Putera Adib melangkah menuju ke arah ruang pejabatnya. Waktu dia melintas, semua pekerjanya menyapanya seperti selalu. Waktu dia masuk suasana ruang pejabatnya begitu lain sedikit. Sudah tiga hari dia tidak masuk ke pejabat disebabkan hatinya yang terluka. Cintanya kecundang. Namun waktu dia melakukan sembahyang istikharah di masjid An-Nabawi selama tiga hari itu dia akhirnya mendapat petunjuk daripada sang pencipta.
Dia berdiri sambil membuang pandang ke luar. Dia cuba menenangkan hatinya. Betulkah jodohnya berakhir begitu? Dia tidak pasti.
"Tuanku!" Panggil seseorang di belakangnya.
Putera Adib menoleh perlahan. Nina senyum sambil meletakkan secawan kopi di atas mejanya. Dia berdiri tegak sambil memandang bosnya itu.
"Ini ada beberapa dokumen yang memerlukan tandatangan, tuanku..." kata Nina sambil meletakkan kertas yang sederhana tebal itu di atas meja Putera Adib.
Putera Adib diam sahaja. Nina akhirnya meminta diri. Putera Adib masih tercegat di situ. Entah hari ini dia tidak ada mood untuk lakukan sebarang kerja. Fikirannya buntu sekarang.
"Tuanku, seseorang nak bertemu dengan tuanku...katanya hal penting sangat!" Suara Nina keluar dari telefon syarikat itu.
Putera Adib membenarkan. Seorang gadis melangkah dengan penuh cermat sekali. Namun langkah kaki itu mengingatkannya pada seseorang. Bila gadis itu masuk, Putera Adib tergamam.
"Ilyana..."
"Adib, sorry ganggu awak waktu awak kerja. Saya datang ni nak mohon maaf ke atas awak. Saya nak kita berdamai... saya tak nak kita saling benci," ujar Ilyana dengan senyuman lebar.
Putera Adib senyum hambar. Namun dia menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju dengan cadangan Ilyana tadi.
"Boleh tak nanti kita lunch sama-sama sebab saya nak bincang tentang kita?"
"Sure!" Jawab Putera Adib sepatah.
"Nanti saya tunggu awak dekat lobi. See you later!" Kata Ilyana dengan senang hati sebelum melangkah pergi.
.....
Pian memandang pada Putera Adib yang sedari tadi diam sahaja. Pelik sungguh tingkah laku Putera Adib selepas dia muncul tiga hari lepas.
"Tuanku, kenapa Ilyana datang jumpa tuanku tadi?" Soal Pian ingin tahu lalu duduk di hadapan Putera Adib.
"Tak ada apa-apa. Dia cuma nak ajak aku lunch sama-sama karang!" Jawab Putera Adib namun matanya masih menatap pada komputer ribanya itu.
"Kenapa susahkan dia je...diakan ada nombor telefon tuanku..."
Putera Adib masih khusyuk menaip namun dia boleh dengar apa yang dicakapkan Pian tadi. Dia mengeluh kecil.
"Nanti kau tak payah temani aku, Pian..." beritahu Putera Adib sambil memandang sekilas pada Pian.
"Baiklah, tuanku!"
Seperti yang dijanjikan, tengahari itu Putera Adib mengikut Ilyana makan tengahari di restoran Mak Jehah. Restoran Mak Jehah terkenal dengan nasi ayamnya yang begitu sedap. Namun hari itu pelanggannya tidak berapa banyak. Mereka duduk di meja di sudut tepi restoran itu.
"Awak nak makan apa?" Tanya Ilyana pada Putera Adib.
"Makanan apa yang paling sedap dekat sini?" Tanya Putera Adib bila seorang pelayan datang nak mengambil pesanan mereka.
"Tak apa. Saya nak dua nasi ayam dengan dua jus oren. Dan jangan lupa beri sup sekali," kata Ilyana dengan gembira pada pelayan itu.
Pelayan itu senyum lalu beredar dari situ. Ilyana kembali memandang pada Putera Adib di hadapannya.
"Saya nak minta maaf dengan awak tentang perkara sebelum ni..."
"Saya dah maafkan awak, Ilyana..."
"Saya ajak awak lunch ni sebab saya nak dengar penjelasan dari awak. Saya nak awak cakap benar dengan saya. Tiga hari saya sembahyang istikharah untuk minta petunjuk dari Allah tapi kesudahannya saya nampak wajah awak muncul dalam mimpi saya. Kalau betul Allah turunkan awak sebagai jodoh saya, sekarang ni saya nak awak jelaskan perkara yang sebenarnya..." kata Ilyana begitu tenang.
Putera Adib diam membisu. Dia tunduk memandang ke bawah. Dia berfikir sejenak.
"Adib, please...Saya tahu saya pernah lukakan hati awak..."
"Saya memang cintakan awak, Ilyana...Dari dulu hinggalah sekarang. Saya menyamar sebagai Tengku Adib sebab waktu tu saya belum lagi diisytiharkan sebagai anak Raja Hamid walaupun saya ni anak kandung dia. Lagipun saya buat macam tu sebab saya nak dekat dengan awak. Saya jatuh cinta dengan awak waktu di restoran tu...kita terlanggar dan awak hampir terjatuh disebabkan saya. Masa tu saya nervous dengan awak. Yalah selama ni saya tak pernah dekat dengan perempuan dengan jarak macam tu dan awaklah perempuan pertama yang saya buat begitu. Awak begitu cantik saat itu sampai saya tak perasan awak dah berlalu pergi..."
Putera Adib terhenti bila pelayan tadi datang menghantar pesanan mereka. Selepas pelayan tersebut beredar, Putera Adib menyambung kembali ceritanya.
"Saya cari awak...tapi saya tak jumpa. Sehinggalah saya tahu awak salah seorang pelajar universiti Aman, saya menyamar jadi student. Sebenarnya saya dah habis study pun...dan masa tu saya sepatutnya menjaga syarikat Teras Makmur atas arahan Raja Hamid tapi saya degil. Saya memberontak dan saya terus dengan rancangan saya untuk berkenalan dengan awak. Tapi...siapa sangka Raja Hamid dah aturkan jodoh saya dengan seseorang yang saya tak kenal. Mulanya saya tolak tapi bila awak langsung tak ada rasa cinta terhadap saya, saya terus terima jodoh pilihan Raja Hamid tu..."
Ilyana mengesat air matanya di pipi. Dia cuba menghirup jus orennya lalu tersenyum pada Putera Adib. Selama ini dia salah-sangka pada lelaki itu.
"Jom kita makan...nanti sejuk pulak makanan kita ni," ajak Ilyana cuba untuk menggembirakan suasana di antara mereka.
.....
"Kita singgah dekat pantai Kenangan sekejap..." arah Putera Adib.
Ilyana akur lalu memandu masuk ke dalam kawasan tempat parkir kereta. Enjin dimatikan lalu mereka berdua keluar. Ilyana hanya mengikuti ke mana langkah Putera Adib membawanya.
"So, awak nak teruskan perkahwinan kita atau tak?" Tanya Putera Adib tidak memandang pada Ilyana di sebelahnya.
"Saya serahkan semuanya pada awak, Adib...Saya dah redha andai awak jodoh saya," jawab Ilyana.
Putera Adib senyum bahagia. Dia menoleh pada Ilyana yang setia di sisinya.
"Terima kasih, Ilyana..."
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...