Pertanyaan Pertama.
Bertilamkan toto di ruang tamu menghadap tv menjadi tempat Sidek dan Khairan beradu. Khairan baring mengiring melihat Sidek yang sudah melayari ke dunia mimpi. Mungkin sekarang Sidek sedang menggaru-garu leher Aslan di dunia Narnia. Pukul 2 pagi Khairan masih belum tidur. Orang tidak bekerja seperti Khairan ini memang susah nak tidur awal. Bukan apa, takda sebab nak bangun awal pagi esok kalau dia tidur awal. Takda apa yang perlu difikirkan.
Khairan mula rasa bosan dan terus dicapai telefon Vivo. Laman sosial dibuka. Dari Twitter sampailah ke Instagram.
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dikuak.
Bunyi itu jelas dari belakang kedudukan Khairan yang berbaring terlentang. Hati dah tak sedap dan dia tetap beranikan diri menoleh perlahan-lahan.
Khairan dapat melihat jelas seseorang.
" Saya kat mana?", Gadis yang dijumpai di air terjun Teladas berdiri tegak di muka pintu menanti jawapan.
" Awak sekarang kat tempat selamat ", Jawab Khairan sambil menutup telefonnya.
" Apa yang jadi? Macam mana saya boleh ada kat sini?"
" Saya boleh terangkan. Awak bertenang dulu ", Khairan berdiri perlahan-lahan untuk menenangkan gadis itu.
Dia keliru dan seperti langsung takda sedikit memori di otak. Khairan memahami. Kalau bukan kerana trauma, mungkin gadis ini hilang ingatan. Sewaktu dia menjumpai gadis ini pun kepalanya betul-betul di atas batu.
Khairan membawa Ramona ke dapur untuk minum sedikit air dan menceritakan apa yang berlaku.
Berbual Di Dapur.
Bunyi flush memecah keheningan di dapur yang hanya ditemani kipas meja. Khairan menanti di meja makan bersiap sedia berhadapan dengan gadis dijumpainya.
Gadis itu keluar dari tandas. Mukanya masih kebasahan dan menahan sakit di dahi. Mukanya juga menjadi bersih. Kotoran debu tanah hilang.
Khairan masih terpegun. Betullah orang luar. Mana ada orang di Bandar Maran macam gini.
Gadis itu berdiri di depan Khairan. Dalam kekeliruan dia terasa sangat janggal. Begitu juga dengan Khairan. Dia tak tahu bermula dari mana.
" Awak siapa? yang tidur kat depan tadi siapa?" Tanya gadis itu.
" Kawan saya. Ini rumah dia ", Jawab Khairan. " Awak ada ingat apa-apa tak?" sambungnya.
" Tak.. tak.. Apa yang terjadi kat saya? Kenapa saya tak ingat apa-apa langsung?",
Khairan mengangguk kecil. Perkara ini semestinya menjadi lebih susah. Benar apa yang disangkakan gadis ini mengalami gegaran di kepala.
" Ramona.. "
Khairan menoleh.
" Saya ingat ada orang panggil saya Ramona.. "
" Apa lagi yang boleh ingat selain nama awak? " Soal Khairan lagi.
Ramona cuba mengingat. Fikiran dipaksa-paksa. Namun, gagal. Dicuba lagi dan lagi tetap gagal.
Khairan mula berasa risau.
Dengan keadaan penuh haru-biru begini membuat Ramona keletihan. Dia mendapatkan kerusi.
Khairan menjadi tidak gentleman masa ni. Dia gagal mendapatkan kerusi dulu sebelum Ramona merangkul kerusi sendiri.
" Macam mana saya boleh ada kat sini?" Tanya Ramona masih lagi tangan di dahinya.
" Saya jumpa awak kat kawasan air terjun,"
Ramona memandang redup Khairan dan membiarkannya sambung.
" Kepala awak terhantuk kat batu kalau tak silap saya. Mungkin sebab tu awak tak ingat apa-apa sekarang."
Ramona semakin lelah mendengarnya. Badannya belum peroleh tenaga walaupun dah melelapkan mata agak lama tadi.
" Awak okay ?", Tanya Khairan. Ramona hanya menggelengkan kepala dalam keadaan tertunduk. Selepas itu, Khairan mencadangkan Ramona untuk berehat di katil dan terus tidur. Ramona bangkit terus menuju ke bilik Sidek. Khairan memimpinnya.
Gerai Kuih-Muih.
Sedikit demi sedikit kanta mata memfokus siling rumah. Lebihan cat, kesan bocor dan retakan semakin jelas kelihatan. Khairan masih lagi berkeadaan mamai. Dia tersedar kerana suara Sidek. Katanya dia menghantar adiknya ke sekolah sekejap. Khairan membuat bunyi dengusan sebagai respon.
Sebaik saja Sidek mengunci pintu rumah dari luar, Khairan bangkit dari baring. Dia teringatkan Ramona. Hampir sehari perut dia tak berisi makanan. Semalam boleh terlupa untuk bercadang mengalas perut dulu sebelum kembali ke bilik.
Khairan menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan khas untuk Ramona.
" Ucu, jangan pijak tahi kucing tau", Nasihat Sidek kepada Shaera sebelum dia berlalu pergi. Hari tu bukan main busuk satu bilik air masa dia basuh kasut Shaera yang terpijak tahi kucing segar.
" Okay", Shaera menjawab riang.
" Bagus. Belajar rajin-rajin tau. Nanti besar nak jadi apa?"
" Nak jadi terkenal macam King Coco!", Jawab Shaera sambil melompat kecil.
" Kepala hotak kau berjambul kerinting!! Pergi masuk sekolah!!", Sidek menengking. Dia tak kasi can punya kalau bab-bab begini. Terlalu terpengaruh dengan rancangan di tv.
Shaera ketawa sahaja sambil memulakan langkah memasuki perkarangan sekolah. Habis sahaja mengeluh, Sidek menghidupkan enjin motor dan bersedia untuk membelok. Tetapi dia berhenti. Berhenti bukan kerana dihalang kereta. Berhenti bukan kerana ada siput di depan. Berhenti bukan kerana benda tak penting yang lain. Tetapi di gerai pacak sana terlihat Demila bekas rakan sekelasnya membantu ibunya meniaga kuih-muih.
" Brutalnya ciptaan tuhan", Sidek bermonolog seorang diri.
Sidek menegak badannya dan membawa perlahan motor singgah di gerai kuih Demila.
Sidek memberanikan diri menghampiri Demila. Tak sangka pula dia boleh berdebar-debar. Waktu sekelas biasa-biasa saja takda apa nak diteruja. Tapi tak lama pun mereka satu kelas. 3 Bulan lepas itu, Demila berpindah ke Temerloh dan bersekolah disitu.
" Bagi kuih popia basah tiga ringgit", Pinta Sidek. Boleh kata Sidek sangat berdebar-debar.
Demila hanya mengangguk kecil dan menarik plastik kecil dan mengisi satu persatu kuih yang diminta.
Sidek menikmati saat ini. Tapi, dia tak boleh mengelamun lama. Dia perlu menegur.
Bibir Sidek menggigil mahu mengatakan sesuatu namun dia berasa tertekan setelah melihat popia basah terakhir yang diambil Demila untuk diisi ke dalam beg plastik. Dia memerlukan masa lagi.
" Yang ni saja ke?", Tanya Demila. Senyumannya tak pernah lari.
" Bagi do..do.. donut dua ringgit", Sidek goyang. Dapat dirasakan aura berbual dengan gadis ini walaupun bukan topik memori lepas dan berbaur kedamaian.
Sidek belum puas di hati. Dia perlu beritahu yang mereka pernah berada satu kelas juga walaupun tertekan dengan donut gebu terakhir tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
JugendliteraturKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.