Kristina Membuat Sarapan.
Bunyi sudip dan kuali berlaga-laga meriuhkan suasana di dapur oleh seorang perempuan berumur 26 tahun. Kristina kakak kepada Khairan sedang mengacau nasi goreng untuk dibuat sarapan pada pagi selasa yang kelihatan biasa. Jam baru pukul 8. Kristina mula bekerja pada pukul 9 di kedai Butik Rosalinda. Menjual baju, kain dan juga aksesori wanita.
Kristina masih lagi belum berkahwin walaupun umurnya sudah lanjut. Dia baru saja bertunang dengan Ayum tahun lepas. Berdasarkan ekonomi Ayum yang masih belum stabil, Mak Sabilah hanya mengizinkan anak daranya itu bertunang dulu demi menghalang mulut makcik-makcik bertopikkan anak perempuannya.
" Siapa yang masak macam orang mengamuk ni? ", Khairan tersedar dari tidur dan masih dalam keadaan mamai. Nada keluhannya tinggi.
Khairan bangkit sambil menguap. Dia mengemas sedikit katilnya. Bantal disusun setempat dan selimut dilipat kemudian disekalikan dalam susunan bantal. Walaupun masih lagi dalam keadaan mamai, Khairan berasa seluar tidurnya seperti ketat.
Seluar tidurnya terasa ketat di kangkang. Dia mula mengetuk lutut, lompat bintang, ketuk ketampi dan lain-lain cara lagi, Khairan melangkah keluar dari bilik. Dia melintasi ruang tamu dan sampai di dapur.
" Awal bangun? Mimpi kena makan Dinasour lagi ke? ", Kristina ketawa sinis sambil mengambil pinggan untuk mengisi nasi goreng yang telah berjaya dimasak.
" Aku bangun sebab kau la. Masak ke lawan pedang dengan lanun? ", jawab Khairan dengan kiasan sopan. Kristina buat tak tau.
Khairan menuju ke tandas. Membuang air kecil dan membasuh muka dan kembali ke dapur bersarapan bersama kakaknya dan juga berbual kecil.
Mak Sabilah awal pagi lagi sudah mula mencari rezeki di pasar tani di dataran Bandar Maran bersama Pak Husin. Mereka menjual beraneka kuih-muih. Sudah pencen ni Pak Husin banyak menghabiskan masa dengan isterinya dengan aktiviti meniaga. Mak Sabilah boleh saja duduk di rumah. Tapi meniaga memang dah menjadi minat dia.
Bersedia Ke Sungai
" Baju Fila dah pakai semalam. Emm nak pakai baju apa ea? ", Khairan bercakap seorang diri di depan almari pakaiannya.
Selepas siap mendapatkan mandian, Khairan kini dalam kekeliruan bila melihat dalam almari pakaiannya. Dia membelek segala baju yang ada. Dari baju yang digantung sampailah baju yang dilipat di bahagian rak almari.
" Fuhh, baju Nirvana! ", Getus hatinya. Dia letak balik. Terlalu overrated. Nanti Sidek cakap dia BBNU dalam scene muzik grunge. Padahal dia hafal lirik Spank Thru bukan saja Teen Spirit.
Khairan memilih baju yang tertulis And They Sold Us Like Beast. Baju seperti itu pernah dipakai Zach De La Rocha. Dan ditangan Khairan ini ialah cetakan terbarunya walaupun penjual baju itu bertungkus lumus meyakinkan Khairan bahawa baju ini pernah disarung vokalist Rage of the Machine sendiri.
Sebaik saja menyarung t-shirt, Khairan mula melangkah keluar dari bilik. Tetapi ada sesuatu yang membuat Khairan berasa sedikit kurang normal dan janggal. Ada sesuatu yang dia terlupa.
" Ohh, lupa pakai seluar ", Khairan tersengih seorang diri. Bukan setakat seluar, boxer pun dia belum pakai.
Khairan kembali ke almari dan menggapai lipatan di rak atas yang terdapat seluar dan juga boxer. Dia menarik boxer yang tertera body love sambil mendengus. Memang salah dia sendiri semasa membeli boxer ini kerana tak cek. Sekali pandang nampak macam jenama Bodyglove. Tapi Khairan tak kisah. Tiada siapa yang akan nampak boxer dia. Siapa saja yang cukup gila bak periksa seluar dalam dia.
Selepas siap bersiap, Khairan memulakan perjalanannya walaupun panas terik jam 12 tengah hari. Dia tak kisah. Dia mahu lunaskan hobinya.
Khairan sampai diperkarangan rumah Sidek

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Novela JuvenilKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.