Ilyana terkedu buat seketika. Rancangan ayahnya itu buat dia terkejut. Bakal suami?! Itulah kerana mulut badan binasa. Dia pernah kata pada Tengku Adib yang dia akan terima lamaran orang dan sekarang kata-katanya itu memakan dirinya. Siapalah bakal suaminya itu?! Hodoh ke orangnya atau dia gemuk?! Ilyana geleng kepala. Tak patut dia cakap macam tu!
"Kenapa Yana geleng kepala? Tak suka ke dengan rancangan ayah ni?" Soal tuan Aryan dengan nada lembut.
"Eh, bukanlah, ayah!" Cepat-cepat Ilyana menidakkan kata ayahnya tadi.
"Macammana Yana nak setuju dengan rancangan ayah ni sebab Yana tak kenal pun bakal suami Yana tu. Yana bukan menolak tapi eloklah Yana bersua muka dengan dia dulu lepas tu barulah Yana buat keputusan," sambung Ilyana cuba berlagak tenang di depan orang tuanya.
Begitu lama tuan Aryan membisu cuba memikir balik cadangan anaknya itu. Puan Araudiah di sebelahnya hanya diam mendengar perbualan mereka.
"Baiklah. Ayah setuju dengan cadangan Yana tadi. Nanti ayah aturkan pertemuan kamu berdua. Perkara yang baik ni tak boleh dilengahkan lagi. Lepas Yana habis belajar nanti ayah dan kawan ayah dah setuju nak Yana ditunang dulu dengan anak lelakinya itu. Lagipun ayah dah tengok orangnya. Yana jangan risau bakal suami Yana itu orangnya baik-baik. Ayah pasti dia boleh terima anak ayah dengan seadanya," panjang lebar tuan Aryan berhujah cuba menyakinkan anak perempuannya itu.
Ilyana diam tidak memberi sebarang respon. Dalam hati dia memberontak habis-habisan. Dia baru nak fikir nak kerja sambilan bila dia habis study nanti tapi ayahnya dah tunangkan dia dengan bakal suami yang dia tidak tahu itu. Huh!
......
Keesokan harinya, Ilyana mengadu masalah yang dihadapinya itu pada satu-satunya kawannya, Adriana.
"Serious,babe?!" Soal Adriana tidak percaya sambil tergelak suka.
Ilyana mula tayang muka menyampah dengan respon Adriana. Lain pula yang jadi. Dia berharap dengan meluah masalahnya itu pada kawannya itu dapat mengurangkan bebannya tapi sebaliknya pula berlaku.
"Hah gelaklah lagi. Lucu sangat kan!" Tegur Ilyana sakit hati.
"Sorrylah, Yana. Aku tak sangka kau pula yang kena jodohkan dengan pilihan ayah kau. Nasiblah ayah aku dengar cakap aku lepas aku tolak pilihan dia. Mungkin betul kut cakap ayah kau tu, Yana. Kau taukan setiap ayah ni kalau dah cari jodoh untuk anaknya dia akan cari yang terbaik punya. Terbaik dari ladang! Kau tak boleh protes nanti kelak kau menyesal," ujar Adriana setelah tawanya sudah reda.
"Kalau kau boleh tolak pilihan ayah kau tu kenapa aku tidak boleh?! Aku belum readylah nak kahwin bagai ni. Nak bertunang pun aku bagai nak muntah sampai terkeluar isi perut aku sekali. Nak bercinta pun aku dah letih dah. Aku tak suka orang paksa aku, Ana. Aku cuma nak orang bagi aku masa untuk aku berfikir..." Akhirnya terluah juga rasa tidak puas hatinya tentang ayahnya.
Ilyana mengeluh. Adriana diam. Kasihan betul dia dengan kawannya itu. Hanya satu dia mampu lakukan. Tangannya menepuk perlahan bahu Ilyana dengan lembut cuba memberi sumber kekuatan pada kawannya itu.
Dia tahu Ilyana sedih walaupun mukanya tidak menunjukkan dia hendak bersedih. Hati kawannya itu banyak terluka kerana lelaki. Kerana cinta, Ilyana seringkali ditipu oleh sang lelaki ciptaan tuhan. Tiga kali dia belajar untuk setia pada lelaki yang dicintainya namun mereka mengkhianatinya. Dalam diam, mereka curang di belakang kawannya itu.
Sebab itulah, Ilyana lebih suka bersendiri. Namun di sudut paling dalam, Adriana tahu Ilyana mengimpikan seorang lelaki yang sudi menjaganya hingga ke akhir hayatnya.
"Hai, Ilyana!" Sapa tengku Adib sambil mengukir senyuman manis lalu duduk ditempatnya.
Saat itu Adriana mula menyedari sesuatu. Senyuman yang dihulurkan tengku Adib pada Ilyana memberi makna sesuatu. Mungkinkah tengku Adib orangnya yang mampu membahagiakan kawannya itu?!
.....
"Adib, saya betul-betul tak suka awak asyik ikut saya ke mana saya pergi. Awak nak apa sebenarnya?" Begitu terus-terang Ilyana menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan tingkah laku tengku Adib.
"Tapi kita kan kawan sejak hari pertama saya kenalkan diri saya dengan awak. Tak salahkan kalau saya ikut awak..." balas tengku Adib tidak mahu mengalah.
Ilyana cuba menahan geram. Buku dipegangnya kini dipeluknya erat sekali. Pandangannya dihalakan pada tengku Adib yang berdiri sempoi didepannya sekarang.
"Masalahnya saya tak suka. Tak suka! Saya memang ikhlas nak kawan dengan awak tapi pleaselah bagi saya peluang untuk bersendiri. Takkan setiap masa asyik nak berkepit dengan awak je..."
"Okay I know it's my fault. I'm sorry..." ucap tengku Adib begitu ikhlas sekali.
Ilyana angguk sahaja. Dia pun ingin melangkah pergi tetapi cepat dihalang oleh Tengku Adib.
"Adib, awak nak apa lagi?!" Soal Ilyana, malas.
Dia berasa letih untuk layan kerenah tengku Adib hari itu.
"Saya nak kenal awak lebih dekat lagi...."
Ilyana terpana.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...