Khairan dan Sidek menunggu Shaera keluar dari sekolah di dalam kereta. Sambil melayani lagu punk, Sidek mengambil sebatang rokok keluar dari kotak. Apabila sudah dihidupkan api dihujung, dia menoleh ke Khairan.
Kepala Khairan bersandar. Tali pinggang keledar dibiarkan mengikat tubuhnya.
" Lu sampai bila nak macam ni?", Tanya Sidek.
Khairan diam dan memandang keluar tingkap. Tak peduli ke Sidek. Mungkin juga dia bosan. Topik itu saja kalau melepak.
Semua orang mampu memberi nasihat tentang masalah yang dihadapi orang sebabnya masalah itu bukan terkena pada dia. Lagipun masalah berpunca kerana kesalahan sendiri. Apa je ayat pujuk yang boleh dia terima.
Namun, dia tetap hargai orang sekelilingnya berupaya menjaga hati. Walaupun takda idea adakah kesilapan ini terubat.
" Khairan, cuba lu tengok dekat gerai Demila sana. Itu Mut kan? "
"Aah. "
" Lu tunggu kejap k? Gua nak pergi ke sana kejap. " Sidek membuka pintu kereta. Dia keluar dan terus berjalan menghampiri gerai Demila.
Mut mula menyedari kehadiran Sidek. Demila juga begitu.
" Apa khabar Mut? Sihat? ",Sidek menghulur tangan.
" Err.. sihat."
Mereka saling tersenyum. Demila memerhati mereka berdua.
" Sid, aku minta maaf.."
"Ahh, lupakanlah.."
"Aku takleh nak control.."
"Takda benda.." Kata Sidek. "Gua dah maafkan dah pun.."
Mut terkesan dengan kekentalan Sidek. Adakah ini jiwa Punk sebenar?
"Okay gini.. kita kena settle cara jantan.." Cadang Mut.
"Macam mana?" Tanya Sidek.
"Tumbuk aku.."
"Ehh.. lu ni.."
"Serius serius.. Aku kalau gaduh dengan member gini ah.." Jelas Mut. "Kau kan member aku.."
Sidek angguk-angguk. Dia gemar cara brutal.
Bruk!
Sidek menumbuk muka Mut. Mut berganjak ke belakang sikit.
"Haih.. mantap.." Kata Mut.
"Okay ke?"
"Okay.. tapi aku nak kau tumbuk perut ni je.." Kata Mut dah mengangkat baju dari tadi.
Sidek ketawa dan garu kepala. Mut bingung dan ikut ketawa juga.
"Smart ni nak gi mana? ", Soal Sidek sambil memandang atas bawah Mut.
"Balik.. balik tempat asal.." Kata Mut hanya tersenyum.
" Takda siapalah teman Demila lepas ni.." Sidek menjeling ke Demila. Demila senyum.
" Taklah.. aku bawak adik aku teman Demila. Dia kata dia bosan duduk rumah. Lagipun dia rindu dekat sepupu dia ni haa." Balas Mut sambil memanggil adiknya keluar dari kereta.
"Adik? "
Pintu kereta dibuka perlahan. Soamar-samar orang didalamnya. Yang kelihatan sepasang kaki yang disarung converse keluar dari kereta.
Sidek menanti gerangan pemakai kasut converse warna merah itu.
" Hai." Adik perempuan Mut menegur sebaik sahaja keluar. Dia memberi senyuman ke Sidek. Bibir merah kerana lipstik sedap. Berambut hitam lebat. Kulit putih dan berpakaian hitam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramona Di Maran
Teen FictionKhairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.