Angin sepoi-sepoi petang itu. Dia cuba menikmati panorama di situ. Cuba menenangkan hatinya saat gundah-gulana.
"Tuanku..."
"Apa patut aku buat, Pian?!" Tanya Putera Adib untuk meminta pendapat.
Tiga hari sudah berlalu. Dia sudah bertemu dengan Ilyana. Mujur gadis itu menyambut kedatangannya di universiti kelmarin. Kalau mereka tidak terlanggar mungkin dia hanya menahan rindu di hati.
"Maksud Tuanku apa?" Soal Pian semula tidak mengerti.
"Patut ke aku lupakan..." kata-kata Putera Adib terhenti di situ.
Pian masih setia menanti. Putera Adib mengeluh kecil. Sekacak manapun dia cuba berhias tetap Ilyana tidak jatuh cinta dengannya. Apa ada pada penampilan? Ilyana tidak akan pandang semua itu. Sudah tentu gadis itu pandang pada hatinya.
"Patut ke aku mengalah dengan semua yang aku lakukan sekarang ni? Atau aku patut teruskan..."
Pian seakan memahami. Tentu lelaki itu bercakap mengenai cintanya pada Ilyana itu. Complicated!
"Tuanku lupakan dia...sebab semuanya sia-sia. Hasilnya sekarang Ilyana masih seperti itu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang dia jatuh cinta dengan tuanku. Lupakanlah dia...Tuanku memang patut bahagia dengan orang lain. Itulah pendapat patik, tuanku..." jelas Pian tidak ada segan langsung.
"Tapi aku tak dapat lupakan dia, Pian..."
"Tapi tuanku belum cuba lagi. Jadi selepas ini tuanku cubalah lupakan dia. Kalau bayangan dia muncul tuanku buatlah perkara apa-apa sahaja untuk tidak fikir tentang dia...Dan satu lagi, jangan jumpa dia,"
Putera Adib memandang pada Pian. Sayu hatinya mengenang cintanya yang tidak kesampaian. Mungkin betul kut dia perlu cuba lupakan gadis itu.
"Dan selepas itu?!"
"Kalau tuanku dapat lupakan dia, tuanku terimalah jodoh yang raja Hamid rancangkan...Restu dari orang tua adalah yang terbaik. Rumahtangga pun akan bahagia selalu..." cadang Pian begitu yakin.
"Tapi bila tengok rumahtangga abang aku tu, mereka tak bahagia, Pian...Aku takutlah..." luah Putera Adib masih tidak begitu yakin dengan apa yang dicadangkan oleh Pian.
Pian senyum. Dia suka tengok keadaan putera Adib sekarang. Dalam ketampanannya itu terserlah kecomelan dalam dirinya. Sayang lelaki itu tidak sempat merasa kasih sayang yang mencukupi dari seorang ibu.
"Percayalah, tuanku. Restu orang tualah yang paling penting. Tuanku jangan tengok rumahtangga orang lain sebab itu hidup mereka. Mereka yang nak macam itu. Kalau mereka nak bahagia mereka sepatutnya saling memahami dan bertolak ansur. Jadi semua itu terserah pada tuanku dan bakal isteri tuanku...samaada tuanku dan bakal isteri tuanku itu nak bahagia atau...macam rumahtangga orang lain di luar sana itu," terang Pian begitu teliti.
Putera Adib diam seketika. Betul kata Pian itu. Tapi mampu ke dia nak lupakan Ilyana? Huh! Kenapa susah sangat nak ambil hati kau, Ilyana?! Kau sepatutnya move on sahaja. Tak perlu fikir perkara yang dah lepas tu! Desis hati putera Adib.
"Okey! Esok aku cuba lupakan dia...tapi boleh tak aku pergi universiti tu?"
"Tak boleh, tuanku! Tuanku bukannya dah habis study ke..."
"Jadi apa aku buat esok? Aku takut sekiranya aku tak dapat lupakan dia esok," tanya putera Adib.
"Senang sahaja. Tuanku pergi syarikat Teras Makmur...Bukankah di sana tempat tuanku sepatutnya berada?!" Cadang Pian begitu teruja.
"Buat apa pulak di sana? Tak seronok langsung! Aku tak mahulah!" Balas putera Adib begitu pantas.
"Tuanku, syarikat itukan masih dalam tanggungjawab tuanku. Jadi apa salahnya kalau tuanku pergi melawat esok tengok bagaimana perkembangan syarikat itu. Dah lama tuanku tak jenguk..."
Putera Adib mengeluh. Namun betul juga kata Pian. Dia sudah lama tidak menjenguk syarikat itu. Syarikat Teras Makmur itu memang di bawah tanggungjawabnya selepas dia masuk ke dalam dunia orang keberadaan. Waktu itu dia masih marah dan tidak dapat menerima kedatangan raja Hamid dalam hidupnya. Begitu juga reaksi putera Aiman. Mereka memberontak sehingga hati mereka berasa puas.
"Okeylah...esok, aku pergi sana tapi satu syarat aku nak kau rahsiakan identiti aku yang sebenarnya. Aku tak suka orang tergedik-gedik nak berkawan aku bila tau aku ni anak raja. And satu lagi aku nak kau sediakan kereta biasa je untuk pergi esok. Jangan pakai kereta Audi tu lagi,"
"Baik, tuanku!" Jawab Pian.
"And one more thing, bila sampai di sana jangan panggil aku tuanku...panggil nama aku, ingat tu?!"
Putera Adib berasa puas hati. Seronok juga nak kenakan lelaki itu. Dia bangun dari kerusi didudukinya lalu melangkah masuk ke dalam istana nan besar itu. Pian turut mengekorinya dari belakang.
......
Ilyana gelisah tidak menentu. Entah mengapa dia begitu risau tentang Tengku Adib sejak kelmarin lagi. Dahlah hari ini lelaki itu tidak datang namun prof. mereka buat tidak kisah pulak.
"Kau fikir pasal apa, Yana?" Tegur Adriana bila terpandangkan wajah gelisah kawannya itu.
"Aku...aku..."
"Kau kenapa, Yana? Kau tak sihat ke?"
Laju tangan Adriana menyentuh dahi Ilyana. Namun suhu badan kawannya itu normal sahaja. Apa yang menganggu kawannya itu? Ilyana ada masalah ke?
"Ana, aku tak tahu nak buat apa dah..." luah Ilyana.
"Maksud kau?!"
"Aku rindu..."
"Adib?!" Teka Adriana lalu tersungging senyuman di bibirnya.
Ilyana mulanya tidak berani mengaku. Namun akhirnya dia mengalah. Hatinya lagi penting sekarang. Sebab hatinya sekarang tidak tenang jikalau kelibat Tengku Adib tidak ada di depan mata.
"Sejak bila kau ada hati dekat dia?" Soal Adriana begitu teruja sambil memandang Ilyana.
"Baru je...tapi aku tak yakinlah dengan perasaan aku ni, Ana. Betul ke ini cinta?" Luah Ilyana terus-terang.
"Tapi tulah dinamakan cinta, Yana...Ada baiknya kau terus-terang dengan Adib nanti melepas pulak kau. Kau tau kan Adib tu hensem..." kata Adriana lalu tergelak suka.
Ilyana mencebik. Kelibat Tengku Adib pun dia tidak nampak hari itu. Esok pun dia tidak tahu. Apa yang terjadi pada lelaki itu sebenarnya?
"Yana, sabarlah...Esok dia ada tu! Mungkin Adib ada masalah dengan keluarga dia kut!" Kata Adriana.
Ilyana angguk cuba memujuk hatinya yang gelisah. Dia cuba senyum pada Adriana. Laju sahaja dia membuka buku notanya untuk mengulangkaji.
.....
Malam itu seperti biasa selepas makan, mereka anak beranak meluangkan masa bersama di ruang tamu. Sambil itu menonton rancangan di TV. Ilyana khusyuk memandang ke hadapan.
"Yana, bila free? Masa minggu lepas nak jumpa tak dapatkan..." tanya Tuan Aryan sambil memandang ke arah anaknya.
"Oh, pasal tu boleh tak Yana tangguh dulu sebab Yana busy dengan assignment...Nanti Yana bagitau ayah kalau Yana ada masa free," balas Ilyana cuba menyenangkan hati ayahnya itu.
"Kalau boleh ayah tak nak tangguh-tangguh lagi, Yana. Perkara elok ni kita tak boleh lambatkan..."
"Baik, ayah!" Ujar Ilyana dengan senyuman kecil.
Puan Araudiah menepuk bahu anak gadisnya itu dengan lembut. Dia tahu Ilyana tidak suka dengan rancangan suaminya itu. Dia pun tidak dapat nak melawan sebab restu orangtua pun sudah cukup buat kebahagiaan anaknya itu.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...