Bab 22

6K 184 0
                                    

Dua minggu sudah berlalu...Ilyana bagai tidak sabar mahu menghabiskan peperiksaannya. Tinggal satu paper lagi dia akan bebas untuk selamanya. Freedom! Dan satu lagi dia tidak sabar untuk bertemu dengan bakal suaminya itu.

"Yana, aku sedihlah...Tak lama lagi kita dah nak berpisah. Lepas ni aku jarang jumpa kau!" Luah Adriana selepas habis exam mereka hari itu.

"Aku pun...Tapi tak apa, aku akan selalu mesej kau kalau nak jumpa,"

"Tapi aku rasa kau tak dapat keluar dengan aku selalu lepas ni. Kau kan dah nak kahwin...aku ni masih juga macam ni! Tengku Aziq tu memang sayang dekat aku tapi dia cakap dia nak kumpul harta dulu baru dia nak kahwin dengan aku. Alamat lambat lagilah aku nak kahwin. Aku tengok bapa dia kaya je takkan bapa dia tak nak sponsor kahwin kami?" Luah Adriana.

Mereka duduk sebentar di bangku kosong. Masing-masing meluahkan perasaan mereka. Ilyana duduk menghadap kawannya itu.

"Sabarlah...Aku rasa Tengku Aziq nak berdikari. Kau tau tak lelaki macam tu memang terbaik nak dijadikan suami sebab apa dia tak nak bergantung harap pada orang tua dia. Harta yang dia kumpul nanti dia akan turunkan pada anak dia supaya kesenangan untuk anak dia di masa akan datang. Faham?!"

Adriana angguk perlahan. Tapi dia masih tidak puas hati. Dia memandang pada Ilyana yang seronok membelek telefonnya.

"Bakal suami kau mesej ke?" Tanya Adriana bila melihat Ilyana tersenyum sendiri.

Ilyana angguk. Namun cepat sahaja dia membalas mesej tersebut.

Saya baru habis exam...Kenapa awak tanya?

My future husband is typing...

Ilyana tetap setia menanti sampai dia tidak hiraukan Adriana di sebelahnya. Adriana mencebik lalu bangun. Ilyana terkejut lalu laju sahaja kakinya mengekori langkah Adriana di depan.

"Kau nak pergi mana, Ana?" Jerit Ilyana di belakang.

"Aku nak jumpa Aziq. Aku tak nak kacau kau!"

Ilyana senyum lebar. Tahulah dia Adriana tengah merajuk dengan dia. Laju kakinya berlari mengejar Adriana lalu merangkul bahu kawannya itu dengan erat. Adriana naik rimas lalu menolak tubuh Ilyana.

"Apalah kau ni...baru mesej je takkan nak merajuk dengan aku. Aku nak balas je bukan tak nak layan kau pun," kata Ilyana.

"Tu pandangan kau tapi pada pandangan aku lain, Yana...Aku tak taulah macammana nanti kalau kau dah kahwin. Kau tentu dah tak ingat pasal aku. Aku ada kau je sebagai kawan aku. Kaulah kawan rapat aku yang betul-betul memahami aku. Aku tak nak persahabatan kita terputus macam orang lain..." luah Adriana lalu melangkah pergi.

Ilyana terkesima. Kata Adriana tadi begitu menusuk ke dalam hatinya. Dia pun tak nak persahabatan mereka terputus macam itu sahaja. Mesej dari bakal suaminya itu dibiarkan begitu sahaja. Dia tidak mood nak balas lagi.

Ilyana melangkah masuk ke dalam kereta Myvinya lalu menghidupkan enjinnya. Dia sempat termenung namun sekejap sahaja bila bunyi mesej masuk mengejutkannya. Tentu dari bakal suaminya. Dia memandu keretanya pergi dari situ.

.....

Putera Adib gelisah bila mesejnya tidak dibalas. Hanya bluetick sahaja. Kenapa dengan Ilyana?

Saya ganggu awak ke? I'm sorry😯

Mesej dihantar namun tidak ada balas dari Ilyana. Dia mengeluh. Dia gelisah tidak menentu lalu bangun dari katilnya. Mesej yang dihantar petang tadi masih belum ada balas dari gadis itu. Tentu Ilyana ada masalah.

Dia mundar-mandir cuba menenangkan hatinya yang gusar. Dia berjalan menuju ke arah meja kerjanya. Namun dia tidak ada mood pula nak sambung balik kerjanya yang dibawa balik dari syarikat tadi. Dia menutup lampu meja lalu berjalan kembali ke arah katilnya. Sesekali dia memandang pada telefonnya. Dia duduk menyandar pada kepala katil. Tangannya memegang telefonnya.

Ilyana is typing...

Terus Putera Adib rasa tenang sedikit. Dia menanti. Namun tidak ada balas dari gadis itu. Dia hanya nampak Ilyana is typing bertukar jadi last seen 20:45 PM.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now