Menjadi murung.
Sekali lagi pandangannya memperlihatkan rumah Demila. Disebalik cermin yang dihias titik air hujan tadi, kelihatan Sidek dan Demila berbual tentang sesuatu yang serius berdekatan dengan buaian. Sejak seharian melihat Sidek berkepit dengan gadis itu, Khairan sudah biasa.
Tapi yang menjadi luar kebiasaannya dia terlihat satu susuk tubuh dari dalam rumah dengan gayanya yang sedang mengendap. Khairan yakin itu Mut. Mudah saja nak mengecam dia, bahu sebidang Mut itu bukan selalu ada di Maran.
Sidek mula kembali ke kereta dengan wajah yang sama dari Starmall tadi. Peristiwa yang tak diduga itu, masih memberi kesan yang dalam buat Sidek. Mungkin buat selamanya. Ramona pula diam dari tadi, langsung tak menerangkan kepada Sidek apa-apa.
" Kau asal, Sid? ", Tanya Khairan.
Sidek diam dan masuk gear reverse. Keretanya keluar dari perkarangan rumah Demila. Khairan memilih untuk tidak memandang dan menanti jawapan Sidek. Dia menoleh ke luar.
Demila sempat melambai tangan. Kemudian, melangkah ke dalam rumah. Sebaik saja pintu rumah ditutup, Mut pula serta-merta berganjak dari tingkap. Khairan berkerut dahi melihat mereka.
Sampai saja di rumah Khairan, Ramona keluar dari kereta sambil berterima kasih kepada Sidek. Sidek tidak menjawab dan Ramona beredar dari kereta.
" Lu tunggu kejap ", Arah Sidek kepada Khairan yang baru saja mahu membuka pintu kereta.
" Asal? Nak pergi minum ke? Cantik gak, baru pukul enam ni"
" Tak. Kita sembang kat sini je "
" Kenapa woi? Macam ada masalah problem je ", Khairan cuba memberi kasih sayang secukupnya.
" Aku rasa aku tak boleh go la dengan Demila "
" Haa? Kenapa pulak "
" Tak boleh.. takkan "
" Rilek la bro. Baru first date. Mesti la ada cacat celanya ", Kata Khairan sambil memandang tepat Sidek. Sidek memandang ke tempat lain sambil tangannya mengetuk stereng bagi menghilangkan rasa yang tak selesa.
" Aku dengan Bunga dulu pun macam tu jugak. Jalan-jalan dekat Taman Tasik, tiba-tiba ada burung sambil terbang boleh melepas najis dia kena bahu aku. Masa tu memang down gila", Sambung Khairan lagi.
" Demila tak suka aku ", Terang Sidek.
" Apa kau cakap ni? ", Khairan berkerut dahi.
" Aku dengar dia cakap kat Ramona"
Khairan mengangkat kening sedikit.
" Alaa, kau ni. Biasalah perempuan memang macam tu. Malu tapi mau"
" Ada udang sebalik batu. Dia tiba-tiba okay nak follow ni pun bersebab"
Khairan mula terkejut. Sidek pula tak senang. Dia tak kental dan tenang seperti biasa.
" Apa sebab dia?"
" Dia nak lari dari Mut je. Mut pun ada perasaan kat Demila. Sampai sini dia follow sepupu dia dari kecik sampai la besar. "
Sidek tahu dia hanya bermain dengan perasaan sendiri. Namun benda begini sangat unik. Perasaan bercampur baur.
" Aku rasa kau kena teruskan rapat dengan Demila. Mana tau Demila memang harapkan bantuan dari kau."
" Aku taknak kacau hal keluarga gini."
" Kita taktau apa Demila lalui"
Sidek mendiam diri dan menyandar. Mereka berdua buntu.
Buat hal.
" Hello, ni ais batu ya? "
" Aah ya ", Jawab Sidek.
" Ada bagi servis peti ais kan? "
" Ada ada. Tapi waktu kerja saya dah habis hari ni. Cik boleh telefon nombor satu lagi "
" Ni Bunga la, Sid "
" La Bunga. Kenapa call? "
" Peti problem ni. Sid dah habis kerja ea? Takpa la Bunga call orang lain ", Kata Bunga.
" Ehh takpa. Member member takpa. Kejap lagi Sid sampai ", Sidek terus meletak telefon. Kemudian bersiap kembali dan menuju ke rumah Bunga. Awek kepada kawan sendiri, tak salah kalau kerja lebih masa.
Lagipun, dia perlu sibukkan diri untuk melupakan hal semalam. Bukan semua orang pernah merasai perkara begitu.
Kalau setakat friendzone tu, boleh bertimbang rasa lagi. Boleh berusaha lagi. Tambahan pula, sekarang sudah ada video yang memberi ilmu cara-cara keluar dari friendzone.
Sampai saja di rumah Bunga, Sidek pun menongkat motor dan memandang kiri dan kanan. Selalunya ibu Bunga selalu berada di luar rumah. Tak sedap hatinya memasuki rumah perempuan. Lagi-lagi ini rumah kekasih kawannya.
" Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam ", Jawab Bunga lembut." Masuklah "
Sidek mengangguk dan menaiki tangga mendekati pintu. Apa yang difikir sekarang dia mahu selesaikan cepat kerjanya. Bunga memberinya vibe yang tak best.
Sidek perasan perlakuan Bunga itu. Tetapi dia memilih untuk memandang kebawah sambil itu dia berlakon menepuk habuk di seluar jeans koyaknya.
Tak lama kemudian, Bunga berganjak dan membelakangi Sidek ke dapur.
" Ibu mana? "
" Ibu Bunga pergi main motor cross "
" Motor cross? Biar betul? "
" Takdalah, dia teman ayah main motor cross "
Sidek hanya mengangguk dari belakang sepertinya Bunga perasan respon itu. Dia ketawa kecil.
Sampai saja di dapur, Sidek terus melintas Bunga dan mendapatkan peti ais. Dia buka.
" Laa, elok je ni "
" Ehh, tadi rosak la "
" Lampu dia terpadam eak tadi?"
" Aah "
" Itu masalah mentol dia je. Yang tu bukan masalah besar "
" Alaa, mintak maaf la Sid "
" Takpa takpa. So, takda apa-apa dah kan? Saya balik dulu la " Sidek bergegas.
Bunga menutup jalan Sidek.
" Minum la dulu. Kesian Sid dah datang dekat sini kan "
" Ehh takpa. Bukan jauh pun "
" Tunggu la. Bunga bancuh air jap"
Sumpah Sidek tak suka vibe ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.