Mengeteh.
Dua minggu dah berlalu dan tekanan antara mereka semakin berkurang. Ramona masih diambang kekeliruan namun dapat dikawal baik. Hatinya semakin lama semakin menerima keadaan di sini. Tambahan pula, aktivitinya penuh, Mak Sabilah selalu membawa Ramona membantunya di pekan sari menjual kuih muih dan beberapa jenis sayur ulam.
Khairan seperti biasa dengan kehidupan sebelumnya. Banyak melepak dengan Sidek. Cuma sedikit perubahan antara dia dan Bunga. Perasaan kian berubah bila dia bertemu. Tiada lagi keterujaan dan ceria. Semuanya kosong. Dan kekosongan itu terisi bila dia pulang ke rumah.
Khairan memarkir motornya di Kedai Serbaneka 1 Malaysia. Tujuannya ke sebelah mengeteh di Kedai Anje. Ramona turun dari motor dan mengekor saja Khairan membawanya jalan-jalan.
Sampai di Kedai Anje.
Mereka menikmati permandangan. Meja mereka strategik. Khairan perasan seorang lelaki berkaca mata lepak melayan aircond kereta. Gayanya kasar namun kemas. Takda gaya orang Maran.
" Sedap tak makanan kat kedai ni? ", Tanya Ramona sambil bermain straw.
" Kenapa? awak nak makan ke? Makanan berlauk ada lagi rasanya", Kata Khairan balik sambil melihat dari jauh almari yang menempatkan lauk-lauk di dalam tray.
" Takdalah saja tanya. Lagipun dah petang ni.. "
" Emm, kedai ni memang hidang nasi berlauk je. Kalau ringan-ringan macam roti canai ke keropok tu takda"
" Its okay, kita minum je la ", Balas Ramona sambil memberi senyuman.
Khairan mengelamun dan merasa mahu buka lagu Anuar Zain.
" Awak ni kenapa, Khairan? ", Ramona menampar lengan Khairan.
Khairan tersengih-sengih.
" Tiba-tiba rosak. Rindu awek? ", Tanya Ramona sambil memberi senyuman sinis.
" Takdalah. Nak rindu buat apa.. jumpa jugak japgi.."
Ramona hanya memberi senyuman singkat. Khairan perasan.
Tak lama lepas tu Ramona bertanya soalan " Saya nak tanya something .."
" Apa dia? "
" Masa awak jumpa saya, kenapa tak hantar terus balai.. or klinik ke? "
Desingan terasa di telinga Khairan. Suasana romantis hilang serta-merta.
Kembali Dengan Harapan.
Sampai saja di kedai makan Makcik Nor, Abang Bede mengarah Sidek keluar mengambil satu beg ais. Kemudian, berikannya kepada makcik Nor yang memang menanti ais dari tadi. Sejak mak dan ayah Sidek pulang dari umrah, Sidek sedikit ringan dari tanggungjawabnya menjaga adik beradik dan sekarang dia di ambang kebosanan. Dengan bantuan sepupu belah ayahnya iaitu Abang Bede, Sidek dapat sedikit upah dengan menjadi kelindan lori. Melongok kat rumah tak buat apa-apa seperti Khairan itu bukan cara dia.
Mengenai Demila pula Sidek dah putus asa. Gadis ayu sebegitu sukar sekali untuk tertarik dengan Sidek. Tambah lagi rambut pacak-pacak dan berbadan kurus tinggi. Demila masih tidak berminat untuk menegur dan juga berbual ringan dengan Sidek walaupun Sidek sudah menjadi pelanggan tetap. Disebabkan itulah Sidek mula berputus asa. Demila langsung tidak menunjuk gerak geri yang positif bila Sidek menghampiri gerai kuih.
" Makcik mintak satu beg je kan?", Tanya Sidek.
" Aah satu saja "
" Oke saya letak dekat sini ya?", Sidek membuka bekas simpanan ais.
Sebaik saja selesai, Sidek beredar dari perkarangan kedai makan makcik Nor.
" Sidek, hantar dua lagi kat dalam pasar, bagi kat Pak Wahak jual ikan tu. Aku lupa nak bagitau tadi", Teriak Abang Bede dari dalam lori.
![](https://img.wattpad.com/cover/100426228-288-k52128.jpg)
YOU ARE READING
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.