TIGA HARI YANG LALU...
Pulang sahaja dari salon Ameer, Putera Adib terus dipanggil menghadap raja Hamid di bilik kerja seperti biasa. Pian menantinya di luar bilik tersebut. Putera Adib melangkah masuk menghampiri meja kerja raja Hamid.
"Ada apa ayahanda nak jumpa Adib?" Soal putera Adib begitu sinis.
"Ayahanda akan teruskan rancangan ayahanda satukan Adib dengan anak kawan ayahanda itu. Umur Adib dah meningkat sekarang. Adib pantas untuk mempunyai seorang isteri sekarang ini," ujar raja Hamid begitu yakin dan berani.
"Kahwin je ayahanda nak tahu. Tapi perasaan Adib pernah ke ayahanda tahu?! Suatu masa dulu Adib memang teringin mempunyai seorang ayah tapi sekarang Adib tak perlukan seorang ayah dah..." luah Putera Adib.
"Ayahanda buat semua ni untuk kebahagiaan Adib juga. Untuk masa depan Adib. Ayahanda tengok Adib seperti tidak ada hala tuju. Senang cerita Adib kahwinlah dengan anak kepada kawan ayahanda itu," pujuk raja Hamid lagi.
"Adib tidak mahu seperti anak ayahanda yang lain itu. Dikahwinkan tanpa cinta. Ayahanda rasa mereka bahagia ke?!" Tengking putera Adib begitu marah.
Sakit hatinya dengan perangai raja Hamid yang suka memaksa dirinya. Dia sudah meningkat dewasa. Dia bebas untuk lakukan apa yang dia mahu. Dia ada hala tuju yang dia inginkan. Dia ada pekerjaan yang mampu menanggung hidupnya sendiri. Apa lagi raja Hamid tidak puas hati?!
"Adib, tolong dengar cakap ayahanda ini. Hanya Adib sahaja yang ayahanda harapkan sekarang. Abang Adib yang lain itu tidak dapat diharapkan. Mereka bukan nak bantu ayahanda untuk uruskan kerajaan kita ini tapi berseronok di kelab-kelab malam. Selalu pulang lewat malam dalam keadaan mabuk,"
"Itu bukan masalah Adib. Ayahandalah punca segalanya mengapa mereka jadi seperti itu. Adib tidak mahu takhta ayahanda. Jangan buat Adib naik gila lepas ini!" Amaran putera Adib sebelum melangkah pergi.
......
Putera Adib mengelamun. Matanya memang memandang ke dalam kolam ikan namun hakikatnya dia sedang memikirkan masalahnya. Raja Hamid tidak pernah serik untuk buat dia begini. Rasa benci itu meluap-luap di dalam hati. Perkahwinan yang diaturkan oleh raja Hamid memang menyesakkan fikirannya.
"Tuanku, masalah itu kadang-kala menyakitkan namun itulah hadiah yang diturunkan oleh Tuhan untuk kita. Hadiah istimewa untuk seorang insan yang begitu cekal seperti tuanku. Tuhan tahu tuanku cekal sebab itulah diturunkan sebuah hadiah berupa ujian. Banyakkanlah berdoa meminta jalan penyelesaian dariNya," ujar Pian begitu dalam kata-katanya itu.
Putera Adib memandang ke arah Pian. Wajah kusutnya sudah cukup difahami oleh Pian.
"Aku tak tahu nak buat apa dah untuk buat ayah aku faham. Aku tak bahagia hidup macam ni. Aku sangat-sangat cintakan Ilyana. Aku tak nak kahwin dengan orang lain," luah putera Adib tanpa segan-silu.
Putera Adib mengeluh. Dia membuang pandang ke arah langit yang semakin gelap. Taman istana Aman memang menjadi saksi luahan hatinya bila dia bermasalah. Tambahan pula Pian ada di situ sudi mendengar masalahnya. Hanya Pian sahaja faham akan pertengkaran yang tercetus di antara dia dan raja Hamid.
"Tuanku, hamba rasa baik tuanku lupakan Ilyana itu sebab perkahwinan yang direstui oleh orang tua ini boleh membawa ke arah kebahagiaan rumahtangga. Mungkin betul apa yang dikatakan ayahanda tuanku itu. Restu orang tua ini lebih penting,"
"Kau kata bahagia?! Kau tak perasan ke apa yang dia buat pada abang aku? Abang aku tak bahagialah, Pian! Dia tak cintakan isteri dialah sebab itulah dia asyik ke kelab malam balik dalam keadaan mabuk. Sebab ayah jugalah buat abang aku putus dengan kekasih hatinya dulu. Pian, aku bukan salah dalam keadaan macam ni," jelas putera Adib tidak mahu mengalah.
Sesak dadanya memikirkan apa yang dilakukan oleh raja Hamid pada abangnya, putera Aiman. Hanya putera Aimanlah yang dia ada di dunia ini sebelum mereka diambil masuk ke dalam istana. Itu pun setelah raja Hamid tahu yang dia dan putera Aiman adalah anak kepada isteri ketiganya yang waktu dahulu ditinggalkan tanpa meninggalkan pesan. Bertahun lamanya, Ibu Nafsiah cuba berusaha membesarkan anak-anaknya tanpa sang suami di sisinya. Apa gunanya ada suami kalau di saat genting dia tidak ada bersama dengannya. Memikirkan semua itu buat dendam putera Adib kian membara.
"Tapi yang lalu biarkanlah berlalu. Raja Hamid sudah berubah. Dia lakukan begitu sebab raja Hamid nak lakukan tanggungjawab yang dulu dia tinggalkan,"
Air mata jatuh mengalir di pipi. Dia mahu menangis namun ditahan bila Pian sekarang sedang memerhati tingkah lakunya.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...