Kerusi Di Hadapan Pintu Wad Kecemasan.
Suasana di persekitaran luar bangunan wad kecemasan agak sunyi. Kedengaran keypad telefon saja yang memecahkan keheningan. Sidek mengambil tempat di kerusi menunggu di situ dan memberi pesanan kepada semua kenalan-kenalan yang ada.
Habis segala laman media sosial diuar-uarkan. Dari facebook sampailah ke whatsapp. Ramai yang membalas dengan doa dan kata-kata semangat yang sangat baik ayatnya.
Sebaik saja berjaya menanggal topi keledar, Khairan tempatkan ke raga motor, kemudian meluru ke arah Sidek.
" Sid, Bibi macam mana woi? Asal dia? "
" Kena tikam.. peragut mana entah.. "
" Gila!"
"Dia dah transfer ke hospital Temerloh. Mak ayah dia dah gerak Temerloh dah tadi ", Jawab Sidek.
" Habistu macam mana ni? ", Khairan masih terkejut.
" Kita pergi Temerloh la "
" Hari ni ke? Takkan naik motor?"
" Kita gerak esok, gua try mintak kereta ayah gua "
" Kita pergi sekarang je la.. "
" Takleh masuk. Confirm operate jap lagi. Lepas operate mesti la dia berehat dulu. Kalau kita pergi hari ni pun sama je tak boleh melawat ", Terang Sidek.
Khairan hanya mengangguk kecil sambil mengambil tempat selang satu kerusi dari Sidek.
Sidek melihat signboard yang baru dijumpa selepas puas dicari disekelilingnya. Kemudian, dia menolak kembali kotak rokok yang sudah terkeluar separuh dari poket. Tak tenteram jiwanya tak dapat merokok. Penawar untuk dia bertenang terbantut.
" So, gerak pukul berapa esok? ", Tanya Khairan setelah lama berdiam.
" 12 tengah hari sebab waktu melawat pertama sampai pukul dua petang "
Khairan mengangguk lagi dan kembali berfikir.
" Aku bawak Ramona boleh? ", Tanya Khairan.
" Apesal pulak tak boleh? "
Khairan memberi senyuman selepas menghembus nafas panjang. Dia mengangkat ibu jari paras bahu.
" Gua pun memang nak bawak Demila ni ", Sambung Sidek sambil tersengih-sengih.
" Fuh " Khairan menoleh Sidek. "Kau dengan Demila sekarang?"
" Takda lah. Kenal-kenal je, itupun sepupu dia tolong "
Khairan langsung takda idea apa yang dikatakan Sidek. Macamlah dia kenal ahli keluarga Demila. Demila pun dah cukup misteri. Buat apa nak dikaji lagi sepupu sepapat dia.
Khairan mengangkat ibu jarinya lagi. Kali ini paras telinga.
Bercanda di Luar Rumah.
Malam semakin malam. Langsung takda bintang muncul mencerahkan sedikit kawasannya. Khairan hanya berharap lampu jalan dan lampu rumah orang menyuluh perjalanannya kembali ke rumah selepas membeli dua biji burger di Warung Burger Zul.
Warungnya tak jauh, hanya selang tiga buah rumah dari rumahnya.
Sampai saja di luar rumah, kelihatan Ramona menanti Khairan dengan setia di bangku luar sambil melemparkan senyuman yang terbaik. Khairan juga membalas dengan senyuman. Tapi tak terbaik mana. Dia masih terganggu kisah padat hari ini.
"Burger apa? ", Tanya Ramona. Dia menongkat dagu sambil melihat Khairan mengambil tempat di depan.
" Benjo la. Awak mintak benjo tadi. Saya punya burger kambing "
" Nak.. "
" Haa nah ", Khairan meletakkan plastik yang dipegangnya tadi di atas meja batu. Lalu dikeluarkan isinya dan memberi kepada Ramona yang menadah tangan serupa mahu menjatuhkan semangat seorang lelaki.
Khairan hulur dengan gaya bersahaja. Tapi plastik banjo tu bergegar.
" Awak kenapa? Sihat tak ni? "
" Sihat.. sihat.. ada nyamuk dekat sini itu sebab saya terketar-ketar ni." Khairan pura-pura menampar nyamuk di betisnya sendiri.
Kemudian, mereka bersama-sama menjamu selera.
Tak lama selepas itu, Khairan melangkah kaki ke dalam mengambil sebotol air masak sejuk dari dalam peti dan dua gelas kaca dan kembali ke bangku luar. Dia singgah sebentar di ruang tamu menonton tv. Gameshow Perang Bibir menjadi tontonan ayah dan juga kakaknya. Khairan geleng kepala.
Sampai di luar.
" Terima kasih, hampir tercekik dah tadi ", Seloroh Ramona. Khairan bergegas menuang air ke gelas kaca dan diberikan kepada Ramona.
" Ehh, gurau je la ", Tersenyum Ramona melihat gelagat Khairan.
" Haih.. "
" Ehh Khairan, Habibi macam mana? ", Ramona teringatkan Habibi.
" Tak tau. Ayah dia tak cakap apa-apa lagi setakat ni "
" Ohh, esok kita pergi melawat dia pukul berapa? "
" Sid cakap pukul dua." Jawab Khairan. "Kenapa? Awak taknak ikut ke? "
" Ehh, takda lah. Mesti la ikut. Habibi pun kawan Ramona jugak"
" Risau la ke Habibi. Tak pernah lagi benda-benda gini jadi.", Keluhnya sambil tertunduk.
" Sabar.. takda apa tu.. ", Ramona menenangkan Khairan. Dia menyentuh sedikit tangan Khairan.
Khairan perasan.
Ramona tak berjaya menenangkan Khairan sebenarnya. Dia jadi lagi tak tenang.
Pada saat ini terdetiklah sebuah perasaan yang tak diduga muncul pada Ramona. Dia tersentak dan mengalih semula tangannya.
Dari Maran Ke Temerloh.
" Kau bila nak couple dengan Demila ", Khairan bersuara setelah agak lama mereka bertiga berdiam di dalam kereta.
" Kawan je. Taknak couple pun "
" Cehh, tak payah tipu aku la. Awek cun gitu takkan la kawan "
" Buat masa ni je. Nanti bukan kawan dah ", Sidek ketawa diikuti Khairan sekali.
Ramona pula mendiamkan diri dibelakang. Pakaiannya agak sempoi. Cardigan dark blue yang dibeli dulu menjadi pilihannya untuk dipadankan dengan t-shirt kuning kosong Khairan yang sudah tak dipakai kerana saiz.
Khairan masih dengan baju bundle. Baju kelabu tidak berjenama bertulisan UCLA di dadanya. Memberi keselesaan dan memberi satu imej yang menawan apabila dipakai.
Sambil mendengar dua sahabat berbual didepan, Ramona bersandar melihat jalan raya dan menikmati lagu daripada Kumpulan The Clash yang dipasang Sidek tadi. Agak bingit telinganya.
" Kau taknak ajak Mut? "
" Ni kereta viva. Tak muat kalau Mut ikut sekali "
" Asal kau terfikir nak ajak Demila dulu sebelum Mut? Sebelum-sebelum ni bukan main rapat"
Sidek diam.
Sampai saja di rumah Demila, Sidek keluar dan menjemput Demila di depan pintu.
" Aik, ini kan rumah Mut ", Getus hati Khairan. Dia mengecam rumah ini semasa Sidek menghantar Mut pulang dari taman permainan hari tu.
Demila mengenakan blouse biru cair dan seluar slack hitam bersih dan sedikit longgar. Tepat mengenai gayanya yang sopan santun. Agak berbeza dengan gaya Sidek yang liar, kasar, keras, riak dan bengis. Seluar skinny koyak di lutut kanan dan baju bersaiz besar gambar Iggy Pop.
" Siapa tu? ", Tanya Ramona dari belakang. Angin dari mulutnya mengenai telinga Khairan.
" Demila.. ", Jawab Khairan masih lagi melihat Sidek dan Demila berbual ringan sebelum menghampiri kereta.
Ramona mengangguk. Tak lama kemudian, Sidek muncul membuka pintu belakang dan Demila masuk lantas bersalaman dengan Ramona dan saling berbalas senyuman.
Sidek memulakan perjalanan dari Maran ke Temerloh.
![](https://img.wattpad.com/cover/100426228-288-k52128.jpg)
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.