Bab 17

5.9K 187 0
                                    

Sudah seminggu Ilyana tidak datang kuliah disebabkan demamnya yang tidak kebah. Hari itu Puan Araudiah membawanya ke hospital berdekatan. Syukurlah rumah mereka begitu dekat dengan hospital besar di tempat itu.

"Mama, Yana okeylah...Tak payahlah nak bawa Yana ke hospital. Yana cuma demam biasa je," pujuk Ilyana seakan merayu pada ibunya untuk tidak meneruskan niatnya membawanya ke hospital.

"Kalau Yana okey, kenapa Yana masih demam lagi? Mama risau, Yana...Lebih baik buat pemeriksaan cepat,"

"Mama..."

"Mama tak akan patah balik, Yana. Lagipun kita dah sampai! Jom kita masuk," ujar Puan Araudiah sambil membuang pandang pada anak perempuannya.

Ilyana mengeluh kecil. Namun tidak sampai hatinya mengecilkan hati ibunya itu. Dia memakai baju sejuknya lalu keluar dari kereta itu. Mereka berjalan beriringan melangkah masuk ke dalam hospital besar itu.

Setelah mengambil nombor giliran, mereka duduk di bangku yang telah disediakan. Puan Araudiah menonton rancangan TV yang tergantung di dinding. Ilyana pula memeriksa notification pada telefonnya. Banyaknya mesej watsapp masuk dari Adriana.

Yana...kau okey ke? Kenapa tak datang hari ni? Mesej Adriana.

Aku okey...cuma kepala aku pening sikit je. Esok maybe aku masuk kelas. InshaAllah...

Adriana is typing...

Ilyana membuang pandang di sekelilingnya. Entah kenapa dia merasa sesuatu.

"Mama, Yana ke tandas kejap!"

"Cepat sikit!"

"Okey, mama!" Balas Ilyana.

Ilyana bangun lalu berjalan menuju ke tandas. Namun kala itu dia terserempak seseorang yang masuk ke dalam tandas lelaki. Maklumlah tandas perempuan bersebelahan sahaja dengan tandas lelaki. Lelaki itu juga terkaku di situ bila terpandangkan Ilyana.

"Adib..." panggil Ilyana.

"Buat apa dekat sini?" Soal Tengku Adib cuba berlagak tenang.

"Tu tak penting! Sekarang awak mesti jawab soalan saya dulu. Ke mana awak menghilang selama dua hari lalu? Awak tau tak saya risau sangat dengan keadaan awak sampai saya minta alamat rumah awak dekat prof. Ayesha tapi dia tak bagi. Adib, awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah saya akan cuba bantu. Please...esok awak jangan pulak tak datang masuk kelas lagi!"

Tengku Adib terkejut namun dia cuba berlagak selamba di depan gadis itu. Apa patut dia jawab sekarang?!

"Adib...awak buat apa dekat sini jugak?" Tanya Ilyana lagi sambil memandang pada lelaki itu.

"Saya...saya..."

"Saya apa?!"

"Saya dah pindah universiti..."

"Hah?! Betul ke ni? Bila?" Tanya Ilyana begitu terperanjat.

"Dua minggu lepas...sebab tu saya tak datang," bohong Tengku Adib lagi.

"Kenapa awak tak bagitau saya?! Awak dah buat saya risau je! Kata nak kawan dengan saya. Sepatutnya awak bagitau saya pasal perkara awak pindah ni dekat saya," komplin Ilyana tidak puas hati.

Tengku Adib diam. Dia hanya memandang Ilyana yang merungut tanpa berkelip mata. Betul ke?!

"Kita cuma kawan je ke?" Tanya Tengku Adib begitu straightforward.

"Huh?! Awak dah kenapa ni? Sudah tentulah kita kawan takkan kita pasangan kekasih pulak!" Balas Ilyana tanpa berfikir panjang.

Tengku Adib mendengus kasar. Hilang terus moodnya untuk bercakap lebih lama dengan gadis itu. Pantas sahaja dia masuk ke dalam tandas lelaki. Ilyana tercenggang. Kenapa dengan Adib?!

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now