telinganya dengan bantal. Ketukan yang tiada henti itu masih menganggu pendengarannya. Dia pantas bangun lalu membuka pintu biliknya itu."Apa?!" Tanya putera Adib begitu kasar.
Putera Adib terkejut bila melihat raja Hamid yang sedang mengerang kesakitan terbaring di atas lantai. Dia pantas meluru ke arah ayahnya cuba memeriksa keadaan ayahnya.
"Ayah...sakitnya kat mana?" Soal putera Adib begitu panik.
Raja Hamid tidak memberi sebarang respon. Putera Adib gelisah tidam menentu. Apa yang patut dia lakukan?
"Pian!" Jerit putera Adib dengan lantang.
Hanya itu sahaja dia mampu lakukan. Tidak lama kemudian Pian datang dengan tergesa-gesa menghampiri mereka beranak.
"Kenapa dengan Raja Hamid, tuanku?" Soal Pian begitu pelik.
"Cepat kau call ambulan sekarang juga!" Tegas putera Adib memberi arahan.
Tanpa menunggu lama Pian pun bergegas beredar dari situ. Putera Adib cuba tenangkan hatinya lalu mengenggam tangan ayahnya itu. Air matanya mengalir melihat keadaan raja Hamid yang begitu lemah. Begitu besar dosanya kerana tidak menjaga ayahnya seperti diwasiatkan oleh ibunya dulu. Kenapa semuanya jadi begini?
......
"Bagaimana keadaan dia, doktor?" Soal putera Adib meluru ke arah doktor yang memeriksa Raja Hamid.
"Jangan risau, tuanku. Tuanku raja Hamid dalam keadaan baik-baik sahaja. Tapi ada satu perkara lagi saya perlu berbincang dengan tuanku. Ini mengenai kesihatan tuanku Raja Hamid. Mari tuanku ikut patik ke pejabat patik sekarang," ajak doktor lelaki itu.
Putera Adib akur. Dia menyuruh Pian menunggunya di situ. Dia akhirnya mengekori langkah doktor lelaki itu ke pejabatnya.
"Maksud doktor apa?" Soal putera Adib setelah melabuhkan punggungnya di kerusi berdepanan dengan doktor itu.
"Patik dukacita memaklumkan bahawa tuanku raja Hamid menghidap penyakit kanser jantung. Tapi ianya masih di tahap tidak kritikal. Mungkin dengan pembedahan awal kami boleh membuang kanser itu supaya tidak berjangkit ke tempat lain. Bagaimana tuanku?"
Putera Adib terdiam seketika. Matanya memerhati nametag di baju doktor itu. Doktor Sufian. Nasiblah bukan Sufian Suhaimi sebab rupa mereka tidak sama sekali.
"Tuanku?!"
Putera Adib tersedar lalu dia memandang ke arah doktor Sufian.
"Tapi mengenai perkara ini saya kena berbincang dengan ayah saya, doktor. Saya akan pujuk dia untuk membuat pembedahan awal,"
"Baguslah kalau begitu. Tuanku, kami sebagai rakyat negeri Aman, kami tidak sanggup kehilangan seorang raja yang sungguh penyanyang lagi memahami seperti tuanku raja Hamid. Untuk itu patik akan berusaha untuk menyembuhkan kesihatan tuanku raja Hamid,"
Putera Adib hanya melemparkan senyuman pada doktor itu. Tak sangka dia hari ini dia mendengar suara rakyat. Betapa raja Hamid begitu penting di mata rakyat negeri Aman. Sedangkan dia tak pernah menganggap raja Hamid itu penting. Anak apa dia ini tidak pernah beruntung mempunyai seorang ayah.
"Tuanku?!"
Putera Adib bangkit.
"Saya beredar dulu,"
Putera Adib melangkah keluar dari pejabat doktor Sufian. Dalam hati mula terbit rasa bersalah pada raja Hamid.
.....
Putera Adib berdiri di sebelah katil ayahnya. Pukul 10 nanti barulah isteri-isteri ayahnya datang. Itupun Pian yang memberitahunya. Wajah raja Hamid ditenung begitu lama.
"Ayahanda...maafkan Adib sebab tak mampu jadi anak yang baik di mata ayahanda. Adib...Adib betul-betul rasa bersalah sebab selalu sakiti hati ayahanda. Sekarang, bila tengok keadaan ayahanda begini barulah Adib sedar masa ayahanda begitu singkat untuk berada di dunia ini. Adib sepatutnya menyokong ayahanda sebagai seorang anak. Maafkan Adib, ayah..."
Air mata jatuh mengalir di pipi. Putera Adib mencari udara supaya dia tidak menangis di situ. Laju tangannya mengesat air matanya di pipi.
"Ayah, Adib pergi dulu..."
Sebelum pergi, bibirnya mengucup dahi raja Hamid. Dia akhirnya melangkah keluar dari wad tersebut. Di luar dia bertembung mata dengan Pian. Pian seakan memgerti lalu membiarkan putera Adib berlalu pergi.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...