Ilyana memandang pada cincin tunang di jari manisnya. Dia selamat disahkan menjadi tunang kepada Putera Adib Shah apabila wakil rombongan bakal suaminya datang meminang dan diteruskan majlis pertunangan.
Sekarang dia tahu siapa nama bakal suaminya. Putera Adib Shah...Bila teringatkan nama itu dia teringatkan Tengku Adib. Ya Allah kenapa dengan aku ni? Kenapa waktu ni juga aku teringatkan dia...
Ilyana pura-pura menyibukkan dirinya di hadapan cermin itu. Puan Araudiah muncul masuk ke dalam biliknya. Dia memandang cincin yang selamat masuk di jari manis anaknya itu.
"Anak mama sungguh cantik hari ni...Tak sabar mama nak tengok Yana bersanding nanti," ujar Puan Araudiah begitu teruja sambil memandang pada Ilyana.
"Mama...Betul ke Yana dah jadi tunangan orang? Yana sungguh tak percaya..."
"Betullah tu! Yana kan dah jadi tunang Putera Adib. Sekarang Yana kena jaga tingkah laku Yana di hadapan orang ramai sebab tak lama lagi Raja Hamid nak isytiharkan Putera Adib dan abang Putera Adib sebagai anak kandungnya kepada orang ramai..."
"Mama, Yana takutlah..." luah Ilyana lalu mendakap tubuh ibunya itu.
Puan Araudiah turut membalas pelukan anaknya itu. Begitu lembut tangannya mengusap bahu anak perempuannya itu. Tidak lama lagi anaknya itu akan berpisah dengannya. Dia pun rasa sedih seandainya dia tidak nampak Ilyana lagi.
"Jangan takut, Yana...Mama sentiasa ada bersama Yana. Ingat tau dah jadi tunang ni jangan nakal-nakal. Nanti orang ramai cakap tak tentu pasal Yana. Kalau ada masalah ke boleh jenguk mama di sini. Mama sudi dengar masalah Yana,"
"Terima kasih, mama..."
.....
Putera Adib tersenyum senang. Majlis tunang pun sudah selesai. Dia terbaring letih di atas katilnya. Sungguh cantik, Ilyana yang memakai selendang biru laut tadi dengan make up yang tipis sahaja.
Dia bangun lalu menyelak lembaran calender di dinding dalam biliknya. Walaupun zaman sudah menuju ke arus moden namun dia masih mementingkan penggunaan calender cetak tersebut. Dia memerhati pada tarikh yang sudah ditanda. Pada tarikh itu dia akan bertemu dengan Ilyana. Minggu lepas mereka tidak jadi bertemu disebabkan Ilyana masih menduduki sebarang peperiksaan.
Dia mengeluarkan telefonnya dari baju cara melayu yang dipakainya. Lekas sahaja dia menghantar mesej kepada Ilyana.
Assalamualaikum...sorry sebab ganggu awak. Saya nak tanya awak dah ada baju nak dipakai untuk date kita nanti?
Waalaikumussalam...Dah! Kenapa awak tanya?
Saya nak awak pakai cantik-cantik hari tu! Sebab saya ada kejutan untuk awak☺ Awak mungkin tak percaya!
What do you mean? Saya tak faham😓
Tunggu hari tu datang awak akan tau. Awak penatkan...pergilah berehat. Saya pun nak tidur sekejap😪
Okey👌Bye.
Putera Adib senyum. Dia meletakkan telefonnya di atas meja lampu. Dia berbaring di atas katilnya cuba menghilangkan rasa penatnya hari itu.
YOU ARE READING
Aku milikmu (COMPLETED)
RomanceBanyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan putera Adib iaitu anak bungsu raja Hamid tidak memberi sebarang makna. Namun sebaliknya pada putera A...