Bab 8

6.2K 218 0
                                    

Pian menyimpan senyum di dalam hati. Hanya kerana seorang gadis, putera itu sudah berserabut. Bila dia dipanggil untuk datang segera ke universiti  Aman dia fikir putera Adib memerlukan pertolongannya.

Namun sebaliknya pula bila putera Adib menyuruhnya membawa dia ke salon yang berhampiran. Itupun nasib sebab orang tidak ramai mengunjungi salon Ameer. Salon Ameer begitu popular di kawasam itu kerana tukang gunting rambutnya diambil dari orang yang berpengalaman dan berprofesional.

"Tuanku, kita dah sampai," tegur Pian bila putera Adib masih di dalam dunianya.

Pian mengelengkan kepalanya. Teruk sangat kemaruk cinta putera Adib ini.

"Dah sampai ke?" Soal putera Adib bila tersedar sahaja.

"Dah. Sejam tadi kita sudah sampai depan salon Ameer ni,"

"Huh!" Putera Adib mula buat muka tercenggang.

Pian tidak dapat tahan gelak. Senak perutnya dapat mengenakan putera Adib. Tapi bila perasan muka masam putera Adib, terus tawa Pian mati serta-merta. Putera Adib berdeham.

Laju tangannya menolak pintu kereta lalu keluar dari situ. Langkahnya diatur ke arah salon Ameer tanpa menunggu Pian. Saat dia melangkah masuk itu, dia yakin esok hari dia bukan yang Adib yang dulu. Dia akan sedaya upaya membuat Ilyana jatuh suka dengannya.

.....

Tiga hari berlalu. Sejak itulah Ilyana tidak pernah nampak kelibat Tengku Adib. Takkan dia jatuh sakit? Tapi syukurlah dia tak ada nanti macammana dia nak berdepan dengan lelaki itu? Adriana perasan Ilyana seperti mencari-cari seseorang. Oh ini mesti cari Tengku Adib.

"Alahai takkan tiga hari tak jumpa sudah rindu?" Usik Adriana sambil tersengih.

"Oh pleaselah! Aku tak rindu dia, okey!" Ilyana cuba menafikan kata Adriana tadi.

"Habis yang kau asyik tengok meja dia tu kenapa? Tu lah bila depan mata kau jual mahal. Ni dia tak ada baru kau nak cari. Kalau aku macam kau dah lama aku terima tengku Adib tu. Takkan kau tak faham pandangan yang dia tunjukkan pada kau. Yana, aku rasakan tengku Adib ada hati dengan kau lah," ujar Adriana panjang lebar.

Ilyana geleng. Apa kejadahnya dengan pandangan Adib pada dirinya? Semuanya biasa je. Pandangan seorang kawan terhadap kawannya. Tu je! Agaknya Adriana dah mereng kut!

"No comment. Kalau dia ada hati dengan aku, aku tak akan suka dia balik sebab hati aku dah tutup. Closed for a moment. I'm not ready to fall again, Ana," kata Ilyana begitu yakin sekali.

"Yalah, kau menang. Buktinya sampai sekarang kau single. Aku doakan kau dapat seorang lelaki yang mampu beri kau bahagia suatu hari nanti,"

Ilyana senyum. Terharu mendengar doa yang terselit satu harapan buat dia. Adriana kembali fokus pada buku di atas mejanya. Kala itu Ilyana mula rasa ragu dengan katanya tadi pada Adriana. Dia sebenarnya tidak yakin sama sekali. Dia memang sedang mencari lelaki itu. Kehilangan lelaki itu cukup buat hati dia tidak menentu. Dia dah jatuh hati ke dengan lelaki itu?!

......

"Saya cintakan awak..."

Ayat itu selalu terngiang-ngiang di telinganya. Ilyana mendengus. Dia seboleh mungkin cuba membuang segala peristiwa di antara dia dengan Tengku Adib.
Aku tak boleh teruskan semua ini...

Ilyana tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada buku di depan matanya. Dia menarik nafas lalu menghembusnya. Dia mendongak memandang ke hadapan kelas. Semua orang di dalam kelas itu begitu fokus memandang papan putih di depan. Entah kenapa dia tiba-tiba tidak selesa. Matanya diarahkan pada meja kosong Tengku Adib. Dia jadi tidak tentu arah. Ilyana tidak menunggu lama lalu bangkit. Begnya dicapai lalu dia ke arah pintu kelas.

"Sorry, prof. I need to go!" Kata Ilyana sebelum menghilangkan diri.

......

"Aku doakan kau dapat seorang lelaki yang mampu beri kau bahagia suatu hari nanti," Itulah yang diucapkan oleh Adriana padanya.

Baru dia sedar sekarang apa yang dimaksudkan Adriana. Dia tidak boleh biarkan perkara itu pergi begitu sahaja. Ilyana lari secepatnya. Sesekali dia ada juga terlanggar bahu orang yang lalu di situ.

Namun sempat juga dia meminta maaf. Dia tidak sabar untuk bersua muka dengan Tengku Adib. Ya dia memang merindui lelaki itu. Tiga hari sudah menghukum dirinya.

Waktu itulah dia tidak sedar bila tubuhnya terlanggar tubuh seseorang. Ilyana terus terduduk. Saat dia cuba bangun, ada seseorang menghulurkan tangan padanya. Dia mendongak ke atas. Dia terkedu.

Dia terpegun dengan jejaka di hadapan matanya sekarang. Begitu segak dengan kemeja hitam yang dipakainya sekarang. Rambutnya disisir kemas ke tepi. Terserlahlah ketampanan lelaki itu bila dia mengukir senyuman di bibirnya. Seksi! Dia memang dah jatuh cinta!

"Ilyana!" Panggil lelaki itu menyedarkan Ilyana untuk kembali ke dunia nyata.

Aku milikmu (COMPLETED)Where stories live. Discover now