Bab 3

8.9K 275 2
                                    

Langkah diambil begitu yakin sekali. Dia yakin perempuan yang ditemuinya hari itu adalah salah seorang pelajar dari universiti Aman yang megah berdiri di depan matanya.

Dia mengukir senyum bahagia. Selepas ini harinya akan dipenuhi bunga-bunga cinta antara dia dengan perempuan misteri tersebut. Senyumannya semakin lebar.

"Tuanku, kita dah sampai di kelas tuanku," kata bodyguard putera Adib.

Putera Adib hanya mengangguk sambil memandang ke arah Pian. Pian akhirnya berlalu pergi. Pianlah satu-satunya bodyguard yang sangat dipercayainya. Dari dulu lagi mereka memang begitu akrab. Dari kawan, putera Adib sudi menganggap Pian itu sebagai abangnya.

Pintu kelas di tolak dari luar seraya langkahnya masuk ke dalam. Semua mata kini mula memandang ke arahnya.

"Wow ada budak baru masuklah," kata seseorang dengan lantangnya sepertinya suara itu datang dari arah belakang kelas.

Putera Adib buat endah tak endah. Dia berharap prof. Izzudin cepat masuk untuk ambil tandatangan mereka.

Saat itulah matanya mula meliar mencari seseorang. Seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya. Akhirnya matanya tertancap pada perempuan yang tengah memandang ke arahnya yang duduk di tengah kelas. Mereka saling berpandangan. Begitu lama. Indahnya perasaan ini.

"Tengku Adib, silakan memperkenalkan diri..." tegur prof. Izzudin telah mengejutkan putera Adib untuk sedar ke dunia nyata.

Dia berdehem. Cuba menyakinkan dirinya.

"Hai semua! Nama saya Tengku Adib. Korang boleh panggil saya Adib je," ucap putera Adib dengan mesra di hadapan 30 orang yang menyaksikannya.

"Adib, kamu boleh ambil tempat duduk kamu sekarang,"

Putera Adib meliar mencari tempat duduk yang kosong. Saat matanya menangkap meja kosong berdekatan meja perempuan yang disukainya dalam diam, laju langkahnya diambil. Duduk sahaja dia terus memandang orang disebelahnya. Putera Adib melemparkan senyuman mesra.

"Saya Adib," ramah putera Adib memperkenalkan dirinya pada perempuan itu.

"Dah tahu. Tadikan awak dah perkenalkan diri awak depan kelas. Saya Ilyana. Panggil Yana je!" Balas Ilyana mesra.

......

Kelas pagi tamat begitu sahaja. Assignment diberikan oleh prof. Sallehuddin membuatkan ramai orang di dalam kelas itu mengeluh berat. Ilyana akur. Terpaksalah dia bekerja keras untuk assignmentnya selepas ini sebab minggu ini dah tiga assignment diberikan. Huh!

Ilyana menyimpan barangnya ke dalam beg. Adriana di sebelah tidak dihiraukan. Dia tahu kawannya itu cepat bersiap bila kelas dah tamat. Selalu macam itulah. Ilyana menyimpan begnya di bahu. Saat itulah matanya memandang ke sebelah.

"Awak tak pergi makan ke apa ke? Sebab lepas ni ada orang lain lagi nak pakai kelas ni," beritahu Ilyana pada putera Adib.

Putera Adib jeda seketika. Dengar suara Ilyana dah buat jantungnya berdegup laju. Dahlah Adib! Jangan pula kau cair depan dia!

"Mm, waktu macam ni korang kat mana? Boleh saya join awak berdua sebab saya belum tahu lagi selok-belok universiti ini?!" Pinta putera Adib sambil membuat muka simpati.

"Boleh jugak, Adib. Awak boleh temani Yana ni ke library sebab saya nak date dengan boyfriend saya. Saya kesian betul dengan Yana ni sebab asyik ikut saya ke mana saya pergi bila free. Saya sebenarnya..."

Cepat sangat Ilyana menutup mulut Adriana yang celupar itu. Mahu dia malu depan putera Adib hari ini.

"Apa ni?!" Tanya Adriana tidak puas hati dengan perbuatan Ilyana menekup mulutnya.

"Okeylah. Jom, Adib kita pergi ke library sekarang," ajak Ilyana cuba lari dari Adriana.

Putera Adib sudah mengukir senyum melihat pertelingkahan mereka berdua. Dia sungguh tak sangka Ilyana memegang tangannya untuk lari dari Adriana. Rasa bahagia! Ilyana, kaulah gadis pertama yang pernah sentuh aku dan aku bahagia sungguh hari ini dengan layananmu terhadapku. Putera Adib seperti di dalam angannya.


"Aduii!" Adu putera Adib sambil memegang dahinya.

Sakitnya sebab terlanggar tiang universiti Aman. Sebab fikir pasal Ilyana dia boleh terlanggar tiang. Malu! Jatuh maruahnya menjadi putera raja. Itupun kalau orang di sana tahu identitinya yang sebenar. Dia terpaksa belajar walaupun dia dah tamat belajar tahun lepas. Gila! Dia dah buat kerja gila. Dia gila sebab dia jatuh cinta dengan Ilyana.

"Adib, awak okey ke?!" Tanya Ilyana begitu prihatin.

Putera Adib angguk saja. Malu juga dia sebab gadis itu dah tengok dia terlanggar tiang. Mata tak juga rabun. Saat itu dia sempat menangkap mulut Ilyana cuba menahan tawa. Huh!

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now