Bab 15

6.2K 191 0
                                    

Raja Hamid tersenyum bila melihat Putera Adib menjenguknya hari itu. Pian setia berdiri di belakang anaknya itu.

"Apa khabar, ayahanda?"

"Syukur alhamdulillah...Adib, terima kasih sebab jaga syarikat Teras Makmur itu...Ayahanda hanya bergantung harap pada Adib seorang. Maafkan ayahanda juga sebab dulu ayahanda bukan seorang ayah yang baik untuk Adib dan Aiman..." ucap Raja Hamid begitu sayu.

Putera Adib diam. Dia belum bersedia menganggap lelaki itu sebagai ayahnya. Dia baru sahaja menyanyangi orang tua tersebut.
"Adib masih marahkan ayahanda ke?" Soal Raja Hamid sambil tidak lepas memandang pada anaknya itu.

"Adib akan terima cadangan ayahanda jodohkan Adib dengan anak kawan ayahanda tu...tapi satu syarat ayahanda kena jalankan pembedahan segera," ujar Putera Adib begitu tegas.

"Terima kasih, Adib..." ucap Raja Hamid begitu terharu.

"Adib minta diri dulu..."

Raja Hamid melemparkan senyuman bahagia pada anaknya itu. Putera Adib tidak membalas sebaliknya dia melangkah pergi dari situ. Pian mengekorinya dari belakang.

"Pian!" Panggil Raja Hamid ketika lelaki itu ingin melangkah.

Pian terhenti. Dia laju memberi tunduk hormat pada Raja Hamid itu.

"Terima kasih untuk segalanya..." ucap Raja Hamid pada Pian.

Pian senyum. Namun selepas itu dia berlalu pergi. Dia tidak mahu Putera Adib menunggu terlalu lama.

.....

"Kita nak pergi mana, tuanku?" Tanya Pian yang sedang memandu kereta Mercedez Benz itu.

"Kita pergi universiti Aman sekejap...Aku nak tengok Ilyana untuk kali terakhir," kata Putera Adib sambil membuang pandang ke luar.

Pian tidak dapat membantah. Dia tahu lelaki itu sangat mencintai gadis bernama Ilyana itu. Tapi kalau identiti Putera Adib terdedah, tentu Ilyana tidak dapat menerima lelaki itu. Sama sahaja dirinya sedang dipermainkan oleh Putera Adib.

Putera Adib masih memandang ke luar. Namun fikirannya menerawang teringatkan Ilyana yang jauh di mata. Betapa dia merindui gadis itu. Ilyana...

"Kita sudah sampai, tuanku..."

Putera Adib baru tersedar. Dia memandang bangunan universiti Aman di hadapan. Dia berasa ragu-ragu untuk melangkah keluar dari kereta tersebut. Dia takut akan terserempak dengan Ilyana tapi memang dia ingin bertemu dengan gadis itu.

"Tuanku jangan lama-lama di sini...Kita kena pergi syarikat Teras Makmur selepas ini," kata Pian begitu mengharap.

Putera Adib tidak memberi sebarang respon. Dia melangkah keluar lalu menuju ke bangunan universiti Aman itu. Dari jauh dia nampak kelibat Ilyana yang sedang gembira melayan kerenah Adriana. Namun selepas itu mereka pergi meninggalkan tempat itu. Mungkin mereka masuk ke dalam kelas...kata hati Putera Adib.

Putera Adib meneruskan langkahnya mengekori langkah dua orang gadis di hadapannya. Kala itu dia rasa gembira sekali dapat melihat Ilyana dari jauh. Dia sangat merindui Ilyana.

"Yana, aku pergi tandas kejap. Kau masuklah ke kelas dulu," kata Adriana lalu berlari menuju ke tandas.

Tinggal Ilyana di situ namun dia meneruskan langkahnya. Putera Adib mengekori perlahan. Namun langkahnya terhenti bila Ilyana perasan dirinya sedang diekori. Laju sahaja kaki putera Adib bersembunyi di sebalik tiang besar itu bila Ilyana cuba menoleh ke belakang.

Putera Adib menahan nafasnya. Jantungnya berdegup laju. Dia melangkah perlahan keluar dari persembunyian itu. Dia berdiri di situ sambil memerhati kelibat Ilyana yang semakin jauh meninggalkannya. Ilyana...

Kala itu Ilyana menoleh buat ke sekian kali. Putera Adib hanya memandang reaksi gadis itu. Ilyana terkejut. Dia begitu jelas memandang lelaki itu dari jauh. Putera Adib mengukir senyuman lalu dia pun melangkah pergi dari situ. Hari ini adalah untuk kali terakhir dia menjejak kakinya di sini. Tidak ada selepas itu. Selamat tinggal, Ilyana...

....

"Yana, kau pergi mana?" Jerit Adriana bila Ilyana tiba-tiba berlari seperti mengejar seseorang.

Ilyana terus berlari. Air matanya mengalir keluar dari tubir mata. Dia merindui Tengku Adib. Dia berlari secepat mungkin sehingga dia ternampak kelibat Tengku Adib masuk ke dalam kereta Mercedez Benz. Laju kakinya mendekati kereta itu yang mula bergerak dari kawasan tersebut.

"Adib!" Jerit Ilyana sekuat hati.

Ilyana terduduk letih di atas jalan raya. Bayangan kereta Mercedez Benz itu semakin hilang dari pandangan matanya. Ilyana tidak dapat menahan rasa sebak di hati lalu menangis semahunya. Adib...

....

"Tuanku okey ke?" Tegur Pian yang sedang memandu.

Putera Adib masih diam. Laju tangannya mengesat air mata yang mengalir keluar. Dia tidak harus menangis. Dia yang pilih jalan ini.

"Tuanku, kalau tuanku tidak okey, tuanku istirehat sahaja di istana," cadang Pian begitu risau dengan keadaan Putera Adib ketika itu.

"Pian, betul ke apa yang aku buat ni?" Soal Putera Adib tiba-tiba.

"Tuanku sudah pilih jalan yang betul. Lupakan Ilyana...dan kahwini pilihan ayahanda tuanku..." balas Pian begitu yakin.

Putera Adib tidak dapat berkata apa-apa lagi. Dah Pian cakap macam itu, jadi dia tidak patut memberontak sedangkan dia yang bersetuju memilih jalan yang sukar ini.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now