Bab 16

5.9K 180 0
                                    

Ilyana berbaring di atas katilnya. Kepalanya dari tadi berdenyut. Dia pun tidak berasa sedap badan. Dia menutup matanya. Waktu dia sampai tadi, dia terserempak dengan ayahnya. Dia serba-salah bila melakukan begitu pada orang tuanya.

"Yana..." panggil seseorang begitu lembut.

Terasa tangan menyentuh dahinya begitu lembut. Ilyana berusaha membuka matanya. Dia terpandangkan wajah ibunya yang begitu risau.

"Anak mama demam ni...Yana berehatlah. Mama nak masak nasi bubur untuk Yana..." kata Puan Araudiah begitu risau.

"Terima kasih, mama..." ucap Ilyana dengan senyuman hambar.

Puan Araudiah beredar selepas itu. Tinggal Ilyana di dalam bilik tersebut. Ilyana tiba-tiba rasa sebak lalu menangis sendiri. Adib...

.....

Putera Adib mengeluh kecil. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke wad Raja Hamid ditahan. Waktu dia masuk, Raja Hamid masih di dalam lena yang panjang. Apa yang dikhabarkan doktor Sufian tadi memang sungguh menghampakan hatinya. Masih belum ada donor yang sudi menderma jantung mereka.

"Ayahanda..."

Pian melangkah keluar cuba memberi ruang pada anak beranak itu. Dari luar dia nampak Putera Adib tersengguk-sengguk menangis. Namun Raja Hamid masih tidur dengan nyenyaknya.

"Malang sungguh nasib kau, Adib..." ucap Pian begitu menaruh simpati.

"Aku pergi dulu...aku nak berbincang dengan doktor Sufian. Kau jaga ayahanda aku," perintah Putera Adib dengan suara seraknya.

Tanpa menunggu jawapan dari Pian, Putera Adib terus melangkah pergi dari situ. Langkahnya menuju ke arah bilik pejabat kepunyaan doktor Sufian di aras itu juga.

"Maafkan patik, tuanku..." kata Doktor Sufian bila ternampak kelibat Putera Adib di depan matanya.

"Doktor, tolong selamatkan ayahanda...Saya hanya ada dia dalam hidup saya. Tolong cari penderma dengan cepat, doktor...Saya merayu..." ujar Putera Adib dalam keadaan sedih.

Doktor Sufian cuba menenangkan lelaki itu. Habis baju putihnya ditarik Putera Adib.

"Bertenanglah, tuanku...Patik hanya menjalankan tugas patik. InshaAllah patik akan usaha untuk mencari penderma secepat mungkin. Tapi kita tidak boleh lari dari takdir yang ditentukan oleh Allah. Bawa banyak beristighfar, tuanku. Banyakkanlah berdoa pada Allah..." ucap doktor Sufian begitu dalam maksudnya.

Putera Adib bagai baru tersedar. Dia terduduk lalu berkali-kali meraup mukanya. Dia beristighfar di dalam hati. Ya Allah Kau ampunlah dosa aku kerana kelalaianku mengerjakan amanahMu...

Doktor Sufian tersenyum lebar. Tidak salah dia menyampai dakwah pada orang atasan seperti Putera Adib ketika itu. Dalam keadaan yang kusut seperti itu hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu.

Putera Adib bangun lalu keluar dari situ. Air matanya laju mengalir di pipi. Dia berhenti di hadapan surau yang disediakan di hospital itu lantas dia mengambil wudhu bersama orang yang ada di situ. Waktu dia bersujud di atas sejadah itu, Putera Adib tidak dapat menahan sendunya. Ya Allah aku sungguh berdosa sekali denganMu...Kau ampunkanlah dosaku...

.....

Raja Hamid tersedar bila terasa ada tangan mengenggam tangannya begitu erat. Dia membuka matanya dan tersenyum bila terpandangkan Putera Adib di sisinya.

"Ayah...maafkan Adib...Ampunkan semua salah Adib pada ayah sebelum ni. Adib berdosa dengan ayah..." ucap Putera Adib lalu menangis di hadapan Raja Hamid.

Raja Hamid berasa terharu. Doanya termakbul juga selama ini. Cepat sahaja dia mendakap tubuh anaknya itu penuh kasih. Air matanya turut mencurah keluar.

"Maafkan Adib, ayah..."

"Tak apa...Adib tak salah dengan ayah. Ayah yang salah sebab tinggalkan Adib dalam jagaan mama Adib ketika itu. Ayah terlalu mementingkan diri sehingga sikap ayah ni membuat mama Adib lebih sengsara. Maafkan ayah juga, Adib..." luah Raja Hamid begitu sayu.

Putera Adib masih menangis di dalam pelukan ayahnya itu. Begitu lama dia menginginkan pelukan dari seorang ayah. Sekarang impiannya sudah tercapai.

"Maafkan ayah, Adib..."

Pelukan itu terlerai. Putera Adib mengesat air mata pada pipi ayahnya lalu tersenyum.

"Kenapa Adib senyum macam tu?" Tanya Raja Hamid bila terasa pelik dengan senyuman anaknya itu.

"Buat pertama kalinya Adib tengok ayah menangis...Comot betul muka ayah!" Jawab Putera Adib lalu tergelak.

Raja Hamid turut tergelak sama. Anaknya membesar begitu baik. Bila melihat Putera Adib yang ketawa seperti itu, dia mula teringatkan seseorang yang amat dirinduinya dalam diam. Nafsiah...abang bersyukur sangat mempunyai kamu sebagai isteri abang. Tengoklah anak kamu sekarang...Abang betul-betul berterima kasih dengan kamu...

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now