Bab 13

5.8K 193 0
                                    

Putera Adib keluar dari kereta Mercedez Benz itu dengan begitu yakin. Di hadapannya pintu masuk syarikat Teras Makmur. Kedatangannya di sambut oleh staf-staf di situ. Dia akhirnya melangkah masuk.

"Assalamualaikum, Tengku Adib..." sapa dua orang gadis di tempat penyambut tetamu dengan senyuman mesra.

Tengku Adib senyum sikit. Dia sebenarnya tidak suka melayan kerenah perempuan di situ. Nampak lelaki kacak sudah nak mengedik! Dia berjalan ke arah lif. Dia menanti seketika. Mujur Pian muncul ketika pintu lif terbuka.

"Sorry, bos..." kata Pian dengan sengihan.

"Tak apa!" Balas Putera Adib dengan wajah muram.

Sampai di tingkat 15, semua staf di aras itu terus berdiri dengan mengejut. Mungkin mereka terkejut dengan kedatangannya yang tidak terduga itu. Putera Adib terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Berapa lama aku tak ke sini, Pian?" Soal Putera Adib dengan serius sambil memandang keadaan bilik kerjanya itu.

"Dah tiga tahun, bos!" Jawab Pian.

"Dah tiga tahun, macam ni kerja mereka...Langsung tak ada perubahan. Pian, tolong panggilkan Nina sekarang!" Arah Putera Adib dengan tegas.

Beberapa minit kemudian, Nina datang ke biliknya dengan wajah ketakutan. Pian muncul kemudian.

"Apa jadi dengan syarikat ni, ms. Nina?" Tanya Putera Adib begitu tenang sambil memerhati gadis yang berdiri di hadapannya itu.

"Maafkan saya, bos!" Ucap Nina begitu takut.

"Kerja apa kamu buat kat syarikat aku ni?! Tiap hari kamu orang datang kerja buat apa hah?!" Tengking Putera Adib tiba-tiba membuat Nina terkejut bukan kepalang.

"Aku suruh kamu orang buat kerja bukan nak melawa! Ni bilik aku ni tak ada orang bersihkan ke? Apa kali terakhir aku bagitau pada kau, ms. Nina? Cakaplah! Kau ingat aku bercakap dengan tunggul ke?!"

"Maafkan saya, bos! Memang silap saya tak buat kerja dengan betul. Lagipun staf di sini ada kata dengan saya yang bos dah tak jaga syarikat ni," jelas Nina bila disuruh bersuara.

"Tiga tahun tu memang tempoh yang lama, Nina...tapi aku tak ada cakap pun nak berhenti jaga syarikat ni. Still syarikat ni di bawah tanggungjawab aku. Apasal kau dengar cakap orang lain? Mereka tu bos kau ke?!" Tengking Putera Adib lagi. Kali ini intonasi suaranya naik sedikit.

Keadaan sunyi selepas itu. Putera Adib masih mencerlung tajam ke arah Nina yang terkial-kial mencari alasan. Dasar perempuan!

"Pian, tolong bagitau semua orang staf dekat sini suruh mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat awal ni jugak. Aku tak peduli ni waktu break mereka ke apa tapi apa yang mereka lakukan pada syarikat ni memang aku tak dapat maafkan!"

"Baik, bos!"

Putera Adib bangun lalu melangkah keluar dari bilik kerjanya itu. Nina di belakang setia mengekori bosnya itu.

.....

"Berdiri! Jangan duduk!" Arah Putera Adib begitu serius.

Semua staf yang duduk itu terus bangun. Semuanya diam menekur memandang ke bawah. Mesyuarat gempar itu menakutkan mereka semua. Siapa sangka bos yang dah lama tak jenguk syarikat itu muncul kembali dengan wajah garangnya.

"Aku adakan mesyuarat ni bukan tak bersebab. So lepas ni kalau aku dengar kamu orang menyumpah di belakang aku memang aku pecat terus!" Jelas Putera Adib dengan nada tegas.

"Oh ya gosip apa sensasi ketika ni, ms. Jiha?" Perli Putera Adib.

Pian yang berdiri di belakang Putera Adib cuba menahan tawanya. Jiha diam menikus.

"Jawablah! Aku cakap dengan tunggul ke?!"

"Tak ada yang sensasi, bos!" Jawab Jiha begitu pantas.

Putera Adib mendengus kasar. Kertas di tangan dilemparkan atas meja. Semua orang terperanjat kecil. Namun masih menekur ke bawah.

"Tengok muka aku sekarang! Begini ke adab kamu bila bos nak bercakap?!" Jerkah Putera Adib sambil memandang pada semua stafnya yang ada di situ.

Semua orang mendongak lalu memandang pada Putera Adib. Pian di belakang menahan senyum. Tahu pun korang! Bila tak ada bos berani buat syarikat ni macam rumah korang sekarang rasakan...kata hati Pian.

"Dari apa yang aku baca dari repot ni, memang bagus!" Kata Putera Adib.

"Bagus macam tahi je! Tak ada satu pun yang boleh menyenangkan mata aku. Kamu semua buat kerja ke atau main-main dalam office?! Tiap hari datang kerja takkan tak buat apa yang pembantu aku suruh? Jiha, semasa aku tak ada apa mereka buat kat office ni? Aku dengar kau ni penyampai gosip paling terkenal dekat sini! Cuba cerita dekat aku..."

Jiha ketakutan. Tambah lagi bila semua mata memandang padanya. Betul ke itu bos yang dikenalinya dulu?

"Saya minta maaf, bos...Saya terus-terang saya tak buat satu kerja pun. Saya datang office lepas tu serahkan kerja saya dekat orang bawahan..."

"Siapa pekerja baru sila berdiri setapak ke depan. Aku nak tengok!" Arah Putera Adib masih tegas.

Seperti yang diarahkan, staf baru berdiri setapak ke depan. Hanya sepuluh orang sahaja pekerja baru di syarikat itu dan kebanyakkannya mereka masih muda.

"Kamu semua jangan seperti perangai staf senior kamu yang macam hantu ni! Jangan harap nak makan gaji buta. Siapa yang pemalas tu boleh pergi blah! Untuk pengetahuan kamu semua, syarikat Teras Makmur bukan tempat kamu semua nak berseronok. Nak melawa, nak mengedik bukan di sini! Nak popular pun bukan di sini!"

"Staf baru boleh pergi buat kerja!"

Staf baru tadi pun melangkah keluar dari bilik mesyuarat yang panas bak neraka itu. Tinggal staf senior yang begitu lama di situ termasuk yang berpangkat. Putera Adib yang tadinya duduk, bangun memandang semua pekerja lamanya.

"Aku tak nak cakap panjang nak marah-marah kamu semua. Aku tahu kamu semua ada otak dah besar panjang pun takkan kerja pun nak orang lain buatkan. Sebagai staf senior, kamu semua patut beri contoh yang terbaik pada staf junior. Datang office nak tunjuk muka tu nak buat apa?! Ada dapat duit ke? Syarikat ni bapa kau orang ke yang punya?" Ujar Putera Adib cuba meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Aku datang ni bukan sekadar nak jenguk. Aku nak perkembangan syarikat ni dari mulut kau orang. Kalau macam nilah perangai kau orang memang aku tak dapat nak simpan lama-lama. Aku dah bagi amaran dulu tapi kau orang masih macam ni. So there's no turn back time dalam istilah hidup aku. Nina, bagitau list nama yang dipecat nanti. Pastikan mereka keluar awal tu jugak. Kalau mereka merayu jangan hiraukan!"

"Baik, bos!" Jawab Nina perlahan.

.....

Ilyana binggung tidak tahu nak buat apa. Kelibat Tengku Adib pun tidak ada hari ini. Kalau lelaki itu terus begitu dia harus mencari lelaki itu sendiri.

Dia mencapai begnya lalu melangkah keluar dari perpustakaan tersebut. Laju langkahnya diambil menuju ke keretanya. Mungkin dia patut berehat sahaja hari itu. Esok dia akan tanya alamat rumah Tengku Adib pada prof. Ayesha.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now