XII

648 35 7
                                    

Dalam Perjalanan.

Ramona membiarkan rambutnya dipukul angin yang deras. Seperti yang dibayangkan. Ini yang dia mahu. Seronok melihat awan, seronok melihat daunan yang menghijau di pokok, dan seronok dengan cuaca yang dingin walaupun matahari sudah menyentuh kulit. Ramona terus menikmati.

Khairan pula tegak kepalanya memandang depan. Fokus ke jalan raya sambil memegang handel motor dengan penuh jaya. Lutut Ramona selalu berlanggar belakang pehanya. Membuat radar fokus Khairan menjadi huru-hara.

Khairan mula merasa rumahnya dekat. Dan tiba-tiba berasa mahu marah bapaknya kenapa tak beli rumah di Tanjung Malim.

" Khairan, saya macam berdebar pulak ", Kata Ramona dengan nada sedikit tinggi melawan angin.

" Tak payah risau, mak ayah saya spoting "

" Tapi.. "

" ..Tapi sayang, kehadiran kekasih lamamu, datang kembali mengenang cinta dahulu~ ", Khairan memotong perbualan Ramona dengan lirik lagu cinta tiga segi. Lagu yang seluruh warga Malaysia percaya dicipta banduan akhir.

Ramona mencebik.

Khairan senyum saja melihat respon itu. Bunga tak pernah kasi respon yang sama bila Khairan juga buat benda yang sama dengan lirik lagu Cinta Tiga Segi.

Khairan memasuki simpang dengan keluhan.

Kebun kecil rumahnya kelihatan dari jauh dan mak ayahnya pula tiada di situ. Hari Jumaat selalu mereka berehat saja di rumah. Memandangkan Kristina juga offday, mereka tiga beranak ada di rumah.

Nak tak nak Khairan kena bersedia berdepan keluarganya.

Ini perempuan kedua dibawa berjumpa keluarga. Yang pertama Bunga. Kalau Bunga tau ni mahu tersimpul otak. Kalau bukan mesej Whatsapp 300 patah perkataan, mungkin miss call dari Bunga sebanyak 10 kali sebelum dan selepas makan.

Masuk saja perkarangan rumah, Pak Husin, Mak Sabilah dan Kristina menjenguk keluar.

" Kau bawak siapa ni Khai? ", Mak Sabilah menegur sambil membuka grill.

Khairan tersengih-sengih.

Sembang Air Ribena.

Pak Husin memandang Ramona. Ralit melihat anak kacukan. Ramona hanya tenang dengan senyumannya. Tali laras beg Deuter yang diletak berdekatan kakinya digentel-gentel.

Disebelah Pak Husin pula ada Kristina. Dia pula ralit melihat pemakaian Ramona. Baju lengan panjang berkolar V dan berseluar sweatpants kelabu gelap sedikit longgar. Dia kagum. Taste mereka sama.

Tak lama kemudian, Mak Sabilah muncul di ruang tamu bersama dulang berisi air ribena di dalam jug. Nak diikutkan waktu pagi begini sesuai dengan minuman panas, tapi Mak Sabilah peduli apa. Tidak ke tali gantung pun jika hidang air sejuk kepada tetamu. Khairan teringatkan biskut cap ping pong dalam Tupperware biru. Cantik juga kalau dicicah dengan air ribena. Mesti Pak Husin berang dengan perkara sesat anaknya.

Sebaik saja dulang mendarat di meja ruang tamu yang beralas cantik, Kristina mencapai tangkal jug air lalu menuang minuman ribena ke gelas. Kemudian, diagihkan kepada semua.

" Minum la ya.. siapa nama? ", Soal Kristina sambil menghulur secawan ribena.

" Ramona.. "

" Cantiknya nama, minum la ya Ramona "

" Err.. terima kasih "

" Ramona ni ada darah kacukan ke? Muka macam omputih sikit", Mak Sabilah pula bertanya sambil mengambil di sebelah Pak Husin.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now