Kecemasan Jam 11.
" Aku mintak maaf Sid "
" Takpa.."
" Aku ragu-ragu time tu.. "
" Dah la.. jom lepak dulu.. ", Sidek merangkul bahu Khairan bawa ke beranda.
Drama mereka tak patut dilanjut lama. Khairan tau Sidek tak minat bersengketa dan kenalan sendiri. Lagi-lagi dah tau apa punca. Siapa salah siapa yang betul. Mereka bukan budak-budak. Mereka anak jantan. Ada perselisihan terus beritahu. Senang untuk diselesaikan. Pakai kata-kata atau penumbuk.
" Aku dah takda apa-apa dengan Bunga.." Kata Khairan sebaik saja melabuh punggung.
" Okay.."
" Aku tak faham dia ni.. sampai gitu sekali."
" Tu la.." Balas Sidek. " Kita nampak terer gini pun terkena.."
Khairan tersengih. Berat hatinya tak memberi reaksi baik untuk situasi tegang dan serius itu hari. Namun, ada yang lebih mustahak. Seriusnya drama mereka, mustahak lagi isu baru Khairan. Sidek pun berkeadaan chill tak terkesan besar untuk imej kasarnya. Jadi ini waktunya untuk memberitahu kisah sebenar yang belum diketahui semua.
" Aku ada masalah lagi besar ni Sid.." Kata Khairan.
Sidek menoleh serta-merta. " Apa?"
Ikutkan hati, Khairan nak kekalkan rahsia ni sampai waktu yang tepat. Sebab dia tahu perkara ni tak sihat untuk hari-hari yang mendatang. Cuma masa yang membuat dia berada dalam kesempitan dan perlu kemukakan juga. Kalau tak ianya tak berpenghujung.
Khairan membawa keluar kad pengenalan Ramona.
Sidek terbeliak biji matanya. " Mana kau jumpa?"
" Aku.. "
" Apa?"
".. Aku pegang selama ni."
Sidek terus menyandar. Kedua tapak tangannya menutup muka. Nafas berat keluar dari mulut. Ligat kepalanya memikir kawannya ni.
"Apa lu dah buat?" Tanya Sidek. Nadanya kecewa.
"Aku taktau.."
"Ramona tau tak IC ni?"
"Tau.."
"Apa dia cakap?" Tanya Sidek.
"Dia terus pengsan.. ada kat rumah sekarang."
Sidek geleng kepala berkali-kali.
"Kenapa lu sorok IC dia??" Tanya Sidek kembali.
"Aku takut.."
"Takut benda? Pasal karen ikan tu?"
"Mula-mula macam tu la.. tapi lepas tu lain.."
"Apa?"
"Aku suka dia.."
Sidek geleng kepala lagi. Tangannya mengurut-urut dahi. "Apa benda lu ni.." Sidek mengeluh.
Malam sunyi. Tiada bunyian alam merdu. Sidek mati idea selepas mengetahui perbuatan Khairan ni. Mungkin kalau diberitahu awal, Sidek ada jalan lain. Ada idea yang boleh disunting untuk kekal selamat.
Dia kuatkan diri. Benda dah jadi dan dah pun berjalan. Apa yang perlu dibuat ialah terus selesaikannya sampai habis.
"Macam mana ah?" Tanya Khairan.
"Mana tau.."
"Nanti Ramona bangun apa aku nak cakap?"
"Jujur je la.. gua tak rasa dia boleh terima alasan lain dah.."
Khairan diam dan memproses cadangan Sidek.
"Cuba tu dulu. Kalau boleh bagi dia chill dulu.. kalau dia meracau kata kita akan hantar dia balik.."
"Kau rasa dia marah?"
"Marah la babi.. lu dah macam permainkan dia selama ni.."
"Tapi berjalan lancar selama ni, Sid. Aku tau dia pun suka aku."
Sidek mengeluh lagi. "Bila dia tau IC ni, ingat dia nak senyum pastu lupa macam tu je?" Kata Sidek.
"Sekarang ni apa-apa hal tenangkan dia dulu bila dia bangun nanti. Janji kat dia kita hantar dia balik.. Lepas tu lu cuba la pujuk ke apa ke.."
Khairan angguk. Sidek sambung menyandar.
Kedinginan Pagi.
Pagi masih dingin. Selimut masih menyelimuti tubuh. Matanya buka serta merta. Khairan perlu bangkit segera sebelum Ramona.
Jam sekarang 7am. Khairan cepat-cepat keluar dari bilik. Namun, Pintunya terlihat tak ditutup rapat. Seperti dibuka orang. Dia tak pernah lupa tutup sebelum tidur.
Selepas siap membasuh muka di sinki, Khairan pergi ke bilik Kristina. Keadaan rumah sunyi seperti kebiasaan hari minggu. Suasana redup dek cuaca pagi dari luar. Semua masih tidur.
Pintu bilik Kristina terbuka sikit. Khairan melihat dengan redup. Bilik Kristina pun sama macam dia. Belum pernah pintu tak ditutup sebelum tidur.
Khairan mengetuk. Dia menolak pintu perlahan-lahan dan mengintai sikit. Nampak Kristina bermain telefon dalam mamai.
"Mana Ramona?" Tanya Khairan.
"Taktau.. tandas kot.."
"Pukul berapa dia bangun?"
"Entah.. aku baru je bangun ni.." Jawab Kristina masih mamai.
Khairan melihat sekeliling bilik. Meja Kristina kelihatan lengang. Tiada buku log Ramona di tempat biasa. Tak berkelip matanya melihat di meja. Dia mula merasa janggal. Gementar pun mula muncul dalam diri.
Khairan kembali tutup pintu bilik Kristina. Rapat. Dia meletak dahinya ke pintu buat seketika. Dipenjamkan matanya. Lama.
Khairan beredar dari bilik Kristina. Dia pusing dan pantau sekeliling rumah pula. Langkahnya perlahan.
Sampai di ruang tamu. Hanya kedengaran jarum jam dan degup jantungnya. Kerusi sofa tempat selalu berdua-duaan menonton TV terlihat kemas. Takda kesan orang duduk. Meja kecil di sebelah pun kosong. Tiada buku log Ramona mahupun peralatan tulisnya.
Di dapur, lengang. Takda apa-apa kesan yang terlihat. Kesan orang datang ke dapur, peti dibuka, kesan cawan di meja pun takda. Tandas kosong. Bilik air juga kosong dan kering. Tiada kesan orang guna.
Khairan menapak ke luar menuju pintu utama. Sampai saja, kunci dibuka dan pintu dibuka perlahan-lahan. Kedinginan dari luar menyelubungi tubuh. Suasana ini kegemarannya cuma sekarang ianya tak membantu meredakan perasaan.
Tiada siapa di luar.
Khairan melihat ke bawah. Terdapat selipar dan kasut. Di rak juga diperiksa.
Kasut Ramona tiada di rak.
Sepertinya dia sudah terlambat. Khairan tertunduk sepi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.